Pagi ni dive kat Batu Buruk. Aku punya dive buddy mmg betul buat hal. Semalam mamat ni mabuk. Langsung arini weng. Adehhh laaa. Ok lupakan dia buat seketika.Otw ke lokasi, dalam boat kami ada minah saleh, putih, tinggi lampai berkaca mata hitam jenama Ray Ban. Dia aku perasan ada kat TBD long beach. Masa nak check2 weight apa sumer, aku tanya dia ok tak aku nye? Skali cakap melayu ngko...Langsung aku jatuh hati jap..ekekek
Dive mcm biasa, dimulakan dgn skill test dulu, kendian baru la fun dive. Berapa kali daaa aku kena tegur. Aku rasa mcm dah ok, mungkin dia nampak tak ok. Adeh...takde bakat menyelam betul la aku ni. Habis dalam tengah hari.Dan sesi petang start kul 3. Sblum dive petang tu mcm biasa ada briefing dulu. Kali ni kami semua kena hentam. Kira senang cite semua kena marah la. Aku sedar ianya byk berpunca dari aku. Sian rakan-rakan yang lain.
Bila dah mula dive session yang terakhir utk OWDC ni, suatu insiden telah berlaku keatas diri aku. Ianya terjadi semasa take off mask clearing skill test. Aku rasa la kan, air dah termasuk melalui hidung aku. Akibatnya aku hampir lemas kerana kesukaran untuk bernafas. Diwaktu ini, aku tak panic, cuma mmg aku susah nak bernafas. Korang bayangkan la mcm tgk drama sinetron ke atau akasha ke atau apa2 drama la yang ada babak orang sesak nafas, haaaa~~ macam tu ler aku. Aku memang tak sempat nak mengucap. Mengucap tak habis. Harun yang cool down kan aku. Bila dah macam ok skit, aku rasa pedih kat jantung aku ni. Dia tanya ok ke tak? Aku rasa macam nak give up dan naik ke atas. Dua kali dia tanya, dan aku pun cakap memang nak naik. Yang kengkawan lain sumer kena tunggu kat bawah. Ntah macam mana, tetiba aku rasa macam nak teruskan. Ia la kan, ini last session utk course ni. Rugi weiii klo gagal. Syukur Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidup. Kalau lemas la aku, kompom kuar Metro muka depan.
Dalam aku teruskan tu, aku tetap kena test gak. Mujur kali ni takde apa2. Langsung daripada tu, Harun yang tgh hari tadi marah-marah, trus ok je. Pas abis ni, kami masih ada satu lagi ujian iaitu final exam theory. Syukur Alhamdulillah lagi, kesemuanya lulus. Aku nak gembira tu takde, nak sedih tu pun takde. Macam takde perasaan je aku. Bila da selesai semuanya, malam tu kami makan besar. Diorg macam nak melepak lagi, tapi aku dah rasa letih dan ngantuk yang teramat.
Pagi Ahad di TBD ( Pix courtesy Reezuan ) |
Sunset yang keungguan pada malam terakhir |
suspend jugak nk ambil diving license nie..
ReplyDeletetengok individu gak kut. dalam laut mmg sentiasa kena kosong kan fikiran, klo tak kelaut la jadinya. hahah
Delete