Wednesday, January 3, 2018

Hiking Mount Semeru, Indonesia

Assalamu'alaikum dan Selamat Tahun Baru semua.

Aku hutang dua post lagi untuk trip Laos pada bulan May dan Jepun pada bulan August 2017. Apa-apa pun aku nak summary kan trip mendaki Gunung Semeru, Indonesia.

Aku join trip MARA hikers lagi. Mereka guna khidmat servis KARAT Adventure seperti trip Rinjani tahun 2016. Permulaan hari kami tidak berapa bernasib baik disebabkan pak supir tak tahu jalan ke Ranupani iaitu homestay dan juga starting point hiking Gunung Semeru. Sampai ke homestay pun dah 3 pagi, ada beberapa jam je untuk tidur dan pagi jam 10 keesokannya dah nak berangkat berjalan selama 8 jam.

Aku tak training apa pun, dan aku takda buat research apa-apa pun tentang tempat ni. Yang aku dengar, ramai yang cakap Semeru 3 kali susah Rinjani. Ok aku pendekkan cerita. Aku takde la berpengalaman sangat dalam menggunung ni, tapi apa yang aku lalui:

Summit attack: Orang cakap Semeru lagi susah sebab dia punya pacak tu lagi memacak dari Rinjani. Rinjani hanya 500m terakhir je yg siksa. Tapi bagi aku, Semeru lagi senang sebab permukaan berpasirnya, dan kalau korang follow zig zag line yang ada, insyaAllah, mudah kerja. Kalau di Rinjani batu dia kasar, dan susah untuk follow tapak hiker sebelumnya. Tambah pula batu2 tu akan jatuh dan lagi susah untuk korang berjalan.

Overall track : Semeru lagi senang sebab kebanyakkannya landai dan tak berapa nak steep. Hanya selepas base camp Ranu Kumbolo je memacak sikit, tapi kejap je. Rinjani lagi susah sebab ada bukit penyesalan tu buat ko rasa menyesal join trip hiking tu nanti.

Overall satisfaction: Ranu Kumbolo jela main attraction dia sebab kawasan shooting filem Indonesia 5cm. Kat summit, ada rezeki boleh tgk letusan gunung api. Orang tanya aku nak repeat yang mana? aku rela pergi panjat Rinjani sekali lagi sebab view Rinjani kiri kanan depan belakang semua lawa. Trip kali ni, aku rasa tak sabar nak balik. Klo trip Rinjani, kalau boleh tak nak balik.

Masa first day yang lewat sampai homestay tu, semua stress dan merungut. Tapi ada ustaz sorang dlm group kami tetiba bersuara, "kita tunggu jela apa hikmahnya".

Tup~~~ Alhamdulillah. Semua urusan kami dipermudahkan. First day kami cuaca redup dan berkabus. Jadi tak mental sangat sebab focus jalan je. Summit attack kami pun berjalan dgn lancar. Bertolak sekitar jam 1 pagi dan aku sampai sekitar 5 setengah pagi. Malangnya sampai awal ni, cuaca angin sangat sejuk. Jadi dinasihatkan pakai la berlapis2 atau bawa sleeping bag. Time balik dari Ranu Kumbolo ke homestay Ranupani je hujan. Kesian kat member-member yang sampai lambat

Satu lagi tips, kut klo ada nak hire personal porter utk towing masa summit attack, jangan lah mengharap sangat. Ramai yang hired keciwa dan ada yg demotivated. Bila ditanya dgn uncle Rashid Karat, rupanya diorang ni tak biasa, dan kadang-kadang porter kat sini silih berganti.

