Pages

Showing posts with label Myeongdong. Show all posts
Showing posts with label Myeongdong. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

Day 8 - Bukchon Hanok Village

November 1

Entry tinggal lagi dua hari. Tiba-tiba rasa sodih padahal lamo dah meninggalkan negara K-pop tu. hahah.

Sakit jiwa aku malam hari ke-7. Kenapa? Apa yang telah berlaku? Sabar-sabar. Usah cemas. Aku balik umah, pergi ke katil aku tetiba ada orang puang tido. Sedang mabukkah? Siap barang-barang aku yg atas katil tu diubahnya. Aku yg kebingungan trus ke kaunter utk mengatahui perihal sebenar. Diorang silap arrange dah. Tidak mengapa, abg tidak kisah dan tak marah pun. Akan tetapi, aku mula start naik hangin pabila geng-geng klabin ni dok naik turun utk mengajak rakan-rakan lain berklabin. Nak tidur pun tak senang. Oh ye, bilik kami bukan bilik sbenarnya. Korang penah tgk cite omputih yg bumbungnya slalu letak barang, just bayangkan tempat tu penuh dgn katil aja.

Takde apa yang menarik yg kami lakukan. Just pergi ke tempat yg aku tak pernah pergi kecuali Myeongdong (melawat lg skali pada waktu petang) dan Gyeongbokgung (melawat waktu malam). Bangun awal untuk transfer gamba. Ada sorang mamat niga berwarganegara Australia dok sbelah pc aku, nak check e-mail katanya. Dah dua bulan dok Korea katanya. Aku tanya camne dia survive? Dia bilang, jadi penyanyi jalanan. Takde rupa retis pun (sambil melihat keatas dan kebawah). Lama gak kitorg borak terutama perihal politik dan kemasyarakatan. Mamat tu siap tau perkembangan politik kat Mesia. Hebat sungguh.

Lokasi pertama hari ini adalah Bukchon Hanok Village. Rancangnya nak shoot la skit umah2 tradisional ni, tapi dah tengah hari buta, ko nak shoot mendenya? Dah ler hari ni rasa sedikit kepanasan. Seterusnya ke Insadong. Wan nak beli souvenirs. Aku tak berhajat pun nak beli sebab target aku nak yg ada cop Busan. 

Lepas tu kami bergegas ke Myeongdong. Gi shoot timelapse kat area yg aku nak shoot sblum ni. Rancangnya nak jalan2 lagi kat area Namdaemun. Nak kejar masa, kami bergegas terus ke Gyeongbokgung utk shoot scene malam plak.

Kesilapan pertama, kan topi yg dok terngiang-ngiang nak beli tu, masa kat Myeongdong, takde plak aku terlintas nak beli. Mungkin nak jadikan alasan, kita cari kat Hongdae ah, sambil tu bley jalan2 area situ. Dah tu, gi kedai cawangan Hatson kat Hongdae, takde plak topi yg aku nak tu. Oh deng.Terus wujudnya kesilapan kedua iaitu kami tak pusing2 area Hongdae dan trus bergegas Ewha. Aku jadikan alasan nak cari Loteria utk dinner. Padahal nak cari Hatson. Jahat aku kan tipu wan? huhuhu

Menyesal gila la tak lepak Hongdae. Nightlife situ memang best. Maksud aku buskers. Bukan kelabin ye? Sampai Ewha layu je kawasan tu pada waktu malam. Waktu siang meriah plak? Takpelah, sok kami nak jalan jauh, kaki aku pun start rasa lenguh2 ni. Memandangkan kami tiada tempat berteduh disebabkan kami tiba awal, rezki kami bila aku tanya umah yg kami dok tu ada bilik kosong. Paling best, kami berdua je tidur bilik tu. Tidak perlu kuatir jika menganggu teman sebilik jika pulang lewat, bangun awal. (memang kami bising dari sudut buka2 barang, bukan mulut bising ye?) Tu tak campur bau kaki lagi. Diri sendiri bau pun boleh pengsan. ekekekek

End of day 8 - 18,914 steps taken equivalent 15.13km

Ini makanan aku malam tadi, atas rekemen ahjumma yang keje kat Mini Stop

Ingat kecik je area Bukchon ni. Besar weih~ Tak sempat gi semua area.

Kita start dengan jalan ni dulu.

Masuk area sini plak.

Deng! Aku dah sesat sampai kat jalan besar. Itu ler,...berlagak taknak tgk map tadi. Terus aku refer map yg diambil tadi.

Banyak kedai yang camni. Aku terfikir, boleh hidup ke? Ada ke org nak beli?

Jalan punya jalan terus sampai area sini. Bagi yang tau, ni lah dia umah Kyu Won (Park Shin Hye) dalam drama Heartstrings. Camne bley terjumpa pun aku tidak mengerti. Nasib aja. huhuh

Mari teruskan perjalanan

Amik gamba umah ni.

Amik gamba lorong ni plak.

Pastu terjumpa diorg shooting apa ntah. Ko tengok shadow tu bang. Tak selera aku nak shoot. haishhh~

La....shoot lorong ni je. Bantai, aku pun tiru.

Kena pergi sini pagi la..sebab.....

Klo gi tgh hari, org dah ramai. Tak dapat clean shot. Aku tak naik sampai atas tu. Dah jumpa port ni trus beransur.

Mari ke Insadong. Kat sini, aku didatangi oleh seorang sami mat saleh. Memula tu dia cite pasal yoga. Aku pun buat2 dengar. Pastu nak jual plak risalah tu dan mengajak masuk agama dia. Woi bang~ Cilakak lu bang...ini bikin panas. Mujur aku ekspleng elok-elok kat dia, dan dia beredar tanpa memaksa utk memesongkan aku.

Ramainya umat kat sini. Yela....tourist spot kan.

Kedai ni betul la...haishhh. Bukan ada apa pun. Tapi ramai yg pergi sini sebab orang ramai berkerumun. Kira marketing diorg berjaya la. Sambil tunggu giliran utk beli korang boleh tgk koleksi Astro Boy.

Klo jalan depan skit, ada org jual benda yg sama tapi tak laku.

Korang tengok ni pasti korang dapat bayangkan yg rasanya sama macam jajan yg ada kat Mesia. Ala...mesti dapat bayang punya jajan apa.

Petang, berehat sambil minum Grean Tea. Sejuk2 minum ais. Bertambah gigil la kan. hahah

Gambaran aktiviti petang kami. Timelapse disini. Aku tak ingat apa yg kitorg buat sampai lambat tiba dilokasi seterusnya.

Waktu ni baru kul 8, keadaan traffic mmg sesak. Nyesal tak pergi area Cheonggyecheon utk shoot scenery malam.

Dinner kami kat kedai Mini Stop. Ahjumma tu rekemen yg ni plak. Dia pun dah cam muka kami. Sedang aku menjamah santapan malam, ada sesuatu yang buat aku tak senang duduk. Ianya asik memanggil-manggil aku utk toleh kebelakang.......

Haa amik~~ Botol besar trus. Mau tak tempting. Last minum air beras kat Naejangsan. Trus beli lakan. Terkencing-kencing aku nak abiskannya. Tak abis bawak balik Mesia.

Inilah dia jajan yg diberi oleh para ahjumma ketika di Baegyangsa. Keropok tu aku tinggalkan kat guesthouse, gula2 tu ada aku makan skit. Rasa dia sama mcm gula2 kat Mesia.

Wednesday, January 1, 2014

Day 6 - Myeongdong, Namsan Tower, Sungyemun Gate

October 30

Sambung sikit je dari cite Day 5. Pas kitorg shooting kat area Suwon, trus bergegas ke Sinchon untuk cari satu lagi cawangan Kimchee Guesthouse. Ini kes terjah gak ni sebab kan dah sampai Seoul satu hari awal, dan aku booking Kimchee Guesthouse kat Hongdae utk keesokan malamnya tuh.

