Assalamu'alaikum semuanya pun~
Bila pikir balik, rasanya baru je aku buat entry recap untuk tahun 2013. Ni dah nak kena buat recap untuk tahun 2014. Punyalah pantas masa berlalu tanpa disedari. Senang cite kat blog aku ni pun bukannya banyak entry. hahahah
Tidak ada apa yang menarik yang boleh dikongsikan bersama pada tahun ini. Namun begitu, apa yang sangat aku banggakan adalah impian tercapai sejak 15 tahun dulu dimana ingin menjejakkan kaki di Jepun. Terima kasih AA sebab buat promo Nagoya, dan terima kasih kat gomen JP sebab mansuhkan visa.
Kedua, perkara yang aku sendiri tak sedari beberapa bulan lepas balik dari Jepun aku terus decide nak belajar bahasa Jepun. Dan kini, sudah hampir 5 bulan aku mempelajarinya. Pendek kata, tahun ni banyak pasal Jepun la. Aku banyak dapat kawan Jepun baru, kenal dgn cikgu Jepun, makan makanan Jepun. Poyo betul bunyinya yg terakhir tu. hahaha
Klo tahun-tahun sebelum ni, semuanya tentang K-pop. Ramai kengkawan Korean, dan time tu sorang kawan Japanese pun tiada. Kadang-kadang aku terfikir, macam nak belajar bahasa Korea plak, tapi tu nanti lah dulukan? Mabuk plak nak menghafal vocab dan grammar baru.
Ada dua entry yang masih pending iaitu entry gi Phuket dan diving. Tak taulah bila boleh hapdate. Akhir kata, kepada sorang dua yang mengunjung blog ni, terima kasih banyak. Harapan di hari mendatang untuk mendapat lebih ramai pembaca. (Errr...tambah poyo lagi mamat ni, entry pun takde nak orang baca plak...hahahah)
Berjaya sampai Phuket. First travel of the year |
Tokyo Skytree. Bila mampu je baru aku nak naik atas tu. hahah |
Antara neighborhood yang aku paling suka kalau diberi peluang utk tinggal di Tokyo iaitu Inokashira. |
Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk melihat sakura walaupun pada awal trip semua dah togel-togel. |
Masa ni dah keciwa skit, iaitu sewaktu tiba di Nagoya pada hari kedua. Tapi masa ni aku mmg dah expect yang akan gagal untuk melihat sakura. |
betismudakudiska? tu je yang JM tahu..belajar waktu sekolah rendah dulu heee
ReplyDeleteSelamat tahun baru Rei..JM doakan agar bertambah succes tahun ni ye
Terima kasih JM. Semoga JM pun bertambah sukses. jgn lupa fm bila travel. hahah
DeleteFM tu ada tp alamat je yg x ada dh bertahun tunggu :-)
Deleteish gurau jela~~~
Deletehuahuaha
ahaahaha..takut!!!
DeleteIshhh....saya pun baca blog ni...antara blog yang dicedok ilmunya utk persediaan ke jepun...
ReplyDeletelawanyer sakura...mesti repeat ni!!
Lama tak jenguk blog liza.
DeleteBaru je bukak tadi, tgk ada entry ke Jepun. Ni yang kena repeat secepat mungkin