Hasrat untuk mengambil lesen menyolam mmg lama dah. Aku pun sebenarnya tak pasti kenapa dan sejak bila aku rasa nak sgt buat lesen dive ni. Kalau ikutkan dulu, rakan photoq aku iaitu Aminorazmi dah lama ajak. Seingat aku tahun 2009 mmg dia beria-ria ajak. Tapi aku buat tak endah aja. Mungkin sebab sejak aku terlibat dalam dunia stock photo ni, aku nampak ia sebagai satu peluang dimana peluang itu digunakan untuk menjana pendapatan. Cewah...ayat mesti nak elmelem.
Ia la, mana taknya, sambil kita bersuka ria, sambil tu kita jana pendapatan. Itupun klo ko amik gamba dasar laut la. Kut tgk je ikan-ikan tu berenang tak guna gak. Dapat tgk jela hasilnya. Plan ni, mmg 100% serahkan dekat Wan. Memang dia yang uruskan semua, dari transportasi, penginapan dan juga dive centre. Aku ikut aja. Plan ni juga mmg last minit. Dekat dua minggu sblum tu tetiba je bley dia ajak. Kebetulan duit pun tgh ada, aku pun on kan aja.
Bertolak pada 31/5/2013 jam 10.15 malam. Apa da...bas pun boleh delay. Janji 9.30 malam. 1st time aku naik bas kat Hentian Putra. Sesampai kat sana aku jadi perak gila. Memang jakun abis tgk rakyat jelata. Penuh gila umat. Yang best tu bley usha gadis2 pantai timur. Memang potong kaki abis. WoW.
Dan ini kali pertama aku naik bas dua tingkat. Bertambah jakun lagi la..huahuhau
Insiden paling kelakar adalah sewaktu bas berhenti di rnr Gua Musang sebentar jam 3.00 pagi. Bas berhenti jap dekat stesen minyak, time tu aku pun tak perasan yg sbelah stesen ni adalah rnr tu. Sedang aku sedap mengeluarkan sisa cairan yg bertakung lama disaluran pembuangan kecil aku, tetiba terdengar suara cina jinjang menjerit. Oit~~~ oitt~~~ basss~~ Aku pun apa lagi, buat2 cool padahal bas tu dah berlepas. Cuak tu tetap ada, tapi coooll diutamakan sebab nak cover malu tertinggal bas. Aku punya firasat mmg tepat, yang bas tu akan berhenti gak. Buatnya la kan bas tu mmg jalan terus, aku ucapkan taniah kat diri aku la..hahah
Ini la dia rupa kat luar stesen, kat dlm lagi ramai rakyat. |
Jeti Kuala Besut. Naik 1st boat pada 7 pagi |
Stok makanan, mula2 ingat banyak. Tak sampai hari kedua dah abis semua. |
Ha kooo....atas bukit lagi chalet kami. |
No comments:
Post a Comment