Pages

Friday, June 7, 2013

Day 4 - Pulau Perhentian

Kejap je dah hari Isnin, dan nak balik dah. Ekcheli bila menghitung balik masa disana, aku dapat rasakan yang masa berlalu dengan lambat. Barang kali sebab sana macam rileks je, takde apa nak dikejar, bangun2 je nampak laut. Kan sedap mata memandang.

So pagi ni ada satu fun dive bersama dive master pertama kami yg bernama Ben. Geng-geng sini panggil beliau Ben10. Orang Britain rasanya berdasarkan cara percakapan beliau. 8.30 dah start briefing, kul 9 dah naik ke boat. Lokasi adalah Shark's Point. 5 minit dari tempat penginapan kami. Sewaktu disana visibility tak berapa nak cun. Banyak keladak je.

Kul 11 dah abis sesi. Tengah hari tu, ada satu lagi sesi. Kali ni, aku dok pikir nak join ke tak. Aku agak down juga sebenarnya sebab tgk rakan-rakan yang lain, diorg elok je kawan buoyancy, kemudian breathing pun kemas. Aku ni memang kelaut. Aku takde memikirkan insiden semalam. Klo dok pikir-pikir memang trauma la. Ben pun menyakinkan aku. Dia tak paksa, dan mengharap kalau aku dapat join. Kata-kata dia tu buat aku confident skit. Sbenarnya aku bukan boleh klo org pujuk ajak ni. Kalau aku kata aku malas, memang apa korg bagi pun tak jalan punya utk ajak aku join korang. Tapi kalau kes mcm ni, atas angin, kompom aku cair. hahah

Pukul 1, lokasi dive seterusnya di The Pinnacle. Utk dive kali ni, ijan tak join. Setibanya kami di lokasi yang mengambil masa 20 minit, Ben begitu gembira sebab  kami je ada kat situ. Turun-turun laut je, Subhanallah. Memang cantik. Jadi teruja giler, dengan visibility pun cantik, boleh nampak ikan nemo dok main2 celah coral. Dan part paling best, group of Fusilier muncul. Wan cakap, masa dia gi bulan 4 lepas, ikan ni ada kejap je, dalam beberapa minit pastu beransur. Kali ni, siap dia pusing-pusing kat kami. Tak dapat aku nak gambarkan betapa indahnya hidupan laut ni. Lepas dari tu, aku tgk ikan lain dah tak heran.

Thanks bebyk kat Ben sebab dia yang sarankan utk gi spot ni waktu tgh hari. Dan firasat dia berjaya. 5 dive sebelum ni aku tak berapa enjoy, tapi kali ni aku rasa ianya akan buat aku utk dive lagi. Akhir kata, aku kena pakai prescription mask la. Pasal kan aku ni rabun. Bila mask ada power, baru la bley enjoy hidupan laut.

Sebenarnya, sblum kami turun dive tgh ari tu, ada sedikit masalah yang menimpa. Tiket bas ke KL dah sold out. Memang taniah la. Aku tak memikirkan sangat pasal ni, pendek kata aku redha je. Dah takde nak buat camne. Padan muka bebyk jela yang mampu aku ungkapkan.

Mujur dapat bas balik. Itupun Pak Aziz yang dapatkan. Jangan suka sangat ye, bas yg kami naiki ni adalah bas persiaran. Dah le tulis kat tiket 8.30. Kul 10 baru dapat naik bas, itu pun kena tumpang bas lain dulu baru bley naik. 

Diorg tengah kautim dgn Pak Aziz utk tolong kami carikan tiket bas.

View hadapan kaunter resepsi

View hadapan restoran Mama

Inilah dia Ben10. Muka macam Owen Wilson

Peta lokasi dive di Perhentian

2 comments: