Pages

Monday, January 12, 2015

新年会 - New Year Gathering cara orang Jepun

新年会 atau Shinnenkai atau lebih dikenali sebagai New Year Gathering yang menjadi satu festival yang diadakan oleh orang Jepun bagi menyambut kedatangan tahun baru.

Kebetulan aku tau pasal event ni adalah melalui group language exchange yang aku join. Aku tak pasti dan tau apa sebenarnya yang ada kat event ni. Aku just expect festival yang macam kat tv tu. Betul jangkaan aku. Macam-macam aktiviti ada. Tangguk ikan emas, odori, persembahan drum Taiko, dan macam-macam lagi lah.

Aku habis kelas awal dalam pukul 1. Bebudak meetup ni plan jumpa kul 4.30. Aku tak berapa kenal sangat bebudaknya. Sebelum pergi tu aku dah text Redza, tanya dia gi ke tak. Kul 2 aku dah ada kat MidValley, disebabkan taktau nak buat apa, aku pun decide gi library JFKL. Haa ngko~ gi library gichuuu~~

Best gak library JFKL ni. Macam-macam bahan bacaan aja. Not Japanese nya book aja. Apa-apa yang Japan related punya resources semua ada. Dun wori, banyak je aku tgk buku bahasa omputih klo kalian teringin nak pergi.

Kat 2 jam aku lepak situ, klo aku tau la event ni start awal, memang aku pergi sana dari kul 2. Kul 4.30 baru dapat jumpa Redza. Ramai orang Jepun yang datang. Tak sangka event macam ni ada. Sebeblum-sebelum ni, aku pasti ramai yang hanya tau pasal Bon Odori aja. Event utk new year pun ada yang dianjurkan oleh Japanese Club KL.

Secara tak disangka, aku jumpa sensei lama aku dari ICLS yang dah berhenti disebabkan visa dah tamat. Ingatkan dia dah balik Jepun for goods. Rupanya dok sibuk tgh cari keje kat sini lagi. Kemudian aku jumpa sensei dari AtoZ. Current sensei aku sekarang, katanya dia pun dtg, tapi aku tak jumpa plak dia. 

Sebenarnya aku boleh plak terlupa bawak kamera. Jadi gamba-gamba dibawah ni semuanya aku cilok dari Redza. Tekanang jiwo dibueknyo.Klo tak, dapat tell story from the picture aja.


Sempoi je entrance dia. Klo event yang diorganize oleh org kita, aku pasti banner mesti nak sebesar pintu gerbang KLCC. eh KLCC ada pintu gerbang ke?

Jangan risau tentang makanan, klo ko nampak bebudak melayu yang jadi volunteer jual makanan tu, InsyaAllah makan tanpa was-was.

Dek, abang nak tempah ngkorang buat persembahan dalam majlis ulang tahun kelahiran abang buleh ko?

Beratur 1 jam untuk makan makanan ni. Aku bab-bab beratur ni bukan kegemaran. Tapi apahal la aku beratur tanpa mengeluh plak kali ni. Mungkin sebab orang-orang Jepun pun tgk diorg beratur pun dengan beradap dan takan korang sakit hatinya. Kena klo ada jenis makluk yang nak potong2 q ni, mau ngkorangnya jiwa tak membara?

Makanan ni, sama level dengan dodol dari proses pembuatan. Bezanya, dodol kena kacau tapi yang ni kena tumbuk. Berjam-jam juga utk siap satu batch.

Ni beratur 1 jam dapat makan makanan yang tak sampai 3 minit utk habis. Bersyukurlah nak~ Ok, aku memula makan yang tgh tu, rasanya sama degan tepung gomak. Kemudian mujur aku makan yang kanan plak sebab yang kanan tu masin, rasa seaweed. Last skali baru makan yang kacang tu, rasa sama dengan bubur kacang merah.

Macam-macam persembahan ada. Ini pun part of culture exchange kan, jadi adalah persembahan kebudayaan Malaysia juga.

Persembahan terakhir yang ditunggu-tunggu. Abis je ni, maka habislah event ni pada pukul 8.30pm. Satu perkara yang aku perasan, kebiasaannya klo korang pergi lah mana-mana festival, lepas event mesti korang akan nampak sampah sarap berkeliaran kat atas jalan atau lantai. Tapi, surprisingly sampah-sampah pas event ni korang boleh kira. Apa yang aku cuba nak sampaikan ni adalah betapa siviknya mentaliti orang mereka. Tong sampah pun banyak disediakan, siap ada pengasingan jenis sampah lagi.

Seterusnya gi dinner bersama di restoran apa nama ntah under Secret Recipe yang makanan vegy je ada.

Ni nasi goreng yang aku order. Sedap gak.

Kawan-kawan baru aku. Redza yang kemeja kuning kotak tuh. Orang Indonesia. Yang gadis berbaju putih tu orang Jepun. Dia kenalan Redza.

6 comments:

  1. Woah ade jugak event ni kat sini? mcm best je. tau ade comic fiesta kt klcc tu jek.

    ReplyDelete
  2. yess..i'h here...lapor diri dulu sblm komen

    ReplyDelete
  3. bestnya pegi event tak hajak..ehh..ada kaitan ke ahahah..Tepung GOMAK!!! wowww...mg feveret tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time akan war2 kan sini klo ada event yg ramai masyarakat melayu tak tau.heheh

      Delete