Pages

Sunday, April 10, 2016

Day 7 - Hongdae, Sinchon

Seperti yang dijanjikan, mari bercerita tentang apa yang berlaku tempoh hari.

Al-kisah~ Sebenarnya takde lah teruk mana tentang pertelingkahan yang berlaku. Cuma tak bercakap aja. Nampak tak apa masalahnya? TAK BERCAKAP. Iya. Masing-masing tak meluahkan apa yang dirasa.

Time makan kat Sinchon, barulah si Pami cite apa yang berlaku. Dia ada masalah sebenarnya time tu. Aku ni jenis baca environment, jadi aku dapat agak apa yang berlaku. Soal masalah dia tu, aku tak cerita la ye.

Actually, masing-masing silap, dimana masing-masing tak beri tahu apa yang dihajatkan dan juga apa yang terpendam dijiwa. Dalam kes ni, aku tak bagi tau kat dia apa yang aku harapkan, dan lokasi mana aku nak pergi, nak makan apa, nak shooting apa. Semua ni aku tak bagi tau Pami. Tapi, mengenangkan character dia, aku tau klo aku nak itu ini, pasti mamat ni pressure punya pasal nak fulfill semua tu.

Ternyata, apa yang aku rasa tu betul, dimana walaupun aku tak bagi tau apa aku nak, dia pun dah pressure sebab tak tau nak bawak aku pergi mana. Jadi wujudlah masalah komunikasi pertama kami disini. Apa yang aku harapkan disini, aku nak spend masa dengan kengkawan aku, nak lepak tengok life, dan explore tempat baru. Silap aku la pasal tak bagi tau kat dia semua benda ni. Sebab tu aku tak banyak shooting dan expect untuk jual gambar dari trip kali ni.Aku tak dapat jumpa kengkawan Korea aku. Hampeh je korang kan? Korang datang Mesia aku layan macam rajo. Aku datang sano busy konon. Puih~~~ amboi marah nampak. hahaha.

Ok, here is the point. Kenapa aku cerita semua ni? Apa yang aku nak highlight kan adalah berapa pentingnya komunikasi. Bunyinya ringkas, klo tanya sengsorang semua macam paham kan? Tak kiralah, hubungan antara rakan-rakan ko, kekasih ko, keluarga ko, group wasap ko dan sebagainya. Ianya memang penting. Kadang-kadang, kita ada rasa nak jaga hati pasangan kita, jadi kita pun ambil langkah untuk berdiam diri. Kadang-kadang kita rasa, asik kita je nak cuba faham pasangan kita, kenapa pasangan kita tu plak tak nak faham apa yang kita rasa. Sebenarnya semua prob ni takkan wujud jika komunikasi kita berjalan dengan lancar. Orang putih cakap prob ni adalah Communication Breakdown. In the end kita semua pilih langkah berdiam diri dan mengikut aja kehendak orang lain. Bila aku belajar bahasa ni la baru aku tau apa maksud benda ni.

Apo macam tetiba den ghaso blog kekasih-masih pulak ni. hahah

Try kedai baru. Menu diorang super simple.Macam bibimbap juga tapi lagi simple.

Fokus betul mamat ni. hahah

Aku nak amik gamba makcik Yakult tu tapi tak sempat. Style plak aku tgk meniaga pakai benda tu.

Di Incheon masih belum kuning sepenuhnya

Tektik amik gamba awek.

Akibat dah beberapa hari tak membuang, minum ini lah.

Tempat ni sure kalian familiar

Takdo plak org berbusking bawah tanah ye.

Macam biasa, apa2 hal cari kedai topi dulu walaupun duit takdo. Cuci mato ajo

Cantik juga kat sini time musim luruh

Suka view street ni.

Kami menuju lokasi Hongik University.

Mesti meriah sini time student nak gi kelas ke apa

Takdo orang bersukan pung

Klo kat Mesia sure dah banyak nyamuk ni.

Partner in crime.

Kitorang jalan sekitar depan-depan campus aja

Apa yang original pun aku tidak mengerti

Klo view university camni, memang hari2 aku gi kelas. hahaha

Rugi bebudak sini tak main kat taman sambil menikmati keindahan alam.

Time ni baru aku perasan yang tapak kasut aku dah nak tercabut

Hati resah bila mengenangkan tapak kasut yang tertanggal, jalan2 tak sedap beb.

Layan kan aja apa yang aku shoot ni.

Scroll lagi







Misi seterusnya adalah cari tempat solat iaitu di H&M. Aku tak berapa berkenan dgn H&M ni, tapi bila balik Mesia borang abis baju dan suar yg ada.

Misi seterusnya adalah menikmati aktiviti busking yang ada. Ini adalah salah satu hajat aku dimana aku nak lepak2 sambil usha gadis2. hahaah

Add caption


Pami cakap "Minum kopi dan air pisang is to mainstream". Betul juga tu. Air choc ni memang sedap. Sila cuba.

Next location pergi ke Sinchon untuk makan malam

Sebelum tu kami singgah utk buat spec. Mahal kut regenya.




Time ni la sesi luahan berlangsung. Elok2 makanan sedap trus jadi tak sedap. Selero dah takdo

Hujan renyai mula membasahi pipi

Otw pulang

Hari ni memang aku try macam-macam air.

2 comments: