October 30
Sambung sikit je dari cite Day 5. Pas kitorg shooting kat area Suwon, trus bergegas ke Sinchon untuk cari satu lagi cawangan Kimchee Guesthouse. Ini kes terjah gak ni sebab kan dah sampai Seoul satu hari awal, dan aku booking Kimchee Guesthouse kat Hongdae utk keesokan malamnya tuh.
Kitorang cari punya cari, terlajak tak jumpa lorong ke umah tersebut. Mujur ada convenient store yg bley ekses wifi percuma. Apa lagi~~ gunakan peluang sebaik mungkin. Rezki jumpa gak tempatnya dan paling best, dapat 7,000 won semalam. Jimat ngko~~ Part tak bestnya, nak gi bilik air jauh plak. Dah tu tempat mandi dgn tempat pembuangan sisa lebihan jauh. Susah la nak melakukan aktiviti pembentungan camni. hahaha
Agak letih juga kami, pas dah siap2 tu, nak pi cari makan, apa pun tarak. Takan aku nak ikat perutkan? Terpaksa la menghadap oat yg dibawa. Syukurlah nak~ Ada lagi benda tak best. Guest kat umah ni tak user friendly langsung. Aku nak berbusy body pun cam takde sapa yg boleh aku jadikan mangsa. Aku saspek yg diorg ni sumer lama dah dok kat Seoul ni. Mungkin belajar or keje or tak tau apa yg diorg buat sbenarnya. Ah lantak lah...buat panjang karangan aku je. ekekek
So utk hari ke-6, kami plan tak byk tempat yg akan pergi. Santai2 aja. Kuar umah pun lambat. Pas checkout, trus bergegas ke umah Hongdae plak. Sesampai je, haaa~~~ aku terperanjat beruk. Keadaan common area nya mcm tongkang pecah. Dengan botol arak bersepah. Time tu kul spuloh dah....mamat yg jaga tu pun baru nak tidur. Hampeh! Adakah kami membuat keputusan yg tepat? Kita saksikan pada episod akan datang~
End of day 6 - 20,798 steps taken equivalent 16.63km
|
Ini gambaran common area kat umah Sinchon. Best gak. Cam biasa, aku org yg tidur lewat pastu bangun awal. Almaklum, nak transfer gamba dan juga membuat persedian pelaburan mendatang (klo paham la apa maksud ni.). hahah |
|
Ada sorang gadis warga US, sempat borak2 dgn beliau. Dan kemudian ada sorg warga Korea, tapi dah jadi warga negara Australia. Best borak dgn diorg ni. Eh mana orangnya tuh? Takde dlm gamba ni pun? Aku amik gamba tempat kitorg borak je ler. |
|
Apa motif aku ambil gamba diorg, aku sendiri pun tidak mengerti. Padahal pagi nak checkout baru jumpa diorg ni. |
|
Aktiviti seterusnya mencari umah Hongdae plak. |
|
Ada cerita pasal convenient store ni. Nanti aku ceritakan. huhuh |
|
Wan dah pelik kenapa aku pergi sini tak tgk map. Dia tak tau yang sblum sampai Korea lagi aku dah tgk utube, bagaimana hendak ke sini. hahahha |
|
Dah jumpa pintu masuknya. Gamba tongkang pecah aku tak sempat ambil. |
|
Suasana lengang walaupun dah kul 10 pagi. |
|
Baru sampai lah tew~~ Eksyennn lagi..hahah |
|
Misi untuk survey port Sungnyemun gate. Apa macam daa aku boleh tersalah gate. Tak semena-mena kami kena menapak jauh gila. Wan suh patah balik, tapi aku kan bongkak, nak ikut naluri hati gak. Setengah jam kemudian baru sampai lokasi. Padan muka! |
|
Ingatkan hotel Ramadan tadik~ |
|
Dah nampak kelibat gate tersebut. Rakyat seoul sedang nak cari makan tengah hari. Gagal lagi untuk shoot kat angle mcm kat gamba mat saleh yg aku tgk. Tak berani nak pi ceroboh ler. Kena tangkap nanti how? |
|
Wan kagum dgn kedai yang ada disekitar Namdaemun. Ya la...kat KL satu kedai je yg mcm ni. Kat sini bersepah. |
|
Seingat aku lakan, masa aku sampai dulu, Uniqlo ni baru buka, ramai umat membanjirinya. Namun begitu, tak ramai plak yg ada kali ni. |
|
Oh yeah~~~ sarapan pagi yg best. |
|
Kuih koci yang enak dimakan ketika waktu dingin. huehieheuehi |
|
Aku penah kena halau kat sini dulu, pasal shooting siap bentang tripod. Walhal bukan aku pi duduk tengah jalan tu. Aku dok kat belakang tempat jual bag tu.Mesti dia ingat aku perisik harga. |
|
Map supaya kelihatan lebih ketourisan nya. |
|
