Gila ahhhh~~~
Berapa bulan punya cerita ni baru nak hapdate ni.
Ahemmm ahheeemm~~ Bape kali nak kena pesan bagi salam dulu? hehehe
Assalamu'alaikum semua kepada para hadirin yang dihormati.
Ekcheli, tengah lapang ni baru la berkesempatan untuk buat entry ni. 4 Bulan punya cite baru berkesampaian. Busy preparation utk exam JLPT ( apa tu? pi google kompom tau ) Tengah mental breakdown juga sebenarnya ni. Exam tu baru je abis pada 7/12/2014. Part reading memang aku jadi buta huruf kejap. Tak boleh nak baca kanji dalam text tu. Tepuk dahi la apa lagi. Tambah lagi stress bila placement test utk aku masuk ke sekolah bahasa lama aku tu, gagal! Arghhhhh~~
Oit oit~ Ni nak cite pasal stress ko ke apa? hahah
Entry ni macam pendek je sebab aku pun dah lupa apa nak karang. Basically event ni adalah anjuran exchange student dari Okinawa. Rupanya diorang ni terbahagi kepada dua kumpulan. 6 students buat practical kat sekolah bahasa lama aku, dan lagi 6 students practical kat UM.
At first aku nak join, tapi bagi peluang kat bebudak kelas lain memandangkan slot hanya 4 je available.Tapi aku dapat merasakan yang salah sorang daripada slot tu takan pergi, jadi aku pun racun dia jgn pergi. Oleh yang demikian aku lah yang ganti.
Sebelum pergi tu aku takde idea pun apa benda program ni. Adakah kena buat presentation ke apa. Mujur semua aktiviti ni di arrange oleh bebudak Okinawa ni. Aku gi dengar aja. Tapiii~~~~~~ boleh kata 5% jela yang akau paham. Selebihnya buat2 paham,. ekekek
Program habis kul 8. Memandangkan nak kena balik ke KL balik, tetiba dapat idea nak bawak bebudak ni gi jenjalan kat area Dataran, CM, dan Petaling Street.
|
First presentation dari group UM |
|
Siap buat show pulops |
|
Dah dah~~~ kena menari plak dah macam bebudak tadi. |
|
Dengan-dengan aku skali terjebak kena menari. Satu yang aku perasan, bebudak jepun ni tahap sporting tu memang dasyat. Macam culture kita, semua cam segan-segan gitue. |
|
Giliran group skolah bahasa aku. Diorg present ok skit pasal lebih kepada culture terkini. Yang group UM tu lebih kepada sejarah. Pakat menguap2 la aku. |
|
Sesi menari seterusnya. Siap buat video clip. Adui~~ |
|
Part paling best. Buat Takoyaki sendiri. |
|
Percubaan untuk buat sendiri. Memang aku bubuh banyak2 la kan bahannya sampai melimpah ruah. ekekek |
|
Konon nak buat stail melayu la kan, ada pedas2, pastu garing skit.Orang semua dah sibuk makan main course. Aku sorang je dok sibuk mengulik-ulik Takoyaki ni. |
|
Buat banyak-banyak, takde kasi chance punya. Klo nak beli kat luar 6 ketul 5 hinggit. Malangnya, yang aku buat ni bukanlah tak sedap. Cuma overcooked. Tu lah, nak garing2 sangat lagi. Takoyaki ni buat separuh masak tu cam sedap skit. Erti kata lain, kena makan lembik2. |
|
Next, bawak pi jenjalan sini |
|
Posing diorang ni mmg aku respect betul la. On the spot, tak de suruh2. |
|
Bawak gi beli souvenir pulops. |
|
Tengok tu, ni aku tak suruh pun posing camtu. Nampak beza tahap kesportingan orang melayu dalam gamba ni. Bukan nak kutuk ye. hahaha |
|
Last spot, Petaling Street. Muka cuak je masing2 bila aku cakap hati-hati kat sini. Hahah |
Jang...ohhhhh Jang...awak kat mana? aawak awakk awak kat mana?
ReplyDeleteTakoyaki versi melayu ada 'keras' sikit..JM suka Jepun punya lembut dan lembik nyum nyum nyum..
Jepun mmg sporting tapi x semua melayu tu pemalu heee
Ya setuju~
DeleteJm, mana fridge magnet? heheh
Rei masih di msia ke..risau udah migrate ke Japan heee
Deletekalau nk FM..sudi2 lah email alamat tu hikss...x kan reveal kat mana2..
Tu garing ke hangus? He He He...
ReplyDeletesiut~ hahahah
DeleteKalau kasi peluang buat Tako sendiri, mmg confirm la melimpah ruah la filling dia. Hehehe.
ReplyDelete