Assalamu'alaikum semua.
Tajuk entry mesti kena propa. Jangan percaya sangat la. Pancing je tu!
Lama betul tak update blog. Ini adalah quick entry, nak kata summary pun bukan juga. Tapi ada certain things yang aku nak highlight. Jika kalian berhajat untuk ke Taiwan pada musim Pingxi Lantern Festival yang diadakan di daerah Shifen setiap tahun, henti-hentikan lah hajat tu!
Hahahah. takda-takda, aku gurau je. Niat utama aku mesti lah kerana nak ambil gambar, sebab benda ni ada kaitan dengan agama, kalau aku pergi atas niat nak bakar tanglong terbang tu, jatuh syirik dah tu.
Pendek cerita, berikut adalah sedikit tips:
1) Nak shoot gambar tanglung terbang cantik, first thing, study arah angin. Dan dari situ, boleh plan nak duduk kat mana. Aku silap kononnya kalau shoot betul2 menghadap stage, akan dapat moment cun ah. Haram, apa pun takda. Aku sedar kesilapan ni bila tgk arah tanglung tu terbang. Nak ubah spot memang tak dapat la. Nanti korang tgk gamba bawah ni kenapa.
2) Pasal makan jangan risau dekat Taiwan ni. Ada restaurant Halal terutama di bandar. Kalau di Shifen, takda kedai halal, tapi ada kedai vegy.
3) Plan apa nak buat dekat Shifen. Seeloknya, datang awal, so boleh la jalan-jalan tempat lain. Kemudian, berada dispot event awal dari yang dijadualkan. Event start dalam 6pm camtu. Time Maghrib ngko~~~ ghasak!
4) Kurangkan minum air, yang ni terpaksa kawal sebab nanti dah berhimpit berjemaah, camne ngko nak kuar pergi tandas. Dah tu, toilet punya la ramai umat beratur. Kalau perempuan.....toksah cite la.
5) Tanglung yang dilepaskan secara berjemaah tu setiap 30 minit. In between ada pertunjukkan macam-macam. Aku sarankan, kalau dah puas tgk tanglung terbang tu, better kuar dari kawasan sebelum pukul 8pm. Paling lewat 9pm. Aku tak sempat ambil gambar umat berpusu-pusu nak kuar dan masuk kekawasan. Memang betul lah diorg cakap 80,000 orang yang datang.
Lain-lain kalau nak tau comment jelah kat bawah ni. Tetiba takda idea nak karang. Ok bye!
|
Setibanya airport, terus pergi beli tiket bas ke town. |
|
Punyalah ramai orang, sampai nak beratur kat mana pun tak tau |
|
First restaurant halal yang aku pergi. Nasi-nasi takde ye. Bagi aku kedai ni terbaik sebab rasa asli masakan cina. |
|
Perut dah lapar, kita makan dulu. |
|
Macam scene kat Korea pun ada. |
|
Yang ni plak macam kat Singapore |
|
Perjalanan bermula untuk gi tengok tanglung terbang. Naik shuttle bus kat Taipei Zoo |
|
Pagi-pagi dah ramai umat beratur. Lebih kurang 45 minit juga menunggu. Yang bestnya, bas setiap 5 minit. |
|
Bayar kat sini. Ada dua option, kalau korang beratur yang stand tu, lagi kejap masa menunggu sebab semua orang nak duduk. Nasihat aku, pergi better beratur utk lane duduk. Balik baru beratur kat stand, sebab kalau balik tu depends on location mana, macam aku dari Shifen ke Jiufen, tak jauh sangat. So berdiri dalam 30-45 minit je dalam bas. |
|
Dua orang je yang berdiri. Ghasak ngko. |
|
Dah sampai lokasi. Information pasal event ni agak gagal sikit la. Mujur ada map ni. Dan boleh plan kat mana nak naik shuttle bas free time balik. Jangan naik train ye. Kalu degil nak naik train gak, aku ucapkan selamat berhimpit. |
|
Ni jalan menuju ke tapak event |
|
Ni tempat bas berhenti dari bandar Taipei. |
|
Ni main street kat Shifen ni |
|
Seronok baca orang punya wish. kelakar pun ada. gahahha |
|
Banyak pelancong Korea dengan Jepun |
|
Tanglung ni ada gradenya. Harga pun berbeza |
|
Aku tak ambil plak gambar luar kedai Vegy tu. Tapi ianya berada dekat sini. |
|
Tak tahan aku bau apa benda tah. Nak kata bau kuih koci bukan. |
|
Ni plak train station. Sempat gak tgk train lalu sini. |
|
Nyaris aku nak tgk kejadian maut depan mata aku. Boleh plak ada sorng mak ni dok cakap tipon, anak dia berlari time keretapi nak sampai. Mujur aku sempat tarik budak tu. |
|
Aku berada seawal 4 petang. So diorang ni yang dah pacak tripod aku rasa mau pukul 1 dah ada sini. Time ni sejuk gila wei. Aku dah la pakai baju nipis. |
|
5:30 sebelum event nak start, bergini la rupanya. Tengok la berapa ramai umat. Rupanya, time nak kuar balik tu, lagi ramai orang berpusu-pusu nak masuk tapak event. Aku cadangkan berdiri kat tembok atas tu. |
|
Time nak lepas tanglung secara berjemaah, tetiba ada sorang degil tak dengar arahan dan terlepas tanglungnya |
|
Overall aku tak dapat gambar yang aku mahu. |
|
Next day, pas event, cuaca di Jiufen sangat suram. Tak pergi mana dan tak banyak gambar yang dapat dirakamkan. |
|
Ada gambar ni ok lah, syarat dah sampai Taiwan. nak shoot menara ni pun dah takde mood sebab cuaca hambar. Tiada rezeki |
gila hero.. dpt selamatkan budak... kalau ada video sure malaysian unsung hero.. viral ! hakss
ReplyDeletepergh~ takde la sampai misi menyelamat ala-ala supermeng. heheheh
Deletecantiknya tanglung...
ReplyDeleterasanya floating lantern thai lagi lawa kut
Delete