Pages

Sunday, June 5, 2016

Tips Kurangkan Berat Badan Di Bulan Ramadhan

Assalamu'alaikum semua.

Harap sihat sentiasa hendaknya. Pagi ni pergi kerja awal. Aku mulakan rutin harian sebelum menaiki moto iaitu dengan membaca Al-Fatihah dan sedekahkannya. Sejurus itu, mengucap dua kalimah syahadah dan terus vrrrooooom~~

Yelakan, mana tau tak sempat nak mengucap ke klo jadi apa-apa. Oh ya, sebelum tu jangan lupa pasang niat pergi ke tempat kerja hanya kerana Allah s.w.t. InsyaAllah ada dapat "point" disitu. Aku suka guna istilah "point" bila explain kat Japanese tentang sistem Pahala dan Dosa. Senang diorang nak faham nanti.

Macam biasa, aku akan mulakan perjalanan aku dengan menyanyikan lagu kegemaran aku iaitu Lagu Negaraku, diikuti dengan lagu Anuar Zain yang berjudul Lelaki Ini, dan seterusnya Sedetik Lebih. Dah kenapa ngko ni? Bulan Ramadhan yang mulia ini kan elok ko beristighfar.

Ya, kadang-kadang aku lalai, aku menyanyi ketika memandu atau menunggang moto. Tapi, hari ini, aku cuba kuatkan azam untuk beristighfar semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, dan dimasa-masa yang lain. Banyak kelebihan beristighfar ni, antaranya adalah......ah aku tak payah cerita la, korang semua pun tau kan. hehehe. Cuma satu aku nak kongsi pengalaman sendiri dan perkara ni banyak kali juga berlaku. Bila aku tak berzikir semasa dalam perjalanan diatas raya, terutama aku menyanyi plak time tu, pasti akan nyaris-nyaris untuk terlibat dalam kemalangan.

Nak cakap kat sini ianya jelas bahawa kelalaian mengundang musibah. Tu belum cite yang ngkorang check Wasap time memandu. Lagilah senang nak terjebak dalam kemalangan. 

Ok, dah panjang lebar ni, bila nak share tips kurangkan berat badan? Sebenarnya takda tips pun, sebab ini adalah part of social experiment. Aku nak tengok berapa ramai yang baca entry ni, sebab ada sorang brader ni dia pernah pergi satu workshop, dan speaker to share content yang orang selalu cari adalah no. 1, cara nak kurangkan berat badan, no. 2 macam mana nak dapat income lebih. Tapikan, dah alang-alang korang baca entry ni, aku share satu lagi tips iaitu, makan nasi segenggam je, dan make sure kena ada source of protein (ikan, ayam, daging). Sesetengah protein ni dia slow-release atau bahasa mudahnya melambatkan pencernaan. Erti kata lain, makan makanan yang berprotein akan membuatkan perut anda rasa penuh dan tak cepat lapar.

Mohon maaf kepada sapo-sapo yang dah terkono pasal tertarik dengan tajuk entry.

Sekian sahaja untuk topik pada hari ini, bertemu kembali pada entry akan datang. Ingat! Perbanyakkan berzikir, dan selamat beramalllll~~~~~~

Gamba ni bukan gamba curi ye. Gamba aku sendiri. Jika berminat nak beli sila search no. siri yang tertera.

7 comments:

  1. jgn kata sis JM x baca entri yg di kongsi..read from A - Z tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klo tengok comment moderation ada banyak je dah tau siapa dia. Tak lain tak bukan JM Beriani. hehehe.

      Terima kasih macam biasa. Selamat berpuasa dan beribadat juga

      Delete
  2. nak kurangkan berat badan mudah je..kurangkan ambil NASI!! byk kan minum air...hari ni baru hari ke 3 puasa..berat badan sis JM dah turun 2 kg..kalau 20 hari puasa? heheheh

    ReplyDelete
  3. lagi cantik pas baca fatihah dan syahadah tu..baca doa menaiki kenderaan..alhamdulillah..selamat perjalanan pergi dan balik

    ReplyDelete
  4. ahaks...mmg pun..ketika memandu ke menunggang ke jgn sesekali menyanyi atau berwasap..mmg 'padah'..mcm tulah sis JM suka..sentiasa berzikir dan beristiagfar tak kira kat mana pun kita berada..in shaa allah selamat kerana kalau kita byk ingat Allah selamat dunia akhirat.."fuhh komen skema..maklumlah bulan ramadhan..kena ckp yg baik2 heeee"

    ReplyDelete
  5. dah 5 perenggan baaca tak dapat2 lagi tips nk kuruskan badan nih hehehe

    ReplyDelete
  6. kih kih kih terkono den..dalang prank ke pe ni ehehe

    "selamat berpuasa Rei"

    ReplyDelete