Pages

Saturday, January 11, 2014

Day 8 - Bukchon Hanok Village

November 1

Entry tinggal lagi dua hari. Tiba-tiba rasa sodih padahal lamo dah meninggalkan negara K-pop tu. hahah.

Sakit jiwa aku malam hari ke-7. Kenapa? Apa yang telah berlaku? Sabar-sabar. Usah cemas. Aku balik umah, pergi ke katil aku tetiba ada orang puang tido. Sedang mabukkah? Siap barang-barang aku yg atas katil tu diubahnya. Aku yg kebingungan trus ke kaunter utk mengatahui perihal sebenar. Diorang silap arrange dah. Tidak mengapa, abg tidak kisah dan tak marah pun. Akan tetapi, aku mula start naik hangin pabila geng-geng klabin ni dok naik turun utk mengajak rakan-rakan lain berklabin. Nak tidur pun tak senang. Oh ye, bilik kami bukan bilik sbenarnya. Korang penah tgk cite omputih yg bumbungnya slalu letak barang, just bayangkan tempat tu penuh dgn katil aja.

Takde apa yang menarik yg kami lakukan. Just pergi ke tempat yg aku tak pernah pergi kecuali Myeongdong (melawat lg skali pada waktu petang) dan Gyeongbokgung (melawat waktu malam). Bangun awal untuk transfer gamba. Ada sorang mamat niga berwarganegara Australia dok sbelah pc aku, nak check e-mail katanya. Dah dua bulan dok Korea katanya. Aku tanya camne dia survive? Dia bilang, jadi penyanyi jalanan. Takde rupa retis pun (sambil melihat keatas dan kebawah). Lama gak kitorg borak terutama perihal politik dan kemasyarakatan. Mamat tu siap tau perkembangan politik kat Mesia. Hebat sungguh.

Lokasi pertama hari ini adalah Bukchon Hanok Village. Rancangnya nak shoot la skit umah2 tradisional ni, tapi dah tengah hari buta, ko nak shoot mendenya? Dah ler hari ni rasa sedikit kepanasan. Seterusnya ke Insadong. Wan nak beli souvenirs. Aku tak berhajat pun nak beli sebab target aku nak yg ada cop Busan. 

Lepas tu kami bergegas ke Myeongdong. Gi shoot timelapse kat area yg aku nak shoot sblum ni. Rancangnya nak jalan2 lagi kat area Namdaemun. Nak kejar masa, kami bergegas terus ke Gyeongbokgung utk shoot scene malam plak.

Kesilapan pertama, kan topi yg dok terngiang-ngiang nak beli tu, masa kat Myeongdong, takde plak aku terlintas nak beli. Mungkin nak jadikan alasan, kita cari kat Hongdae ah, sambil tu bley jalan2 area situ. Dah tu, gi kedai cawangan Hatson kat Hongdae, takde plak topi yg aku nak tu. Oh deng.Terus wujudnya kesilapan kedua iaitu kami tak pusing2 area Hongdae dan trus bergegas Ewha. Aku jadikan alasan nak cari Loteria utk dinner. Padahal nak cari Hatson. Jahat aku kan tipu wan? huhuhu

Menyesal gila la tak lepak Hongdae. Nightlife situ memang best. Maksud aku buskers. Bukan kelabin ye? Sampai Ewha layu je kawasan tu pada waktu malam. Waktu siang meriah plak? Takpelah, sok kami nak jalan jauh, kaki aku pun start rasa lenguh2 ni. Memandangkan kami tiada tempat berteduh disebabkan kami tiba awal, rezki kami bila aku tanya umah yg kami dok tu ada bilik kosong. Paling best, kami berdua je tidur bilik tu. Tidak perlu kuatir jika menganggu teman sebilik jika pulang lewat, bangun awal. (memang kami bising dari sudut buka2 barang, bukan mulut bising ye?) Tu tak campur bau kaki lagi. Diri sendiri bau pun boleh pengsan. ekekekek

End of day 8 - 18,914 steps taken equivalent 15.13km

Ini makanan aku malam tadi, atas rekemen ahjumma yang keje kat Mini Stop

Ingat kecik je area Bukchon ni. Besar weih~ Tak sempat gi semua area.

Kita start dengan jalan ni dulu.

Masuk area sini plak.

Deng! Aku dah sesat sampai kat jalan besar. Itu ler,...berlagak taknak tgk map tadi. Terus aku refer map yg diambil tadi.

Banyak kedai yang camni. Aku terfikir, boleh hidup ke? Ada ke org nak beli?

Jalan punya jalan terus sampai area sini. Bagi yang tau, ni lah dia umah Kyu Won (Park Shin Hye) dalam drama Heartstrings. Camne bley terjumpa pun aku tidak mengerti. Nasib aja. huhuh

Mari teruskan perjalanan

Amik gamba umah ni.

Amik gamba lorong ni plak.

Pastu terjumpa diorg shooting apa ntah. Ko tengok shadow tu bang. Tak selera aku nak shoot. haishhh~

La....shoot lorong ni je. Bantai, aku pun tiru.

Kena pergi sini pagi la..sebab.....

Klo gi tgh hari, org dah ramai. Tak dapat clean shot. Aku tak naik sampai atas tu. Dah jumpa port ni trus beransur.

Mari ke Insadong. Kat sini, aku didatangi oleh seorang sami mat saleh. Memula tu dia cite pasal yoga. Aku pun buat2 dengar. Pastu nak jual plak risalah tu dan mengajak masuk agama dia. Woi bang~ Cilakak lu bang...ini bikin panas. Mujur aku ekspleng elok-elok kat dia, dan dia beredar tanpa memaksa utk memesongkan aku.

Ramainya umat kat sini. Yela....tourist spot kan.

Kedai ni betul la...haishhh. Bukan ada apa pun. Tapi ramai yg pergi sini sebab orang ramai berkerumun. Kira marketing diorg berjaya la. Sambil tunggu giliran utk beli korang boleh tgk koleksi Astro Boy.

Klo jalan depan skit, ada org jual benda yg sama tapi tak laku.

Korang tengok ni pasti korang dapat bayangkan yg rasanya sama macam jajan yg ada kat Mesia. Ala...mesti dapat bayang punya jajan apa.

Petang, berehat sambil minum Grean Tea. Sejuk2 minum ais. Bertambah gigil la kan. hahah

Gambaran aktiviti petang kami. Timelapse disini. Aku tak ingat apa yg kitorg buat sampai lambat tiba dilokasi seterusnya.

Waktu ni baru kul 8, keadaan traffic mmg sesak. Nyesal tak pergi area Cheonggyecheon utk shoot scenery malam.

Dinner kami kat kedai Mini Stop. Ahjumma tu rekemen yg ni plak. Dia pun dah cam muka kami. Sedang aku menjamah santapan malam, ada sesuatu yang buat aku tak senang duduk. Ianya asik memanggil-manggil aku utk toleh kebelakang.......

Haa amik~~ Botol besar trus. Mau tak tempting. Last minum air beras kat Naejangsan. Trus beli lakan. Terkencing-kencing aku nak abiskannya. Tak abis bawak balik Mesia.

Inilah dia jajan yg diberi oleh para ahjumma ketika di Baegyangsa. Keropok tu aku tinggalkan kat guesthouse, gula2 tu ada aku makan skit. Rasa dia sama mcm gula2 kat Mesia.

2 comments:

  1. very nice pic..reflection mmg terbaek.

    ReplyDelete
  2. Sai was here :-)
    Bukchon hanok vilage? Umah2 kat sini mmg jd tourist spot klau lah boleh masuk design kat dlm kan

    ReplyDelete