Aku baru balik dari Nepal, bertambah pula dengan new experience iaitu flight Malindo yang terbang dari Nepal ke KL, terbabas landasan. Isu ni tak berapa viral sangat sebab tiada kecederaan. Tapi aku ada dalam kapal tu, pastu kena tunggu lebih dari 30 jam utk rescedule flight, memang azab menunggu.
Ok. Kenapa tak Annapurna (ABC) atau Everest (EBC) ? Senang je jawapannya. Sebab Langtang National Park ni tak ramai orang. Sebelum viral baik aku pergi dulu. Dan trek dia pun tak sesusah yang disangka except certain area. Kat bawah nanti aku akan bagi tau yg mana.
Tanpa melenggah masa, boleh refer ittinery aku ni jika ada yang berminat nak ke sini. Ada sedikit cadangan pada part akhir.
1. Arrival in Kathmandu and overnight stay in Thamel district based on twin sharing.
2. Transfer to Shabrubeshi (1460m asl) (7-8 hours) and overnight stay in lodge. Siap sedia la naik bas sampai korang mabuk darat
3. Trek to Lama Hotel (2560m asl). Hike along the Langtang River. Bagi aku ini paling tough sepanjang trek kami sebab beza 1000m elevation.
4. Trek to Langtang Valley (3455m asl). First an ascent towards Ghora Tabella with spectacular views of Langtang Ri and Langtang Village. Yang ni not bad juga susah, tapi masih ok
5. Trek to Kyanjin Gompa (3817m asl). Ini paling senang. Make sure korang ambil masa rileks sambil enjoy scenery
6. Trek to Tsergo Ri (4983m asl). Ini sangat susah. Ada option lain iaitu Kyanjin Ri Peak. View cantik juga
7. Trek to Lama Hotel (2560m asl). Lepas dua malam stay di Kyanjin Gompa, terus turun sampai ke Lama Hotel iaitu teahouse first day
8. Trek to Thulo Syabru Gau (2200m asl). Bosan dan susah sebab korang akan turun, pastu kena naik balik. Ada option lain iaitu terus pulang ke Shabrubeshi dari Lama Hotel. Korang akan jimat satu malam dan esoknya boleh terus pulang ke Thamel. Katakanlah ada tenaga lagi dan korang akan stay kat Thulo Syabru, aku recommend korang pergi ke Gosaikunda sebab tasik kat sini cantik. Tapi kena standby lagi dua malam kat sini kalau nak pergi.
9. Trek to Dhunche (1950m asl). Sirius ni paling bosan dan korang akan lalui main road yang berdebu ala-ala boksite. Klo tour agent ko recommend sini, aku sarankan ko stay kat Shabrubeshi lagi selesa
10. Bersiap sedia utk mabuk darat dengan menaiki bas selama 7 jam ke Thamel.
Budget
1. Air ticket : Malindo Air RM 1,200++ return
2. Hiking package including foods and accommodation on the mountain: RM 2,480
3. Compulsory Tip: Starting 2,000 NRP
4. Changed to USD then changed to NRP in Nepal.
Memandangkan aku first time ke Nepal, so aku tak tau berapa nak bawa. Aku tukar dalam USD 400, in the end aku hanya pakai USD 100 @ 10,150 NRP + USD 25 utk hotel last night
Kalau aku ambil kira barang yang aku beli utk hiking lebih kurang RM 1,000, total rabak rasanya nak cecah RM 6,000. Duit balance USD tu ok la kut pasal boleh pakai utk trip lain.
Dekat atas gunung, ada certain teahouse provide free hot shower, tapi mostly diorg charge sekitar 250 ke 300 NRP. Klo yang nak meroyan wifi tu, diorg charge 300 NRP. Kalau nak cas hp atau guna plug diorg, diorg charge 300 NRP juga
Masa ni nak dekat sampai Kyanjin Gompa |
Teruja first time tengok ice selain dari Milo ABC |
No comments:
Post a Comment