Misi mencari topi. Masuk2 kedai ni diorg greet korea. Pastu tetiba cakap cina. Korg kutuk aku kan? Cis. hahaha |
|
Teringin nak shoot kat port ni dari atas cafe Twosome tuh. |
|
Sambung breakfast lagi. Buy two free one katanya. |
|
Ada org tgh conduct survey tentang artist k-pop. Aku pun saja lalu lalang dua tiga kali kut diorg nak panggil aku jadi artist sama ke. heheh |
|
Oh yes~ Inilah kedai yg berjaya melingkupkan aku tiap kali datang ke Korea. Untuk makluman, dah 8 topi aku beli dan total 414,000 won dah berjaya mengkempiskan dompet aku. Ini sumer salah Runningman. Tak kira. Aku nak salah kan diorg gak. Marketing strategy diorg utk sponsor RM mmg berkesan. Ekcheli, time ni aku cuma beli satu. Dalam hati mmg nak beli dua. Itupun sampai balik dok terngiang-ngiang nak beli ke tak. Wan seorang pakar dalam memberi nasihat untuk pembelian barang. Aku suka cadangan dia tiap kali dia usulkan. Dah jom berambus. |
|
SPAOoooooooo~~ Tak berjaya menarik minat aku. Ko gantung topi banyak2 kat luar tu baru aku singgah masuk. hahah |
|
Tanpa melenggah masa, jom pi Namdaemun plak. |
|
Wahhhhhh~~~~ Adakah ini gudang topi (sambil mata bersinar-sinar). Dapat rembat satu je. Rambang mata beb. Klo tokei kedai ni tak eksyen, mungkin aku dah borong semua topi2 utk aku buka perniagaan topi di kohlumpo. |
|
Makcik-makcik Mesia tak usah bilang la kat sini berapa ramai. |
|
Kedai topi ni nampak user friendly. Ada masa nak singgah. Apa daa aku asik guna user friendly. Ingat system ke? hahah |
|
Misi seterusnya ke N. Seoul Tower. |
|
Rupanyakan, kat sinikan, lagi cantik dedaunnya. |
|
Syukur Alhamdulillah, dapat melihat keindahan ciptaan Mu. |
|
Ini adalah toilet. Dan aku hairan kenapa Wan nak gak bergamba kat sini sampai org yg lalu lalang pun kehairanan. ekekek |
|
Matahari mula surut. Kena cepat. |
|
Wan yg sedang merakamkan apa ntah......aku tak tau. heheh |
|
Satu part yg best kat sini, bila sunset, akan dapat backlight kat dendaun tu. Jangan lepaskan peluang keemasan ini~~~~~ |
|
Langit biru towww~~ Subhanallah. |
|
Berapa lama daa aku tunggu kat sini utk dapat clean shot dari orang lalu lalang. |
|
The Gotham City versi Seoul. |
|
Dah sampai. Minah yang dok sbelah aku masa flight ke Busan, jumpa diorg kat sini. Sedang kami berborak, tetiba bunyi kedebak kedebuk kecepek. Eh apahal tu? Ada seorang warga emas lelaki terjatuh tangga sampai terguling-guling. Aduhai~~ Sadis weih. Kasihan aku melihatnya. |
|
Tengok la daun merah tuh. Jeles tak? |
|
Ni aku shoot kat sbelah mangga yg bergantung-gantung tu. Punya la ramai umat nak shoot sunset. Sbenarnya aku pelik, pukul berapa diorg ni nak buka lampu? Tiap kali aku shoot, kul 6 tu dah gelap, tapi apsal diorg tak buka lampu2 bangunan lagi. Hasilnya korg tgk la sendiri dari gamba ni. Gelap foreground aku. |
|
Sempat bergegas untuk dapat ambient light tower ni. yeayyy~~~ |
|
Hajat nak shoot timelapse kat sini. Malangnya....sejuk gila weiiii~~ Ditambahkan pula, kat sini org sibuk nak amik gamba. Klo aku shoot, dah tentu gamba bergegar2. |
|
Balas dendam breakfast+lunch+dinner kat Yoogane. Order utk tiga orang makan. Nak termuntah ngko~ |
|
Sedang aku kusyuk sunting kat sini, tiba-tiba aku didatangi oleh seorang mamat yg sedang girang menyanyi. Barangkali dia menyanyikan lagu Rasa Sayang versi Korea. Dengan suka hatinya, mamat ni bley muntah depan aku. Woi bang! Ingat sini singki ke? Jamban btul mamat ni. hahah |
nice :D teringin nk g tp xtau la bile ade duitnyer huhu :P
ReplyDeletejom ah pergi~~ jom ah pergi~~
Deletestill owe u... will pass to u this monday...
ReplyDeleteNamdaemun klsu x ada org msia x sah tp malas nk tegur org msia d koya ni 'sombong' nak mampos nk senyum pun susah adoyaiii
ReplyDeleteitu sudah semestinya. tak tau la kan, mostly yg jumpa2 semua camtu. mungkin masih ada yg ok.
Delete