Wednesday, September 28, 2016

Summary - Rinjani Dekat Dimata, Jauh Dikaki

Assalamu'alaikum semua, aku taip dalam keadaan kelam kabut sebab tak abis packing lagi. Aku baru je balik dari Lombok ( 17-23th September 2016 ), dan malam ini 26th September, aku akan ke Jepun selama tiga bulan. Yang ni aku cite kemudian, sekarang kita cite pasal Rinjani dulu.

Aku join trip ni pasal Abg Syden yang aku kenal time hiking Gunung Prau ajak. Balik dari Malaysia, trus beli tiket utk join.

Seterusnya, bila hari kejadian, baru la aku sibuk untuk study macam mana keadaan road disana. Cerita dan pengalaman orang yang pernah mendaki dijadikan pedoman. Boleh kata setiap orang ada cerita masing-masing. Pengalaman aku tidak banyak yang dapat dikongsikan.

Cuma satu je, tak kira la macam mana hebat dan kerapnya training, klo tanpa izin Allah, tak sampai ke puncak. Aku pergi gym, training lower body, tiap2 mggu training kata Bukit Tabur plak, masih tak cukup. Sebabnya, boleh kata 80% kita akan berlawan dengan mental. 

Bukit Penyesalan tu paling mental sekali. Agak-agak aku hilang pedoman, aku cepat-cepat istighfar. Orang depan aku jauh, dan orang belakang aku pun jauh. Nampak dimata, tapi jauh dikaki. Hari sebelum tu, guide dah mentioned, memula akan tolong dan support kengkawan, nanti akan sampai tahap nak kena selamatkan diri sendiri dulu. Aku dah sampai stage tu, terpaksa proceed juga. Guide juga ada bagi tau yang nanti akan ada rasa cramp, aku banyak berlawan dengan prob ni pasal kaki aku hampir2 nak cramp. Dalam lima langkah akan berhenti. Terus terang cakap, training mcm mana pun tetap akan ada masalah juga.

Good thing about guide kitorng plan ke summit seawal 1 pagi adalah time tu masih gelap, kiri kanan tak nampak apa so takdelah rasa mental sangat. Tapi 500m yang terakhir sangat mencabar. Mat saleh yang kuar 3 pagi dah kejar dan mendahului kami.

Overall, benar lah kata ramai pihak, Trip Rinjani adalah satu kenangan yang sangat sukar untuk dilupakan, dan perit untuk diulang. Erti kata lain, mesti kena pergi at least sekali. Dan mungkin tiada kali kedua.

Laluan kami adalah:

Day 1 Sembalun>Base Camp 1
Day 2 Summit Attack> Base Camp 2 Tasik Segara Anak
Day 3 Tasik Segara Anak> Base Camp 3 Senaru
Day 4 Base Camp 3> Senaru

Air ticket RM 586 termasuk luggage
Package RM 950
Insurance RM 46

P.s- Klo nak beli sim card, better amik Telkomsel sebab kat Senaru tiptop. Aku asik terkena je, time beli Axis tak bagus, pastu tukar IM3 untuk Rinjani ni, tapi hampeh.


Starting point melalui Savana

Starting tak berapa mencabar sangat, kira geli-geli aja

Masa ni ada selisih dengan mat saleh, dia boleh cakap "Good luck man! Not even 5%". Fuh! Tak ke terbakar jiwa mendengarnya.

Tudia, dah start lalui Bukit Penyesalan, lebih kurang macam ni la scene nya. Awal semua rapat2, pastu sini dah jarang2

Hari kedua di summit

Nampak tak orang yang kecik2 tu.

Istighfar banyak2 klo lalui 500m terakhir.

Time nak turun, rezeki tak berapa panas, jadi banyak masa kami ambil utk menikmati pemandangan

Tersilap langkah boleh selamat jalan

Belanja skit gamba di Base camp 2, Tasik Segara Anak

3 comments:

  1. Syabas... sampai juga ke puncak...

    ReplyDelete
  2. Haaaah! Part paling mencabar tu lagi beberapa meter nk sampai puncak..satu langkah ke depan turn blk 2,3 langkah ke belakang..oohhh kalau d ingat blk seksa!

    ReplyDelete