Aku hutang dua post lagi untuk trip Laos pada bulan May dan Jepun pada bulan August 2017. Apa-apa pun aku nak summary kan trip mendaki Gunung Semeru, Indonesia.
Aku join trip MARA hikers lagi. Mereka guna khidmat servis KARAT Adventure seperti trip Rinjani tahun 2016. Permulaan hari kami tidak berapa bernasib baik disebabkan pak supir tak tahu jalan ke Ranupani iaitu homestay dan juga starting point hiking Gunung Semeru. Sampai ke homestay pun dah 3 pagi, ada beberapa jam je untuk tidur dan pagi jam 10 keesokannya dah nak berangkat berjalan selama 8 jam.
Aku tak training apa pun, dan aku takda buat research apa-apa pun tentang tempat ni. Yang aku dengar, ramai yang cakap Semeru 3 kali susah Rinjani. Ok aku pendekkan cerita. Aku takde la berpengalaman sangat dalam menggunung ni, tapi apa yang aku lalui:
Summit attack: Orang cakap Semeru lagi susah sebab dia punya pacak tu lagi memacak dari Rinjani. Rinjani hanya 500m terakhir je yg siksa. Tapi bagi aku, Semeru lagi senang sebab permukaan berpasirnya, dan kalau korang follow zig zag line yang ada, insyaAllah, mudah kerja. Kalau di Rinjani batu dia kasar, dan susah untuk follow tapak hiker sebelumnya. Tambah pula batu2 tu akan jatuh dan lagi susah untuk korang berjalan.
Overall track : Semeru lagi senang sebab kebanyakkannya landai dan tak berapa nak steep. Hanya selepas base camp Ranu Kumbolo je memacak sikit, tapi kejap je. Rinjani lagi susah sebab ada bukit penyesalan tu buat ko rasa menyesal join trip hiking tu nanti.
Overall satisfaction: Ranu Kumbolo jela main attraction dia sebab kawasan shooting filem Indonesia 5cm. Kat summit, ada rezeki boleh tgk letusan gunung api. Orang tanya aku nak repeat yang mana? aku rela pergi panjat Rinjani sekali lagi sebab view Rinjani kiri kanan depan belakang semua lawa. Trip kali ni, aku rasa tak sabar nak balik. Klo trip Rinjani, kalau boleh tak nak balik.
Masa first day yang lewat sampai homestay tu, semua stress dan merungut. Tapi ada ustaz sorang dlm group kami tetiba bersuara, "kita tunggu jela apa hikmahnya".
Tup~~~ Alhamdulillah. Semua urusan kami dipermudahkan. First day kami cuaca redup dan berkabus. Jadi tak mental sangat sebab focus jalan je. Summit attack kami pun berjalan dgn lancar. Bertolak sekitar jam 1 pagi dan aku sampai sekitar 5 setengah pagi. Malangnya sampai awal ni, cuaca angin sangat sejuk. Jadi dinasihatkan pakai la berlapis2 atau bawa sleeping bag. Time balik dari Ranu Kumbolo ke homestay Ranupani je hujan. Kesian kat member-member yang sampai lambat
Satu lagi tips, kut klo ada nak hire personal porter utk towing masa summit attack, jangan lah mengharap sangat. Ramai yang hired keciwa dan ada yg demotivated. Bila ditanya dgn uncle Rashid Karat, rupanya diorang ni tak biasa, dan kadang-kadang porter kat sini silih berganti.
Overall expenses:
3 days 2 nights di Semeru + 1 night di Bromo + 1 night di Surabaya = RM850
Personal porter utk carry barang kongsi dua orang = RM 150 or 500k rupiah
Personal expenses = RM 450 or 1.5juta
Lagi satu ye, klo pakai personal porter tu, aku nasihat sangat-sangat supaya rancang. Walaupun kongsi dua org dan boleh sampai tiga orang, jangan lah sampai tiga2 tu nak bawak bag. Kalau boleh combine sebab diorg ni akan measure betul2. Klo cakap max 16kg, memang betul la diorg akan timbang dan check. Please buang mindset ni" ala~~ bayar kut, takpa! sure dia tak tau punya klo lebih sikit-sikit".
Hello! AA pon dah siap-siap timbang betul ke tak kurang dari 7kg sebelum departing. Aku kena kat Taipei ritu.
View sini boleh nampak base camp Ranu Kumbolo |
Ini adalah view nak menuju ke summit. Cuaca sejuk berkabus. Tapi kengkawan yg sampai lambat dapat langit biru |
Time ni aku turun dari summit sorang2. Tak tahan sejuk sangat. Sambil2 tu layan view sengsorang |
Brader tu yang tolong tangkapkan gambar aku |
Time turun, boleh bilang la berapa orang je, sebab mostly dah turun awal. Panas weihhh kalau matahari dah muncul |
Dan inilah dia view base camp di Ranu Kumbolo. Amacam? Terasa nak pergi tak? |
No comments:
Post a Comment