Pages

Showing posts with label perhentian. Show all posts
Showing posts with label perhentian. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Post-mortem : Pulau Perhentian

Pertama skali, kalu dah beli tiker pergi, jangan la nak ngada-ngada beli tiket balik kat sana. Beli terus gi pergi balik. Apa yang kita jangka tu kadang-kadang akan luar jangkaan kita. Better safe than sorry.

Memandangkan makan tu penting buat diri ini makanya:

- Seludup roti, tuna dan sebagainya sebanyak yang boleh. Takdenya istilah bawak satu buku. Tak
  sempat malam dah abis ari pertama. Huhauhauha
- Air mineral 1.5L satu botol dah mencukupi. Kalau bawak dua botol pun ok. Senang nak gi refill.
  Bayau ye dua hinggit. Takde diorg nak bagi free punya. 
- Kalau bawak Maggi cup, boleh pancung air panas kat dive centre.
- Breakfast, kirim kat boatman. Murah, cepat dan lazat.
- Lunch and dinner ikut cita rasa. Kalau muka tebal minta air masak. Kalau lagi tebal, bawak air
  mineral yang dah korang topap tadi ke restoren. Minta gelas je.

Berikut adalah maklumat perbelanjaan aku.

Lesen Dive     - RM 950
Bas pergi        - RM 42
Bas balik        - RM 55
Fun Dive        - RM 60 per session. 60 x 2 = RM 120
Boat transfer  - RM 60
Bilik               - RM 75
Makan            - RM 82

Total               - RM 1,384


Day 4 - Pulau Perhentian

Kejap je dah hari Isnin, dan nak balik dah. Ekcheli bila menghitung balik masa disana, aku dapat rasakan yang masa berlalu dengan lambat. Barang kali sebab sana macam rileks je, takde apa nak dikejar, bangun2 je nampak laut. Kan sedap mata memandang.

So pagi ni ada satu fun dive bersama dive master pertama kami yg bernama Ben. Geng-geng sini panggil beliau Ben10. Orang Britain rasanya berdasarkan cara percakapan beliau. 8.30 dah start briefing, kul 9 dah naik ke boat. Lokasi adalah Shark's Point. 5 minit dari tempat penginapan kami. Sewaktu disana visibility tak berapa nak cun. Banyak keladak je.

Kul 11 dah abis sesi. Tengah hari tu, ada satu lagi sesi. Kali ni, aku dok pikir nak join ke tak. Aku agak down juga sebenarnya sebab tgk rakan-rakan yang lain, diorg elok je kawan buoyancy, kemudian breathing pun kemas. Aku ni memang kelaut. Aku takde memikirkan insiden semalam. Klo dok pikir-pikir memang trauma la. Ben pun menyakinkan aku. Dia tak paksa, dan mengharap kalau aku dapat join. Kata-kata dia tu buat aku confident skit. Sbenarnya aku bukan boleh klo org pujuk ajak ni. Kalau aku kata aku malas, memang apa korg bagi pun tak jalan punya utk ajak aku join korang. Tapi kalau kes mcm ni, atas angin, kompom aku cair. hahah

Pukul 1, lokasi dive seterusnya di The Pinnacle. Utk dive kali ni, ijan tak join. Setibanya kami di lokasi yang mengambil masa 20 minit, Ben begitu gembira sebab  kami je ada kat situ. Turun-turun laut je, Subhanallah. Memang cantik. Jadi teruja giler, dengan visibility pun cantik, boleh nampak ikan nemo dok main2 celah coral. Dan part paling best, group of Fusilier muncul. Wan cakap, masa dia gi bulan 4 lepas, ikan ni ada kejap je, dalam beberapa minit pastu beransur. Kali ni, siap dia pusing-pusing kat kami. Tak dapat aku nak gambarkan betapa indahnya hidupan laut ni. Lepas dari tu, aku tgk ikan lain dah tak heran.

Thanks bebyk kat Ben sebab dia yang sarankan utk gi spot ni waktu tgh hari. Dan firasat dia berjaya. 5 dive sebelum ni aku tak berapa enjoy, tapi kali ni aku rasa ianya akan buat aku utk dive lagi. Akhir kata, aku kena pakai prescription mask la. Pasal kan aku ni rabun. Bila mask ada power, baru la bley enjoy hidupan laut.