Kitorang cari punya cari, terlajak tak jumpa lorong ke umah tersebut. Mujur ada convenient store yg bley ekses wifi percuma. Apa lagi~~ gunakan peluang sebaik mungkin. Rezki jumpa gak tempatnya dan paling best, dapat 7,000 won semalam. Jimat ngko~~ Part tak bestnya, nak gi bilik air jauh plak. Dah tu tempat mandi dgn tempat pembuangan sisa lebihan jauh. Susah la nak melakukan aktiviti pembentungan camni. hahaha

Agak letih juga kami, pas dah siap2 tu, nak pi cari makan, apa pun tarak. Takan aku nak ikat perutkan? Terpaksa la menghadap oat yg dibawa. Syukurlah nak~ Ada lagi benda tak best. Guest kat umah ni tak user friendly langsung. Aku nak berbusy body pun cam takde sapa yg boleh aku jadikan mangsa. Aku saspek yg diorg ni sumer lama dah dok kat Seoul ni. Mungkin belajar or keje or tak tau apa yg diorg buat sbenarnya. Ah lantak lah...buat panjang karangan aku je. ekekek

So utk hari ke-6, kami plan tak byk tempat yg akan pergi. Santai2 aja. Kuar umah pun lambat. Pas checkout, trus bergegas ke umah Hongdae plak. Sesampai je, haaa~~~ aku terperanjat beruk. Keadaan common area nya mcm tongkang pecah. Dengan botol arak bersepah. Time tu kul spuloh dah....mamat yg jaga tu pun baru nak tidur. Hampeh! Adakah kami membuat keputusan yg tepat? Kita saksikan pada episod akan datang~

End of day 6 - 20,798 steps taken equivalent 16.63km

Ini gambaran common area kat umah Sinchon. Best gak. Cam biasa, aku org yg tidur lewat pastu bangun awal. Almaklum, nak transfer gamba dan juga membuat persedian pelaburan mendatang (klo paham la apa maksud ni.). hahah

Ada sorang gadis warga US, sempat borak2 dgn beliau. Dan kemudian ada sorg warga Korea, tapi dah jadi warga negara Australia. Best borak dgn diorg ni. Eh mana orangnya tuh? Takde dlm gamba ni pun? Aku amik gamba tempat kitorg borak je ler.

Apa motif aku ambil gamba diorg, aku sendiri pun tidak mengerti. Padahal pagi nak checkout baru jumpa diorg ni.

Aktiviti seterusnya mencari umah Hongdae plak.

Ada cerita pasal convenient store ni. Nanti aku ceritakan. huhuh

Wan dah pelik kenapa aku pergi sini tak tgk map. Dia tak tau yang sblum sampai Korea lagi aku dah tgk utube, bagaimana hendak ke sini. hahahha

Dah jumpa pintu masuknya. Gamba tongkang pecah aku tak sempat ambil.

Suasana lengang walaupun dah kul 10 pagi.

Baru sampai lah tew~~ Eksyennn lagi..hahah

Misi untuk survey port Sungnyemun gate. Apa macam daa aku boleh tersalah gate. Tak semena-mena kami kena menapak jauh gila. Wan suh patah balik, tapi aku kan bongkak, nak ikut naluri hati gak. Setengah jam kemudian baru sampai lokasi. Padan muka!

Ingatkan hotel Ramadan tadik~

Dah nampak kelibat gate tersebut. Rakyat seoul sedang nak cari makan tengah hari. Gagal lagi untuk shoot kat angle mcm kat gamba mat saleh yg aku tgk. Tak berani nak pi ceroboh ler. Kena tangkap nanti how?

Wan kagum dgn kedai yang ada disekitar Namdaemun. Ya la...kat KL satu kedai je yg mcm ni. Kat sini bersepah.

Seingat aku lakan, masa aku sampai dulu, Uniqlo ni baru buka, ramai umat membanjirinya. Namun begitu, tak ramai plak yg ada kali ni.

Oh yeah~~~ sarapan pagi yg best.

Kuih koci yang enak dimakan ketika waktu dingin. huehieheuehi

Aku penah kena halau kat sini dulu, pasal shooting siap bentang tripod. Walhal bukan aku pi duduk tengah jalan tu. Aku dok kat belakang tempat jual bag tu.Mesti dia ingat aku perisik harga.

Map supaya kelihatan lebih ketourisan nya.

Misi mencari topi. Masuk2 kedai ni diorg greet korea. Pastu tetiba cakap cina. Korg kutuk aku kan? Cis. hahaha

Teringin nak shoot kat port ni dari atas cafe Twosome tuh.