Overall expenses:

3 days 2 nights di Semeru + 1 night di Bromo + 1 night di Surabaya = RM850
Personal porter utk carry barang kongsi dua orang = RM 150 or 500k rupiah
Personal expenses = RM 450 or 1.5juta

Lagi satu ye, klo pakai personal porter tu, aku nasihat sangat-sangat supaya rancang. Walaupun kongsi dua org dan boleh sampai tiga orang, jangan lah sampai tiga2 tu nak bawak bag. Kalau boleh combine sebab diorg ni akan measure betul2. Klo cakap max 16kg, memang betul la diorg akan timbang dan check. Please buang mindset ni" ala~~ bayar kut, takpa! sure dia tak tau punya klo lebih sikit-sikit".

Hello! AA pon dah siap-siap timbang betul ke tak kurang dari 7kg sebelum departing. Aku kena kat Taipei ritu. 

View sini boleh nampak base camp Ranu Kumbolo

Camni punya kacak tuan blog pun tak boleh femes. Heran aku. Port ni klo bulan 4 sangat cantik dan korang boleh petik daun lavendar tu bebanyak sebab diorg allowed (nama bunga tu aku main petik je lavendar, ada nama dia)

Ini adalah view nak menuju ke summit. Cuaca sejuk berkabus. Tapi kengkawan yg sampai lambat dapat langit biru

Time ni aku turun dari summit sorang2. Tak tahan sejuk sangat. Sambil2 tu layan view sengsorang

Brader tu yang tolong tangkapkan gambar aku

Time turun, boleh bilang la berapa orang je, sebab mostly dah turun awal. Panas weihhh kalau matahari dah muncul

Dan inilah dia view base camp di Ranu Kumbolo. Amacam? Terasa nak pergi tak?

Friday, April 21, 2017

Lelaki ini satu-satunya lelaki Melayu di Taiwan

Assalamu'alaikum semua.

Tajuk entry mesti kena propa. Jangan percaya sangat la. Pancing je tu!

Lama betul tak update blog. Ini adalah quick entry, nak kata summary pun bukan juga. Tapi ada certain things yang aku nak highlight. Jika kalian berhajat untuk ke Taiwan pada musim Pingxi Lantern Festival yang diadakan di daerah Shifen setiap tahun, henti-hentikan lah hajat tu!

Hahahah. takda-takda, aku gurau je. Niat utama aku mesti lah kerana nak ambil gambar, sebab benda ni ada kaitan dengan agama, kalau aku pergi atas niat nak bakar tanglong terbang tu, jatuh syirik dah tu.

Pendek cerita, berikut adalah sedikit tips:

1) Nak shoot gambar tanglung terbang cantik, first thing, study arah angin. Dan dari situ, boleh plan nak duduk kat mana. Aku silap kononnya kalau shoot betul2 menghadap stage, akan dapat moment cun ah. Haram, apa pun takda. Aku sedar kesilapan ni bila tgk arah tanglung tu terbang. Nak ubah spot memang tak dapat la. Nanti korang tgk gamba bawah ni kenapa.

2) Pasal makan jangan risau dekat Taiwan ni. Ada restaurant Halal terutama di bandar. Kalau di Shifen, takda kedai halal, tapi ada kedai vegy.

3) Plan apa nak buat dekat Shifen. Seeloknya, datang awal, so boleh la jalan-jalan tempat lain. Kemudian, berada dispot event awal dari yang dijadualkan. Event start dalam 6pm camtu. Time Maghrib ngko~~~ ghasak!

4) Kurangkan minum air, yang ni terpaksa kawal sebab nanti dah berhimpit berjemaah, camne ngko nak kuar pergi tandas. Dah tu, toilet punya la ramai umat beratur. Kalau perempuan.....toksah cite la.

5) Tanglung yang dilepaskan secara berjemaah tu setiap 30 minit. In between ada pertunjukkan macam-macam. Aku sarankan, kalau dah puas tgk tanglung terbang tu, better kuar dari kawasan sebelum pukul 8pm. Paling lewat 9pm. Aku tak sempat ambil gambar umat berpusu-pusu nak kuar dan masuk kekawasan. Memang betul lah diorg cakap 80,000 orang yang datang.

