Tuesday, April 26, 2016

Day 9 - Bye-bye negara K-pop

Takde apa yang menarik yang berlaku pada hari terakhir. Aku dapat guide dari Naz camne nak ke airport dari Incheon dengan menaiki bas. Tak jauh dah, itu yang aku pun gamble ikut tunjuk ajar dia tu. Dalam hati cuak gak takut terlajak ke, dah tu terlepas flight, duit tinggal satu keping je ni. (10,000 won)

Mari kita recap mengenai pengembaraan kali ini.

Apa yang aku hajatkan, tak kesampaian. Nak lepak dengan kengkawan k-pop, nak makan jajangmyeon kat Chinatown Incheon, dan paling penting explore tempat baru. Macam mana pun, kita tetap tak boleh harap kat orang lain agar mereka menunaikan apa yang kita hajatkan. Kena usaha sendiri. Ini adalah pengajaran untuk trip kali ini.

Overall, nak cakap puas hati tu, takde la, tapi at least aku dapat berjumpa dengan autum lagi disini.Mohon maaf pada semua kerana tak dapat menjamukan gamba-gamba yang menarik. Agak bosan entry-entry kali ini. Terima kasih juga pada semua yang tumpang click dan scroll laju-laju blog ni. hahaha

Pada yang tak terlepas, boleh click link dibawah ni untuk mengetahui kisah silam trip ini.

South Korea : Day 1 , Day 2 , Day 3 , Day 4 , Day 5 , Day 6 , Day 7 , Day 8 

Tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Naz kuar awal sebab dia nak kena prepare untuk dinner malam tu.

Dendaun kat Incheon baru nak kekuningan

Hujun membasahi bumi. Kat sini tengah tukar bas utk ke airport.

Mujur Naz bagi idea turun satu stop awal, sebabnya stop berikut penuh orang naik.

Sangap pulak sampai airport awal-awal ni.

Tengok banyak masa lagi, aku pun menunaikan tanggungjawab utama dulu. Aku ingatkan tempat ibadat ni ada banyak, rupanya surau takde. Hampeh btui. Tak pasal2 pasal aku solat balik tembok kat bawah signboard ni

Dah nak sampai penghujung

Duit syiling aku banyak , bantai donut. Aku ingat2 lupa yang kat dalam airport Incheon ni ada konbini ( convenient store orang jepun panggil konbini, bukan tipu bini ngkorang ye) Tengok ada rakyat beli air pisang, aku pun cari ah. Tak jumpa plak.

Bye-bye semua, moga jumpa lagi.

1 comment: