Pages

Thursday, June 6, 2013

Day 2 - Pulau Perhentian

Sedap tidur malam tadi. Tidur awal, kul 10 dah tidur. Siap bangun dua tiga kali dan membuatkan aku berkata, bila nak siang ni? Punya la rasa lama. hahah

Pagi ni bekfest dgn apa yang ada, belasah stok roti-roti yang diseludup dari tanah besar. Session kami akan dibuat di Turtle Bay Dive (TBD) dekat Long Beach. Pagi ni agak mendung. Mula-mula kami buat quiz, lepas tu akan bincang balik bagi soalan yang salah. Dah abis, baru la kami akan ke laut, dan buat skill test lagi. Macam biasa, mask clearing routine mmg wajib. Boleh dikatakan benda ni penting la.Itu yang kena master betul-betul.Waktu ni, mmg dah hujan, kami dok kat dalam air memang tak rasa, dan aktiviti dilakukan dekat je dengan persisiran pantai.

Macam biasa, lepas je dive, kali ni aku punya tahap nak kencing tu mmg maximum abis. Tak tau la apsal, kengkawan lain elok je. Sampai nak jalan pun susah. Boleh kata stiap dive sessions, aku akan rasa nak sendawa tapi angin susah nak kuar sblum dive, dan aku nak kencing pas abis dive. Pelik siut~!

Waktu tengah hari, ada banyak masa. Jadi kami pun melepak dulu kat kedai memandangkan sesi petang akan buat kat sini juga. Badan basah-basah, kentola plak tak bawak, nak pakai baju kang panau plak badan.Langsung tayang aurat la apa lagi. Dah mcm meter air dah dosa aku taim tu. Belum campur serbis mata lagi. Haaa..ngko...Cewah...kemain cite dosa2 ni..hahah

Sesi petang kami akan dive di De Lagoon. Kali ni, kami kena pakai equipment dalam air. Meracau jugak ler. Berapa kali aku tertelan air laut. Skill test tak byk sangat kali ni, lebih kepada ala-ala fun dive dan nak biasakan dalam laut. Masa ni agak kagum juga la sebab dah start dive sedalam 8.2m, bila tgk keatas, cahaya yg bersinar-sinar tu kelihatan cantik skali. Coral tak berapa cantik sgt kat sini.

Abis dalam 5 lebih, si Eric mabuk merangkap dive buddy aku yg takde funtion (asik aku je nak tgk dia, dia buat hal sendiri, pastu slalu bagi masalah, dengan-dengan aku skali terjebak dlm org yg bermasalah)  boleh plak kata nak jumpa orang . Jadi kami pun jenjalan dulu sepanjang long beach tu. Hajat nak beli jagung bakar. Lima hinggit ngko~~ Langsung tonton awek jual jagung tu jela.

Cuaca yang suram dipagi hari
Lunch makan Nasi Pataya. Sploh hinggit ngko. Sib baik sedap~~~


Cam best je tempat ni klo nak melepak hari-hari.

No comments:

Post a Comment