Sambung breakfast lagi. Buy two free one katanya.

Ada org tgh conduct survey tentang artist k-pop. Aku pun saja lalu lalang dua tiga kali kut diorg nak panggil aku jadi artist sama ke. heheh

Oh yes~ Inilah kedai yg berjaya melingkupkan aku tiap kali datang ke Korea. Untuk makluman, dah 8 topi aku beli dan total 414,000 won dah berjaya mengkempiskan dompet aku. Ini sumer salah Runningman. Tak kira. Aku nak salah kan diorg gak. Marketing strategy diorg utk sponsor RM mmg berkesan. Ekcheli, time ni aku cuma beli satu. Dalam hati mmg nak beli dua. Itupun sampai balik dok terngiang-ngiang nak beli ke tak. Wan seorang pakar dalam memberi nasihat untuk pembelian barang. Aku suka cadangan dia tiap kali dia usulkan. Dah jom berambus.

SPAOoooooooo~~ Tak berjaya menarik minat aku. Ko gantung topi banyak2 kat luar tu baru aku singgah masuk. hahah

Tanpa melenggah masa, jom pi Namdaemun plak.

Wahhhhhh~~~~ Adakah ini gudang topi (sambil mata bersinar-sinar). Dapat rembat satu je. Rambang mata beb. Klo tokei kedai ni tak eksyen, mungkin aku dah borong semua topi2 utk aku buka perniagaan topi di kohlumpo.

Makcik-makcik Mesia tak usah bilang la kat sini berapa ramai.

Kedai topi ni nampak user friendly. Ada masa nak singgah. Apa daa aku asik guna user friendly. Ingat system ke? hahah

Misi seterusnya ke N. Seoul Tower.

Rupanyakan, kat sinikan, lagi cantik dedaunnya.

Syukur Alhamdulillah, dapat melihat keindahan ciptaan Mu.

Ini adalah toilet. Dan aku hairan kenapa Wan nak gak bergamba kat sini sampai org yg lalu lalang pun kehairanan. ekekek

Matahari mula surut. Kena cepat.

Wan yg sedang merakamkan apa ntah......aku tak tau. heheh

Satu part yg best kat sini, bila sunset, akan dapat backlight kat dendaun tu. Jangan lepaskan peluang keemasan ini~~~~~

Langit biru towww~~ Subhanallah.

Berapa lama daa aku tunggu kat sini utk dapat clean shot dari orang lalu lalang.

The Gotham City versi Seoul.

Dah sampai. Minah yang dok sbelah aku masa flight ke Busan, jumpa diorg kat sini. Sedang kami berborak, tetiba bunyi kedebak kedebuk kecepek. Eh apahal tu? Ada seorang warga emas lelaki terjatuh tangga sampai terguling-guling. Aduhai~~ Sadis weih. Kasihan aku melihatnya.

Tengok la daun merah tuh. Jeles tak?

Ni aku shoot kat sbelah mangga yg bergantung-gantung tu. Punya la ramai umat nak shoot sunset. Sbenarnya aku pelik, pukul berapa diorg ni nak buka lampu? Tiap kali aku shoot, kul 6 tu dah gelap, tapi apsal diorg tak buka lampu2 bangunan lagi. Hasilnya korg tgk la sendiri dari gamba ni. Gelap foreground aku.

Sempat bergegas untuk dapat ambient light tower ni. yeayyy~~~

Hajat nak shoot timelapse kat sini. Malangnya....sejuk gila weiiii~~ Ditambahkan pula, kat sini org sibuk nak amik gamba. Klo aku shoot, dah tentu gamba bergegar2.

Balas dendam breakfast+lunch+dinner kat Yoogane. Order utk tiga orang makan. Nak termuntah ngko~

Sedang aku kusyuk sunting kat sini, tiba-tiba aku didatangi oleh seorang mamat yg sedang girang menyanyi. Barangkali dia menyanyikan lagu Rasa Sayang versi Korea. Dengan suka hatinya, mamat ni bley muntah depan aku. Woi bang! Ingat sini singki ke? Jamban btul mamat ni. hahah