Wednesday, April 20, 2016

Day 8 - Namdaemun

Second last day. Si Pami akan meninggalkan kami atas tugasan bawak client ke Jeju Island. Pagi-pagi dah kuar. Pagi tu kira last la aku jumpa dia even sampai hari ni pun aku tak jumpa-jumpa dia lagi.Aku tak tau apa aktiviti nak buat. Lantas aku pun join la si Naz dalam persiapan mereka untuk Grand Dinner pelajar-pelajar Malaysia di Korea.

Hujan hampir sepanjang hari. Payung ada satu je, jadi aku biarkan Pami yang pakai. Aku rela berbasah, klo demam pun dah nak balik dah. So takde la risau sgt. Janji untuk jumpa Naz di Namdaemun pada pukul 10. Aku masih ada mind set Malaysia bahawa merasakan yang si Naz pasti akan lewat. Rupanya kul 10 tepat mamat tu dah terpacak menunggu aku di train station. Lewat 30 minit. Aku dah kuar awal dah. Nak buat camne, dari Incheon ke bandar Seoul makan masa beb.Ah~~ alasan.

Misi di Namdaemun adalah si Naz nak mencari brooch utk program dinner pelajar malaysia kat Korea. Hanya exco je dapat, klo semua dapat aku rasa rabak gak. Satu benda yang aku belajar, dimana, si Naz ni aku faham yang dia nak cari brooch yang terbaik, tapi orang2 kedai kat situ dah anggap mcm seolah-olah si Naz ni survey. Erti kata lain, klo kat Mesia, korang gi cari hp, dok survey, aku yakin mesti dah kena mark. In the end ko tak dapat harga yg korg nak. Ni aku cakap based on experience aku. So konsep ni terpakai disini. 

Menurut Naz dan juga Pami, orang-orang yang meniaga kat sini tak berapa suka bila tgk orang Mesia datang membeli. Reasonnya sebab diorg jual by bulk, dan bukannya untuk orang perseorangan. Ala.....kedai yang ngkorang slalu pergi tu, even kedai souvenir pun. Dua kedai ni je. Susah nak cakap benda ni, bagi aku ia strategy ngkorang meniaga la kan.


Pagi-pagi dah kuyup

Aik, awal pagi dah jeng kreng

Nikmat sungguh cuaca sejuk pekena makanan panas.

Lepak mengopi dulu.

Aku tak amik gamba kat dalam kompleks Namdaemun tu. Lokasi seterusnya ke university tempat acara dinner pelajar Mesia

Ntah mana-mana tempat la si Naz ni bawak aku. Aku folo aja

Klo camni la view kat uni, mau sabtu ahad pun aku gi kelas gak. hahah

Kagum aku tengok bebudak ni.

Rezeki dapat makan free. Thx Naz seludup untuk aku satu. hahahah

Robek hati aku bila tapak tercabut.

Pas habis rehearsal, aku trus pulang sebab si Naz ada benda dia nak bincang lagi.

Kagum kejap aku dengan tangga konsep piano ni

Kejap je hari-hari terakhir aku nak habis. Klo ikutkan aku nak jumpa kawan aku yg aku jumpa kat aiport masa first day. Tapi hujan, aku jadi malas nak bergerak.

Menikmati minuman dan biskut kegemaran aku pada malam terakhir di negara k-pop

No comments:

Post a Comment