Lain-lain kalau nak tau comment jelah kat bawah ni. Tetiba takda idea nak karang. Ok bye!
Setibanya airport, terus pergi beli tiket bas ke town.

Punyalah ramai orang, sampai nak beratur kat mana pun tak tau
First restaurant halal yang aku pergi. Nasi-nasi takde ye. Bagi aku kedai ni terbaik sebab rasa asli masakan cina.

Perut dah lapar, kita makan dulu.

Macam scene kat Korea pun ada.
Yang ni plak macam kat Singapore
Perjalanan bermula untuk gi tengok tanglung terbang. Naik shuttle bus kat Taipei Zoo

Pagi-pagi dah ramai umat beratur. Lebih kurang 45 minit juga menunggu. Yang bestnya, bas setiap 5 minit.
Bayar kat sini. Ada dua option, kalau korang beratur yang stand tu, lagi kejap masa menunggu sebab semua orang nak duduk. Nasihat aku, pergi better beratur utk lane duduk. Balik baru beratur kat stand, sebab kalau balik tu depends on location mana, macam aku dari Shifen ke Jiufen, tak jauh sangat. So berdiri dalam 30-45 minit je dalam bas.
Dua orang je yang berdiri. Ghasak ngko.

Dah sampai lokasi. Information pasal event ni agak gagal sikit la. Mujur ada map ni. Dan boleh plan kat mana nak naik shuttle bas free time balik. Jangan naik train ye. Kalu degil nak naik train gak, aku ucapkan selamat berhimpit.

Ni jalan menuju ke tapak event
Ni tempat bas berhenti dari bandar Taipei.

Ni main street kat Shifen ni
Seronok baca orang punya wish. kelakar pun ada. gahahha

Banyak pelancong Korea dengan Jepun

Tanglung ni ada gradenya. Harga pun berbeza

Aku tak ambil plak gambar luar kedai Vegy tu. Tapi ianya berada dekat sini.

Tak tahan aku bau apa benda tah. Nak kata bau kuih koci bukan.
Ni plak train station. Sempat gak tgk train lalu sini.

Nyaris aku nak tgk kejadian maut depan mata aku. Boleh plak ada sorng mak ni dok cakap tipon, anak dia berlari time keretapi nak sampai. Mujur aku sempat tarik budak tu.

Aku berada seawal 4 petang. So diorang ni yang dah pacak tripod aku rasa mau pukul 1 dah ada sini. Time ni sejuk gila wei. Aku dah la pakai baju nipis.

5:30 sebelum event nak start, bergini la rupanya. Tengok la berapa ramai umat. Rupanya, time nak kuar balik tu, lagi ramai orang berpusu-pusu nak masuk tapak event. Aku cadangkan berdiri kat tembok atas tu.

Time nak lepas tanglung secara berjemaah, tetiba ada sorang degil tak dengar arahan dan terlepas tanglungnya
Overall aku tak dapat gambar yang aku mahu.
Next day, pas event, cuaca di Jiufen sangat suram. Tak pergi mana dan tak banyak gambar yang dapat dirakamkan.

Ada gambar ni ok lah, syarat dah sampai Taiwan. nak shoot menara ni pun dah takde mood sebab cuaca hambar. Tiada rezeki


Wednesday, December 14, 2016

How to save money while traveling in Japan?

Kena dah~~ Pasti tertarik kan baca tajuk entry?

Assalamu'alaikum to Muslim readers.

So my life in Japan is about to reach to the end, and I am going back to Malaysia.
While staying here for 3 months, I learned a lot on how to save money if you are traveling to Japan.

1) Stop Going to Konbini (コンビニ @ Convenience Store)

Yes, stop doing that! I don't know why people so obsess with Japan's konbini. I would prefer to go to 100 yen shop which is more tempting~ hahah

Kat Malaysia sekarang kan ada Family Mart baru buka, aku tak paham apahal sampai nak beratur bagai masa 1st day opening. Kat sini lengang je ( Senyum berlagak ^_^)

Ok here is the reason:

i) Most people go to Konbini to buy Onigiri or drink right? The reason is the price is quite expensive. Ala~~ semua orang tau kot. Ok nanti dulu, belum habis lagi, sila scroll lagi.

2) Stop Buying Drink from Vending Machine

Price at Jidouhanbaiki (Vending Machine) much more expensive than Konbini.
Ala~ ini pun orang dah tau la bang! 

3) Start Going to Supa (スパ @ Super Market)

To summarize Supa>Konbini>Jidouhanbaiki. Price in Supa is the lowest among these two.
Unlike in Malaysia, Japan doesn't have promotion like "Buy 1 Free 1", but they do have price promotion and the price is different according to time and day. I think they made this strategy in order to attract people to go to Supa everyday. In Malaysia, most people buy in bulk once in a month.

100% for sure cheap price that u can get is in the bread section.
i) Because of the expiry date, u can get cheap price
ii) Salad with seasoning also offering a price reduction near closing time.
iii) Visit near at closing time. Bare in mind most of the time all sold out already. Every time I went there even though 1 hour early before closing time, all breads sold out.

I made a study on this where visited 2 hours before, the price will be slightly cheap, and 1 hour before closing they change the price and it will be definitely cheap. U will need to berebut with obasan at this time. hahah.

This only apply to fish, chicken, salad with seasoning. I am not sure if this is 100% accurate, because the research was conducted in one Supa only.

4) Don't Buy Instant Rice

Habis kebulur ah bang~ Nak kena nasik-nasik gak. Relax~ Family for sure they will bring their own rice, but for solo travelers or small group travelers, I am sure they will go to Konbini and buy the instant rice. The price is around 200yen to 300yen. Mahal bai~

So here is the solution:
i) Bring your own rice or u can buy 1kg Japanese rice which cost only 600yen+ at the Supa. (Still consider cheap right compare with buying instant rice everyday.
2) How to cook it? Simple, bought a microwave rice cooker and read this blog

Most hostel provide cooking utensil and microwave, so u can cook in advance before going out.

This method only apply for those who have difficulty in having a food outside especially for Muslims.   

Another alternative of Supa if you need to buy drink, go get from drug store (くすり Kusuri). Ala~~ macam Guardian etc 

This is just opinion. Some may think that why be so stingy. If you are using tour guide I don't think u will read this post. Ok bye~

Bread that I bought 73yen only. Melon pan is standard 108yen

One of Japanese type of Kusuri ya

I am lucky to buy this at this price. Normal price range from 150yen to 230yen

See the price~

Mana lagi menggembirakan? Beli air kat Konbini ke atau Supa dengan harga camni? 1 liter satu family ngko buleh minum tau.
   


 

Wednesday, October 19, 2016

Kehidupan Di Jepun

Assalamu'alaikum semua.

Dah tiga minggu aku kat Jepun ni. Boleh kata dah nak rabak dah poket. Klo sekali kuar jalan, akan habis dalam 10-20ribu yen. Menganga la lepas tu pasal takde duit nak makan. hahah

Transport dengan tempat tinggal memang mahal la sini. Jadi klo yang first time nak kemari, standby la ye duit utk tu, dan makanan tak payah la berangan nak makan sushi ke apa. Korang bawak nasi himpit bebyk sama ikan bilis ke, budu ke, semperit ke, serunding ke. Jimat duit utk transport sama tempat tinggal ye. Klo ada peluang pakai couchsurfing tu sebat aja. Lagi jimat banyak. Nak tumpang umah den pun buleh. Tapi pengeras perencah nasi goreng satu kotak besar la. hahahaha

jangan lupa layan video ni ye kengkawan

Kehidupan di Jepun


Monday, October 17, 2016

Tak sempat nak pos new update

Assalamu'alaikum kengkawan.

