Wednesday, June 12, 2013

Day 2 - Myeong-dong, Namdaemun, Chungmuro. N.Seoul Tower

Kuar umah seawal 7 pagi. Rasa mabuk kejap pasal malam tadi dah ler balik lewat. Lokasi pada hari ini kalau ikut perancangan, pagi ni nak ke Chungmuro untuk pergi ke kedai kamera di kawasan sekitarnya. Last minit terjumpa ada Namsangol Hanok Village betul-betul hadapan Exit 3 atau 4 Subway Line 3, Chungmuro Station. Bosan giler time aku gi ni. Mungkin awal sangat kut. Tengok diorang pun tengah nak buat persiapan. Bila dah terlampau bosan, aku pun berlalu pergi.

Tak jadi ke kedai kamera. Apsal aku kensel, aku pun tak tau. Ada satu kedai kamera antique dan siap ada cafe secara kecil-kecilan, plan mmg nak singgah sini, tapi lenkali la. (Lenkali tu bila bang? hahah). Tepat kul 10, aku pun decide nak jalan kaki ke Myeongdong. Dengan selamba aku aja tanpa menggunakan sebarang peta, dan hanya berlandaskan gerak hati, aku berjalan dengan senang hatinya. Mujur tak sesat. Rezki aja ni.Kalau dah nak takdir sesat, memang taniah la.

Tengah hari abis masa disekitar Myeongdong, Namdaemun dan petang baru gi ke Namsan Tower. Aku ada tengok gamba photoq kat sini shoot area intersection Myeongdong. Dan aku dapat tau mana spot diorang shoot. Spotnya adalah terletak kat bangunan Pejabat Pos. Nak ekses kat situ mmg tak lepas. Nak kena orang local agaknya. Akhirnya terpaksa lepaskan hasrat untuk sunting ngan port tersebut.

Kalau kalian ke Namsan tower, kut kalian pun kedekut cam aku ni (berjimat cermat. saya orang susah, nak travel kena simpan sehari singgit baru dapat berjalan-jalan...ekekek) Boleh la beli souvenir berupa fridge magnet yang berharga 1,000 won. Dalam tu ada 3 keping. Memang aku borong abis la kak. Takde kasi chance. So hari kedua aku dah setel shopping barang cenderahati utk dibawa pulang..hihihih



Air terjun mini yang ada kat Hanok Village ni.

Ni la village tersebut.

Time ni ada org local tgh buat post-wedding shooting. Nak menyibuk tapi segan. heheh

Pintu gerbang ke taman.
Aik...mana pergi semua org? sunyi betul...lupa daaa...pagi sangat aku sampai sini
Ahjumma tu tgh buat apa, aku pun tak tau.

Menggunakan firasat dalam menuju ke Myeongdong
Yeayyyy~~ Dah sampai.


Pompuan suka la sini, laki apa benda nak beli pun tak tau.

Ni waktu pagi, klo petang lagi padat.


Intersection pas Exit 6 subway station

Siriusli aku jalan kat sini hanya satu matlamat je benda nak cari. Nanti aku cite.

Tengah hari, makan nasi goreng seafood. Terbaik boh~
Pemandu pelancong, malangnya takde dalam bahasa Mesia.

Dah sampai Namdaemun. Sbelah aja boh, tak jauh.
Macam kat YL Camera, tapi sini lagi banyak, boleh kata sepanjang jalan kedai camni.
Boleh plak FT Island buat konsert amal kat sini. Fangirl yang pegang bendera tu dok mencerit sampai aku sendiri rasa cam nak kuar anak tekak. Punya la kuat.

Ok dah petang. Boleh nampak berapa ramai umat kat sini.

On the way ke Namsan Tower. Menapak aja boh. tak jauh.

Panjat bukit sebab tak sanggup menunggu. (Jimat sbona eh~~)

Pas letih-letih mendaki, pekena air beras yg berega 3,000 won setiap satu memang terbaik.

View bandar Seoul.

Ntah kawin ke tak diorg-diorg ni. Ishhh....aku ni. kesitu plak.

Kalau malas mendaki, naik kabel car tu ler utk sampai destinasi.
Makan malam, Shrimp burger versi Jong Ki memang enak. Amboi...sampai 2 set ngko~

2 comments:

  1. huiiii sakan berjalan....part 2 set burger tu rasanya normal kot..muahahaha

    ReplyDelete