Wednesday, April 6, 2016

Day 6 - Naejangsan Part 2

Ok hari kedua, banyak skit gambarannya. Tapi masih kategori sikit juga sebab mcm takde mood nak shooting. Macam aku pula yang bawak si Pami jalan-jalan sebab dia tak penah sampai sini. Mujur aku dah penah sampai dan masih ingat tanpa perlu map dan juga no bas apa semua.

Aku rasa ada orang buat guide ke Naejangsan pasalnya aku jumpa orang melayu yang berbackpaker ke sini juga. Seingat aku, masa aku cari info nak kesini, semuanya bahasa korea. Sampai aku kena e-mail ke national park diorgla untuk minta guide kesini. Kepada yang buh guide tu, aku tumpang bangga juga la sebab niat murni kalian membantu rakan-rakan yang lain. Yang aku ingat, aku cuma bagi info no bas nak kesini je. Malas nak scroll post lama-lama. hahahaha







Kami decide gerak paling awal dengan menaiki bas pada kul 6.30am ( aku tak ingat kul bape, tapi dalam time ni juga la)

Bas dah sampai. Strategy aku, kita kena dok belakang, sebab klo dok depan, kompom sat gi kena jadi baik dengan memberikan seat pada yang lebih memerlukan. Jahat kan? hahaha

Kut yang tak pernah sampai, sinilah tempat bas berhenti, dan sini juga tempat naik bas klo nak ke pekan.

Good idea juga letak menu kat sideway.

Kami habiskan masa satu jam kat sini. Menyesal pasal depan2 tu lagi cantik.

Lepas Pami shoot ni, datang seorang polis menaiki moto berkuasa tinggi. Aku ingat dia nak sound ke apa. Ntah apa yang Pami dengan polis tu dok cong ceng cong ceng~ Rupanya Polis tu dok promote keindahan tempat ni. Nak amik gamba polis tu tapi aku cam takut2 plak.


Ha~~ kan lighting cantik tu, jatuh kat dedaun.

Time ni aku perasan yang kamera buat hal lagi.

Cantik tak cantik tak?

Sini patutnya kami habiskan masa. Tengok orang dah ramai tu, tak dapat clean shot. Nyosal~

Tudia~~


Aku nak dok kat port ni.

Dah start mencapap.

Kami decide untuk balik trus ke Incheon, plan nak ke Baeyangsan tapi takpe la sebab aku pun dah penah gi.

Masa aku shoot gamba ni, ada insiden dimana aku panic sebentar. Aku bukak kamera aku, tgk memory card takde. Aku dah mula cuak. Dok memikirkan habisla aku . Takde content utk upload ke blog. Rupanya, akunya memory card simpan dalam bag. Dan sepanjang aku shooting balik dari Naejangsan sampai la waktu aku shoot gamba ni adalah tanpa memory card. So takde la sajian gamba in between.

Dah sampai Incheon waktu malam. Balik trus tido. Sambung hari ke-7 plak

No comments:

Post a Comment