Pages

Wednesday, June 12, 2013

Day 1 - Incheon, South Korea

Ini setahun lepas punya cite. Baru ada masa nak bercekarama kat blog ni. Aku hapdate mana yang aku ingat la. Travel pada 3 May - 10 May 2012. Ini adalah perjalanan solo aku yang pertama. Saja nak cabar diri kut boleh ke survive kat negara yang tidak menggunakan bahasa omputih sebagai bahasa utama.(mcm la cakap omputih tu handal naaa~~ lol)

Planning asal, nak gi time musim bunga. Nak lihat cherry blossom katanya. Tapi apakan daya, tempat aku gi ni baru je seminggu luruh bunga-bunga tu. Tiada rezeki la bang, sila cuba lagi. Seminggu aku menetap di Inha, nak jimat katanya. Hamik ngko. Travel nak ke bandar Seoul ambil masa sejam. Letih atas train aja.

Basically hari pertama sampai pun dah malam. Masa ni kagum giler la pasal dapat jejaki negara K-pop beb. Baru la Gangnam style. hahaha.Keesokan harinya, bangun pun lewat, sedar je nak solat Jumaat dah. Gi ke Inha University untuk solat disana. Ada community untuk pelajar beragama Islam disini, malah bilik khas disediakan utk pelajar yang berlainan agama dan bangsa untuk melakukan aktiviti mereka.

Selepas selesai solat Jumaat, makan-makan tengah hari dulu kendian terus gerak ke Seocho sebab dah janji dengan gadis tempatan dimana aku kenal kat Flickr. Jurugambar ni bai. Memang k-pop. Studio dia dekat aja dengan subway station. Satu pengalaman yang aku takan lupakan ni adalah mula-mula aku sampai kat stesen tu, nak kontek minah ni, line tenet percuma plak takde. Cuba pakai alternatif lain iaitu telefon awam. Memang kejadah pasal duit syiling tak bley pakai plak. Camne nak buat ntah...kebetulan ada plak sorang ahjumma (hantie) ni lalu. Aku pun apa lagi mohon pertolongan untuk minta duit syiling. Mujur bley cakap omputih skit2. Dia kata duit syiling takde, dan dia bawak aku gi tukar kat kedai serbaneka yg berdekatan. Kedai tu pun takde duit syiling gak. Amcam meniaga ni. Adui! Dalam hati aku, kenapa lah aku tak minta pinjam henpon dia. Skali dia pun tak bawak henpon daaa~ Ahjumma ni bagus, dia tetap berusaha bawak aku gi ke polis stesen dan pinjam guna tipon. Huhuahauh..sampai ke polis stesen ngko.Belasah, janji dapat pakai tipon.Dah kol apa sumer, rupanya yg kawan aku ni dah tunggu kat luar subway lama. Aku pun tak cam dia masa nak kuar tu. Yela...diorg ni kan muka lebih kurang je. huahahau

Lepak kat kedai makan yang berhampiran. Mula-mula minah ni suh aku teka umur dia. Aku bab-bab umur ni risau skit. Yela benda ni kan sensitif. Kena plak orang korea ni makin berumur, makin kita kena respek mereka. Dia sendiri yang mengaku umur dia berapa. Kebetulan apa yang aku teka tu betul. Sirius muka dia memang nampak muda abis, hakikatnya....heheheh. Kami banyak berbincang perihal agama Islam. Banyak benda yang dia nak tau pasal Islam ni. Aku pun explen mana yang mampu.

Setelah selesai sesi melepak dengan beliau, terus bergegas nak gi ke Banpo Bridge. Aku memilih laluan ke Express Bus Terminal Station. Setibanya di sana. WOW! Macam hentian bas putra, tapi sini lagi sesak. Sepuluh kali ganda sesak KL Sentral. Akibatnya, aku dah sesat tak jumpa mana exit. Nak menuju ke Banpo Bridge ni kena kuar exit 8-1. Dah tersasar ke tempat lain dan terpaksa ikut jalan atas utk cari mana exit ni. Bila dah jumpa tu, aku ikut gerak hati utk menuju ke lokasi. Caranya mudah, dari exit tu, jalan 250m sampai jumpa simpang besar. Kat simpang tu rupa dia dah mcm AKLEH, pergi ke arah kanan anda dan jalan terus sejauh 400 meter. Dah boleh nampak samar-samar sungai kendian boleh nampak orang naik beskal kat lorongnya. Bila dah nampak sumer tu, maknanya anda dah sampai le ke lokasi yang diingini.

Kat sini, aku shooting ada satu bangunan atas air, tengah dok shoot-shoot tu skali datang la ahjussi (hankel) yang cuba untuk menjadi friendly dengan bertanya tentang apa yang aku shoot dalam bahasa korea. Aku pun cakap omputih, trus belah pakcik tu. Siut btul~ Aku pelik, bangunan yang aku tgh syok shoot tu, ada ramai photoq time tu, tetiba je kosong. Rupanya diorg semua bergegas utk shoot air panjut yg kuor dari jambatan plak. Kelam kelibun la aku. Gi sana je, penuh dah umat photoq. Takde spot untuk aku. Pertunjukan selama 15 minit pada jam 8 malam, dan 9 malam pada hari biasa, weekend 8 mlm, 8.30 mlm, 9 mlm, dan 9.30 mlm
Yang depan tu Inha University
Cantik warna hijau pokok ni selepas musim bunga
Ni adalah hentian bas terakhir dekat Juan
Para pelajar yang bertungkus lumus nak gi ke kuliah
View dari atas tempat dewan serbaguna
Lepas solat Jumaat, ni la juadah tengah hari aku. Boleh kata ni la makanan tiap-tiap hari.
Stew ikan tuna. Terbaik boh. Siap buh maggi lagi dalam tu. (org korea eksyen, tak panggil maggi, diorg panggil ramen)
Aku perasan mesen ATM ni. Klo kat Mesia aku rasa dah selamat kena angkut.
Ghasak ko nak kena beratur panjang utk tggu bas. Usah kuatir. Tggu tak sampai 30 saat bas dah berderet kat belakang tu. Tak payah nak susah payah nak berebut. Paling aku salute, diorg guna common sense iaitu beratur.
Suasana dalam bas. Boleh nampak orang beratur kat luar tu.
Obsesi terhadap telipung
Dah sampai Sindorim, masa untuk tukar line 2.
Tengok tu, beratur lagi. Kat Mesia nak tgk org beratur naik tren harap kat Kl Sentral dan Bukit Bintang jela.
Sini la punca aku sesat bagai. Deng sungguh.

Situasi dalam studio noona aku bekerja.

Noona aku tak bagi aku publish gamba beliau. hihihi

Dok semangat shooting Bird Nest ni la aku ketinggalan shoot 1st show.

Klo dapat ambient light skit, sure lagi lawa gamba ni. Cewah...poyo



1 comment: