Wednesday, November 18, 2015

Day 1 - Myeongdong



Apa khabar semuanya pun?

Dah seminggu lebih balik dari negara K-pop, hari ni baru berkesempatan nak mengarang karangan. Itupun aku curi-curi taip kat word dulu, kendian copy paste ke blog.

Macam-macam sebenarnya yang berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ni.  Pendek kan cite, aku pergi trip ni pun diatas jemputan seorang rakan. Dua minggu sebelum travel, Fahmi (bukan nama sebenar) telah menjemput aku untuk datang ke Korea. Mamat ni duk temporary kat Korea buat sementara waktu dan hasil pendapatan untuk menampung kehidupan beliau adalah dengan buat Tour Guide.

Lama dah mamat ni asik ajak aku kesana, katanya nak shooting bersama la kan. Kebetulan minggu kejadian aku terbeli tiket flight tu, memang tengah kemurungan. Erti kata lain melarikan diri dari permasalahan la ni kan.

Bukan style aku la kan nak buat benda last minit. Rege tiket pun takde la murah mana, tapi aku beli gak mungkin sebab perasaan nak pergi sana tu membuak-buak. So untuk trip kali ni, aku takde buat apa-apa preparation, tak study pun tempat mana nak pergi, dan aku tak mengharap apa-apa pun.

Tanpa melengahkan masa, ayuh kita saksikan gambaran yang telah dirakamkan.

First time menjejakkan kaki di KLIA2. Perasaan kagum pada awalnya.

Aku tak tau mana nak lokasi sebab signboard yg tak berapa mesra alam. Jadi aku just follow je mereka-mereka yang sorong bag AF ni.

Oh yeah, akhirnya aku ada juga gamba ni.

Pukul 4 pagi dah ramai camni. Tak ngantuk ke jang?

Orang dok cakap jauh-jauh laluan nak ke boarding tu. Hmmm...normal la kut. Aku rasa la kan.

Sempat melepak sini dulu. Nak feel-feel bangsawan katanya. Mujur lah aku ada tergerak hati nak gerak terus. Mujur aku berbuat demikian sebab kat luggage check tu makan masa gak.

Kat sebulan kut jerebu masa ni. So few day sebelum aku berlepas, baru la nampak langit sedap mata memandang.

Ini je duit yang aku bawak. Aku cakap Fahmi, sok duit aku tak cukup memang aku pau ngko. Dia asik cakap "takpe takpe" cukup punya.

Gamba wajib mesti kena ada. Nyesal makan ni. Kurang kesedapan.

Dah sampai. hohoh

Lebih betul la diorang ni. Takde sape pun tunggu aku sambil memegang signboard.

Klo ke Korea tak singgah Konbini memang tak sah.

Tempat aku nak duduk tu kat Incheon. Tapi apahal ntah Fahmi suh aku jumpa dia kat Myeongdong. Jauh tu.

Mesti la kena shoot papan tanda sebagai bukti dah sampai Korea. ekekek

Ok nak cerita sikit. Minah ni, duk seat row sebelah aku. Aku tegur dia sebab aku rasa mcm pernah nampak dia. Ternyata benar firasat aku sebab aku jumpa dia time Bon Odori Publika. Cuma aku tak tegur dia je. Kami punya circle sangatlah dekat dimana kawan dia masa kat Bon Odori tu adalah bekas classmate Japanese class aku ( cuma aku tak sempat jadi classmate mamat tu je), kemudian mutual fren kami sangat lah ramai. Terus jadi rakan.

Berpisah sebab aku nak kena menghala ke Myeongdong, dia nak ke Insadong.

Sapa tak tau tempat ni siap!

Eh eh, ada pula reformasi. Barangkali ni pasal kes anak-anak tak dapat masuk asrama penuh sebab gagal UPSR.

Mengigil-gigil aku tunggu si Fahmi ni. Last2 aku decide untuk pusing-pusing bagi mengimbau kenangan lama.

Tak nampak lagi kelibat rakyat Mesia time ni.

Aku decide utk korban 1,200 won aku sebab nak guna wifi kat Dunkin Donut ni. Nak contact Fahmi punya pasal.

Amondo ni? Cam menarik je.

Abang tu mesti tgh amik gamba aku.

Aku terus menuju ke Hoehyeon ( Betul ke ejaan ni? malas aku nak check kat google). Fahmi suh datang sini. Dia tengah dinner bersama client. Rezeki aku makan free malam ni. Alhamdulillah. heheh. Ok, kedai dia bukan yg paling depan ni. Kedai dia, kedai paling hujung skali dlm gamba ni. Klo berminat nak pergi, Hoehyeon Station exit 4, pusing belakang, tadaa~

First time tengok eksiden kat Korea. Amik gamba la apa lagi.

Tu Fahmi tengah sorong customernya. Kena prank mamat ni. Tu aku cite di entry kemudian hari.

19 comments:

  1. Khabar baik aja org sini Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi JM, apo banyak sgt komen ni? Dah macam group chat wasap ha~ ekekekek

      Delete
  2. perghh...lari dari masalah ke Korea..kalau sis JM..lari dari masalah pegi IOI Mall je ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat JM, Rei gi BremMall je slalunya. ekekek

      Delete
  3. Replies
    1. Tak mampu beli GoPro. sob sob sob.
      Ni pakai kamera Sony Nex-6 chinonet

      Delete
  4. agak jauh bg yg x biasa jalan jauh ;p

    ReplyDelete
  5. bawak 50,000 won je? unutglah adak kawan kat sana..mestilah boleh survive!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyo.....beberapa hari kemudian dh start makan maggi.

      Delete
  6. apa nama kedai Fahmi makan ngan client tu.leh try mkn kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, nama nya tulis hangul la pulops. Rei dah ubah description kat gamba, kut ada yg berkenan nak gi.

      Delete
  7. bawak duit 50k won jer?? hebak hebak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat survive 3 hari je. ekekekek

      Delete
  8. Asaaaa! dpt cuci mata tengok gambar koreamu. tak sabau tunggu nxt entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. promote kat kengkawan kampung skit.

      Delete
  9. bestnya! ramai pulak orang kann x'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ecah gi Bandung lagi best....jeles

      Delete
  10. Baru nak komen pasal bawak duit 50k won jer....rupanya otai2 dah komen dulu....

    Rindu plk korea.....huhuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Liza K-pop, lama tak menjelma~

      Delete