Sebenarnya, sblum kami turun dive tgh ari tu, ada sedikit masalah yang menimpa. Tiket bas ke KL dah sold out. Memang taniah la. Aku tak memikirkan sangat pasal ni, pendek kata aku redha je. Dah takde nak buat camne. Padan muka bebyk jela yang mampu aku ungkapkan.

Mujur dapat bas balik. Itupun Pak Aziz yang dapatkan. Jangan suka sangat ye, bas yg kami naiki ni adalah bas persiaran. Dah le tulis kat tiket 8.30. Kul 10 baru dapat naik bas, itu pun kena tumpang bas lain dulu baru bley naik. 

Diorg tengah kautim dgn Pak Aziz utk tolong kami carikan tiket bas.

View hadapan kaunter resepsi

View hadapan restoran Mama

Inilah dia Ben10. Muka macam Owen Wilson

Peta lokasi dive di Perhentian

Day 3 - Pulau Perhentian

Harini kelas akan dijalankan kat tempat kami. Tak perlu ke Long Beach. Dan kitorg dah start kena pasang equipment sendiri. Semalam belajar, Harun tunjukkan. Ingat-ingat lupa la. Sambil pasang, sambil jeling kawan sbelah. Kut salah pasang ke, naya je. Tak bley ambil mudah. Betul cakap Harun lagi, menurut beliau equipment ni nampak complicated, tapi sebenarnya ianya simple aja deh.

Pagi ni dive kat Batu Buruk. Aku punya dive buddy mmg betul buat hal. Semalam mamat ni mabuk. Langsung arini weng. Adehhh laaa. Ok lupakan dia buat seketika.Otw ke lokasi, dalam boat kami ada minah saleh, putih, tinggi lampai berkaca mata hitam jenama Ray Ban. Dia aku perasan ada kat TBD long beach. Masa nak check2 weight apa sumer, aku tanya dia ok tak aku nye? Skali cakap melayu ngko...Langsung aku jatuh hati jap..ekekek

Dive mcm biasa, dimulakan dgn skill test dulu, kendian baru la fun dive. Berapa kali daaa aku kena tegur. Aku rasa mcm dah ok, mungkin dia nampak tak ok. Adeh...takde bakat menyelam betul la aku ni. Habis dalam tengah hari.Dan sesi petang start kul 3. Sblum dive petang tu mcm biasa ada briefing dulu. Kali ni kami semua kena hentam. Kira senang cite semua kena marah la. Aku sedar ianya byk berpunca dari aku. Sian rakan-rakan yang lain.

Bila dah mula dive session yang terakhir utk OWDC ni, suatu insiden telah berlaku keatas diri aku. Ianya terjadi semasa take off mask clearing skill test. Aku rasa la kan, air dah termasuk melalui hidung aku. Akibatnya aku hampir lemas kerana kesukaran untuk bernafas. Diwaktu ini, aku tak panic, cuma mmg aku susah nak bernafas. Korang bayangkan la mcm tgk drama sinetron ke atau akasha ke atau apa2 drama la yang ada babak orang sesak nafas, haaaa~~ macam tu ler aku. Aku memang tak sempat nak mengucap. Mengucap tak habis. Harun yang cool down kan aku. Bila dah macam ok skit, aku rasa pedih kat jantung aku ni. Dia tanya ok ke tak? Aku rasa macam nak give up dan naik ke atas. Dua kali dia tanya, dan aku pun cakap memang nak naik. Yang kengkawan lain sumer kena tunggu kat bawah. Ntah macam mana, tetiba aku rasa macam nak teruskan. Ia la kan, ini last session utk course ni. Rugi weiii klo gagal. Syukur Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidup. Kalau lemas la aku, kompom kuar Metro muka depan.

Dalam aku teruskan tu, aku tetap kena test gak. Mujur kali ni takde apa2. Langsung daripada tu, Harun yang tgh hari tadi marah-marah, trus ok je. Pas abis ni, kami masih ada satu lagi ujian iaitu final exam theory. Syukur Alhamdulillah lagi, kesemuanya lulus. Aku nak gembira tu takde, nak sedih tu pun takde. Macam takde perasaan je aku. Bila da selesai semuanya, malam tu kami makan besar. Diorg macam nak melepak lagi, tapi aku dah rasa letih dan ngantuk yang teramat.

Pagi Ahad di TBD ( Pix courtesy Reezuan )

Sunset yang keungguan pada malam terakhir




Thursday, June 6, 2013

Day 2 - Pulau Perhentian

Sedap tidur malam tadi. Tidur awal, kul 10 dah tidur. Siap bangun dua tiga kali dan membuatkan aku berkata, bila nak siang ni? Punya la rasa lama. hahah

Pagi ni bekfest dgn apa yang ada, belasah stok roti-roti yang diseludup dari tanah besar. Session kami akan dibuat di Turtle Bay Dive (TBD) dekat Long Beach. Pagi ni agak mendung. Mula-mula kami buat quiz, lepas tu akan bincang balik bagi soalan yang salah. Dah abis, baru la kami akan ke laut, dan buat skill test lagi. Macam biasa, mask clearing routine mmg wajib. Boleh dikatakan benda ni penting la.Itu yang kena master betul-betul.Waktu ni, mmg dah hujan, kami dok kat dalam air memang tak rasa, dan aktiviti dilakukan dekat je dengan persisiran pantai.

Macam biasa, lepas je dive, kali ni aku punya tahap nak kencing tu mmg maximum abis. Tak tau la apsal, kengkawan lain elok je. Sampai nak jalan pun susah. Boleh kata stiap dive sessions, aku akan rasa nak sendawa tapi angin susah nak kuar sblum dive, dan aku nak kencing pas abis dive. Pelik siut~!

Waktu tengah hari, ada banyak masa. Jadi kami pun melepak dulu kat kedai memandangkan sesi petang akan buat kat sini juga. Badan basah-basah, kentola plak tak bawak, nak pakai baju kang panau plak badan.Langsung tayang aurat la apa lagi. Dah mcm meter air dah dosa aku taim tu. Belum campur serbis mata lagi. Haaa..ngko...Cewah...kemain cite dosa2 ni..hahah

Sesi petang kami akan dive di De Lagoon. Kali ni, kami kena pakai equipment dalam air. Meracau jugak ler. Berapa kali aku tertelan air laut. Skill test tak byk sangat kali ni, lebih kepada ala-ala fun dive dan nak biasakan dalam laut. Masa ni agak kagum juga la sebab dah start dive sedalam 8.2m, bila tgk keatas, cahaya yg bersinar-sinar tu kelihatan cantik skali. Coral tak berapa cantik sgt kat sini.

Abis dalam 5 lebih, si Eric mabuk merangkap dive buddy aku yg takde funtion (asik aku je nak tgk dia, dia buat hal sendiri, pastu slalu bagi masalah, dengan-dengan aku skali terjebak dlm org yg bermasalah)  boleh plak kata nak jumpa orang . Jadi kami pun jenjalan dulu sepanjang long beach tu. Hajat nak beli jagung bakar. Lima hinggit ngko~~ Langsung tonton awek jual jagung tu jela.

Cuaca yang suram dipagi hari
Lunch makan Nasi Pataya. Sploh hinggit ngko. Sib baik sedap~~~


Cam best je tempat ni klo nak melepak hari-hari.

Day 1 - Pulau Perhentian

Lupa nak cite berapa org yang gi trip ni. Trip dikepalai oleh Reezuan, diikuti peserta yang akan mengikuti kursus ini yakni aku, Fifian , dan Ijan. Wan dia dah advance diver, kami ni baru nak open. Sepanjang 4 hari 3 malam kami menginap di Mama's Resort yang terletak di Perhentian Besar. Aku pun sebenarnya tak tau ada perhentian kecil la, perhentian besar la. Tak pernah pergi kan.Aku bajet yang tempat happening tu adalah Perhentian Besar, sebab bunyi nya cam best je kan. Skali tempat yang kami duduk ni mmg mati kutu. Kul 9 malam dah boleh tidur. Takde night life. Yang happening tu rupanya kat Long Beach, Perhentian Kecil.

Pagi, kami ada briefing skit, dan menonton video pasal Open Water Diving Course (OWDC). Kena tonton video, dan jawab soalan kat buku text. Pada sebelah petangnya, baru la kami turun ke laut.Kami gi ke Batu Nisan yang terletak berhadapan dgn Long Beach. Mula-mula, kami pergi ke tempat yang cetek, kalau apa-apa hal boleh berdiri je.Terus terang aku cakap, masa ni, aku rasa macam nak give up. Sebabnya aku menghadapi permasalahan untuk bernafas melalui regulator (alat yang buh kat mulut tu klo korg tgk diver2 pakai) Aku tak panic, cuma aku rasa macam susah sangat nak bernafas. Sampai aku mengigil-gigil dalam air tu. Siap cakap kat Harun ( nama cikgu kami yg berbangsa Turki) nak naik atas. Jadi, aku pun cakap dgn dia, dia kata sebab kita tak bergerak, duduk static aja. Itu yang rasa sejuk.Ditambahkan lagi mungkin sebab aku tak makan tengah hari . Memang pakej la yeee~~

