Wednesday, May 29, 2013

Apo? Dapek Telipun foriiieee?


Seminggu ni, kecoh la disekitar kawasan opis aku sebab budak-budak Digi sambil memakai suit kuning membuat promosi telipun free. Apo jadah eh bagi free? Aku pun memula sangsi gak. Betul ke free, disebabkan rakyat jelata tidak kira menetap di Malaysia mahupun seantara dunia, apabila terdengar perkataan free pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Lantas aku pun pergi menyibukkan diri. Skali aku tengok beratur punya lah panjang, barang free la katakan, aku pun membuat keputusan utk bertanya salah seorang peserta perbarisan tersebut.

Aku : Kak, sini tompek amik telipun free ko? (Apa punya soalan da..?)
Peserta : Ha yoo lah~
Aku : Oh ingatkan tompek nak ridim kupon hari kantin ko, tu yang tanyo kut salah beratur.
Peserta : Hari kantin apo pulak kau ni?
Aku : Memang botul free ko kak?
Peserta : Eh tak la, tipun tu harga RM250, kan ado sabsidi rebate yang buleh kito pakai utk beli telipun pintar yang berharga RM 200, jadi ekau bayar RM50 ajo lah.
Aku : Laa..gitu ke? Ok makasih yo kak.
Peserta : Haa.samo.

Dah agak dah. Bukan kosong. Ko kena kuarkan duit gak. Mana bley free. Katanya siap bagi digi starter pack. Takan la rege sampai 50 hinggit kut. Kira tu dah termasuk skali la. Ok. lupokan. Design dan namo tipun ni pun aku tak pernah dengar, lagi lah aku nak berkenan kat tipun ni.

Itu cerita satu, cerita duanya, budak-budak opis aku ni tau yang aku tak pakai rebate tersebut, makanya nak pergunakan IC aku lah. Wah! banyak cantik kau kak~ Abis kut aku teringin nak gantikan tipun 3310i aku ni dgn Samsung Karim S4 ke, dah tak bley guna rebate tu. Lagi satu, perihal bab-bab nak bagi copy IC ni, aku kurang berkenan la. Katakan lah mobile2 operator ni jual database korang kat pihak ketiga, camne? sebab diorg ada hak. Uih....kolot nya pemikiran kau bang? Aku cakap siang-siang ni pasal benda ni ada possibility untuk berlaku. Kang korang dapat SMS suh undi tu, undi ni, jangan marah pulak ye. hahah

Takpun copy IC tu korg tak perasan yang diorg tak slash for Digi only, buat loan bank rakyat sodap tu...miahahahha


Ni kotak yoooo~~Tipun takdo!




No comments:

Post a Comment