Pagi, kami ada briefing skit, dan menonton video pasal Open Water Diving Course (OWDC). Kena tonton video, dan jawab soalan kat buku text. Pada sebelah petangnya, baru la kami turun ke laut.Kami gi ke Batu Nisan yang terletak berhadapan dgn Long Beach. Mula-mula, kami pergi ke tempat yang cetek, kalau apa-apa hal boleh berdiri je.Terus terang aku cakap, masa ni, aku rasa macam nak give up. Sebabnya aku menghadapi permasalahan untuk bernafas melalui regulator (alat yang buh kat mulut tu klo korg tgk diver2 pakai) Aku tak panic, cuma aku rasa macam susah sangat nak bernafas. Sampai aku mengigil-gigil dalam air tu. Siap cakap kat Harun ( nama cikgu kami yg berbangsa Turki) nak naik atas. Jadi, aku pun cakap dgn dia, dia kata sebab kita tak bergerak, duduk static aja. Itu yang rasa sejuk.Ditambahkan lagi mungkin sebab aku tak makan tengah hari . Memang pakej la yeee~~
Lepas dah belajar hand signal apa semua, practice mask clearing, kami pun berenang-renang. Nak kasi biasakan. Time ni baru la aku tak rasa sejuk dah. Lepas abis je session, aku rasa nak kencing tu sampai dah tak tahan, takan la aku nak lepaskan kat dasar laut, mmg ler org tak tau, tapi mcm tak beradap skit ler.
Kesimpulan disini, aku ni seorang yang semua benda nak buat dalam one go. Aku malas nak dua tiga kali keje. Dan aku buat benda semua dengan cepat. Sblum ni, aku plan nak amik open water + advance. Siap sbelum ni klo dive centre tu kata nak buat confine water (aktiviti dimana korg akan belajar benda basic) dekat pool dulu, memang aku tak nak. Aku prefer semua buat kat pulau. Bila dah jadi macam ni, kut ada yang terbaca blog ni kan, aku sarankan kalian gi ke pool dulu, amik discovery scuba diving dulu. Test dan rasa mcm mana dok dalam air dgn equipment bagai. Kalau rasa ok, syok, proceed la amik lesen..hehehe
Pagi Jumaat yang indah |
No comments:
Post a Comment