Lepas dah belajar hand signal apa semua, practice mask clearing, kami pun berenang-renang. Nak kasi biasakan. Time ni baru la aku tak rasa sejuk dah. Lepas abis je session, aku rasa nak kencing tu sampai dah tak tahan, takan la aku nak lepaskan kat dasar laut, mmg ler org tak tau, tapi mcm tak beradap skit ler.

Kesimpulan disini, aku ni seorang yang semua benda nak buat dalam one go. Aku malas nak dua tiga kali keje. Dan aku buat benda semua dengan cepat. Sblum ni, aku plan nak amik open water + advance. Siap sbelum ni klo dive centre tu kata nak buat confine water (aktiviti dimana korg akan belajar benda basic) dekat pool dulu, memang aku tak nak. Aku prefer semua buat kat pulau. Bila dah jadi macam ni, kut ada yang terbaca blog ni kan, aku sarankan kalian gi ke pool dulu, amik discovery scuba diving dulu. Test dan rasa mcm mana dok dalam air dgn equipment bagai. Kalau rasa ok, syok, proceed la amik lesen..hehehe


Pagi Jumaat yang indah

Tengganu Kita?

Sementera tengah ada idea, mari kita curah-curahkannya. Mari hapdate..yeayyy~~

Hasrat untuk mengambil lesen menyolam mmg lama dah. Aku pun sebenarnya tak pasti kenapa dan sejak bila aku rasa nak sgt buat lesen dive ni. Kalau ikutkan dulu, rakan photoq aku iaitu Aminorazmi dah lama ajak. Seingat aku tahun 2009 mmg dia beria-ria ajak. Tapi aku buat tak endah aja. Mungkin sebab sejak aku terlibat dalam dunia stock photo ni, aku nampak ia sebagai satu peluang dimana peluang itu digunakan untuk menjana pendapatan. Cewah...ayat mesti nak elmelem.

Ia la, mana taknya, sambil kita bersuka ria, sambil tu kita jana pendapatan. Itupun klo ko amik gamba dasar laut la. Kut tgk je ikan-ikan tu berenang tak guna gak. Dapat tgk jela hasilnya. Plan ni, mmg 100% serahkan dekat Wan. Memang dia yang uruskan semua, dari transportasi, penginapan dan juga dive centre. Aku ikut aja. Plan ni juga mmg last minit. Dekat dua minggu sblum tu tetiba je bley dia ajak. Kebetulan duit pun tgh ada, aku pun on kan aja.

Bertolak pada 31/5/2013 jam 10.15 malam. Apa da...bas pun boleh delay. Janji 9.30 malam. 1st time aku naik bas kat Hentian Putra. Sesampai kat sana aku jadi perak gila. Memang jakun abis tgk rakyat jelata. Penuh gila umat. Yang best tu bley usha gadis2 pantai timur. Memang potong kaki abis. WoW.
Dan ini kali pertama aku naik bas dua tingkat. Bertambah jakun lagi la..huahuhau

Insiden paling kelakar adalah sewaktu bas berhenti di rnr Gua Musang sebentar jam 3.00 pagi. Bas berhenti jap dekat stesen minyak, time tu aku pun tak perasan yg sbelah stesen ni adalah rnr tu. Sedang aku sedap mengeluarkan sisa cairan yg bertakung lama disaluran pembuangan kecil aku, tetiba terdengar suara cina jinjang menjerit. Oit~~~ oitt~~~ basss~~ Aku pun apa lagi, buat2 cool padahal bas tu dah berlepas. Cuak tu tetap ada, tapi coooll diutamakan sebab nak cover malu tertinggal bas. Aku punya firasat mmg tepat, yang bas tu akan berhenti gak. Buatnya la kan bas tu mmg jalan terus, aku ucapkan taniah kat diri aku la..hahah

Ini la dia rupa kat luar stesen, kat dlm lagi ramai rakyat.

Jeti Kuala Besut. Naik 1st boat pada 7 pagi

Stok makanan, mula2 ingat banyak. Tak sampai hari kedua dah abis semua.

Ha kooo....atas bukit lagi chalet kami.