Kut klo sesiapa yang rindu tu, den tak sompek nak karang entry baru,


Jadi apa kata klo kalian tonton yo bideo utube den haaa~~~


Wednesday, September 28, 2016

Summary - Rinjani Dekat Dimata, Jauh Dikaki

Assalamu'alaikum semua, aku taip dalam keadaan kelam kabut sebab tak abis packing lagi. Aku baru je balik dari Lombok ( 17-23th September 2016 ), dan malam ini 26th September, aku akan ke Jepun selama tiga bulan. Yang ni aku cite kemudian, sekarang kita cite pasal Rinjani dulu.

Aku join trip ni pasal Abg Syden yang aku kenal time hiking Gunung Prau ajak. Balik dari Malaysia, trus beli tiket utk join.

Seterusnya, bila hari kejadian, baru la aku sibuk untuk study macam mana keadaan road disana. Cerita dan pengalaman orang yang pernah mendaki dijadikan pedoman. Boleh kata setiap orang ada cerita masing-masing. Pengalaman aku tidak banyak yang dapat dikongsikan.

Cuma satu je, tak kira la macam mana hebat dan kerapnya training, klo tanpa izin Allah, tak sampai ke puncak. Aku pergi gym, training lower body, tiap2 mggu training kata Bukit Tabur plak, masih tak cukup. Sebabnya, boleh kata 80% kita akan berlawan dengan mental. 

Bukit Penyesalan tu paling mental sekali. Agak-agak aku hilang pedoman, aku cepat-cepat istighfar. Orang depan aku jauh, dan orang belakang aku pun jauh. Nampak dimata, tapi jauh dikaki. Hari sebelum tu, guide dah mentioned, memula akan tolong dan support kengkawan, nanti akan sampai tahap nak kena selamatkan diri sendiri dulu. Aku dah sampai stage tu, terpaksa proceed juga. Guide juga ada bagi tau yang nanti akan ada rasa cramp, aku banyak berlawan dengan prob ni pasal kaki aku hampir2 nak cramp. Dalam lima langkah akan berhenti. Terus terang cakap, training mcm mana pun tetap akan ada masalah juga.

Good thing about guide kitorng plan ke summit seawal 1 pagi adalah time tu masih gelap, kiri kanan tak nampak apa so takdelah rasa mental sangat. Tapi 500m yang terakhir sangat mencabar. Mat saleh yang kuar 3 pagi dah kejar dan mendahului kami.

Overall, benar lah kata ramai pihak, Trip Rinjani adalah satu kenangan yang sangat sukar untuk dilupakan, dan perit untuk diulang. Erti kata lain, mesti kena pergi at least sekali. Dan mungkin tiada kali kedua.

Laluan kami adalah:

Day 1 Sembalun>Base Camp 1
Day 2 Summit Attack> Base Camp 2 Tasik Segara Anak
Day 3 Tasik Segara Anak> Base Camp 3 Senaru
Day 4 Base Camp 3> Senaru

Air ticket RM 586 termasuk luggage
Package RM 950
Insurance RM 46

P.s- Klo nak beli sim card, better amik Telkomsel sebab kat Senaru tiptop. Aku asik terkena je, time beli Axis tak bagus, pastu tukar IM3 untuk Rinjani ni, tapi hampeh.


Starting point melalui Savana

Starting tak berapa mencabar sangat, kira geli-geli aja

Masa ni ada selisih dengan mat saleh, dia boleh cakap "Good luck man! Not even 5%". Fuh! Tak ke terbakar jiwa mendengarnya.

Tudia, dah start lalui Bukit Penyesalan, lebih kurang macam ni la scene nya. Awal semua rapat2, pastu sini dah jarang2

Hari kedua di summit

Nampak tak orang yang kecik2 tu.

Istighfar banyak2 klo lalui 500m terakhir.

Time nak turun, rezeki tak berapa panas, jadi banyak masa kami ambil utk menikmati pemandangan

Tersilap langkah boleh selamat jalan

Belanja skit gamba di Base camp 2, Tasik Segara Anak