Pages

Tuesday, October 21, 2014

Ke Korea kah kita?

Eh eh~~ nak pergi Korea ke ni?

Eeeeee~~ Jelesnyaaa~~~ Bestnya~~~

Sabar-sabar~ Ini saja punya tajuk entry bikin gempak supaya dapat mengaburi rakyat. Takde maknanya aku nak ke Korea lagi. Bagi aku, takde la best mana pun. Tapikan, bila mengenang balik pengalaman sesat barat, pastu ditambah dengan masalah pertuturan. Aku cakap Korea pun dah bunyi minang. Memang diorang pun tak paham la kan? ekekek

Jujurnya, marketing diorang secara tak langsung melalui, MV ke, Variety Show ke, Drama ke, semuanya berjaya buat wanite-wanite termasuklah aku ( eh kau wanite ke bang? ) tertarik hingga sanggup simpan sehari singgit tunggu sampai AA buat promo tiket murah lantas beli tiket pegi tapi tak balik-balik.

Penah seorang teman ni berkata, ah kau ni, bangun tido makan mandi k-pop. Rancangan tibi pun k-pop je memanjang. Lantas aku pun berkata...... Sebab rancangan mereka berkualiti

Sewaktu tu aku tgh layan documentary yang berjudul The Real Challenge: Meet The World ( Gigih aku nak recall nama tajuk show ni sampai buat research. hahah)

Aku pendek kan cite utk show ni, ianya perihal artis menjadi orang biasa kemudian buat kerja macam orang biasa di negara asing. Masa episod tu, retis tu pergi ke Mabul, jadi bajau laut dengan tidur rumah macam yang biasa korang tengok kat tenet tu. Challengenya retis tu kena tangkap ikan tidak kira apa jua cara pun.

Eh bukan lah aku nak bercerita pasal tangkap ikan ke apa, cuma pointnya disini, susah untuk aku gambarkan macam mana orang luar iaitu dalam kes ni pihak produksi dari Korea boleh menghasilkan kualiti video dan penyiaran yang kalau korang tengok......eeeee bestnya~~~ cantiknya tempat ni~~ nak pergi lah~~~

Lepas abis show tu ditayangkan, aku pun tukar chanel ke siaran tv tempatan. Rezeki time tu show yang sama tapi lebih kepada retis masuk hutan dan kawasan riadah. Kemudian aku tanya la rakan aku tersebut......Kalau ko sebagai pelancong lah kan, bila tengok dua tempat yang tadi tu, mana satu yang kau nak pergi? Walhal dua-dua tempat tadi tu kat Malaysia. Tapi mutu penyiaran dapat membezakan betapa jauhnya siaran tv tempatan ni nak sampai tahap mereka.

Eleyyyy~~ Mabul tu memang dah cantik kut, jadi tak adil la compare laut dengan hutan. See, tak abis lagikan argument tu? Ok, cuba kalian gi search kat Youtube, siaran tv tempatan pada tahun 90an hingga 2000 camtu, dan search yang Korea punya. Aku rasa korang sendiri yang minat K-pop ni klo lihat takde selera nak tonton yang Korea punya. Apa yang cuba aku nak sampaikan disini adalah masa zaman tu, boleh kata kualiti penyiaran tv tempatan lebih hebat berbanding mereka.

Ala diorang boleh ah, banyak sponsor kut~

Persoalannya, macam mana industri mereka boleh naik meningkat dengan mendadak sehingga dapat menjatuhkan industri hiburan Jepun?  Ah kau ni, hiburan aja yang kau pikirkan, bab agama? See lagi pemikiran orang-orang kita. Aku bukanlah fanboy atau minat sangat sehingga terkinja-kinja dengan fenomena K-pop ni. Cuma aku tertarik dengan kualiti industri mereka. Cuma drama je aku kadang-kadang tu menyampah tonton. Samarinda Akasha sangat uols~~

Lagi satu cuba kalian tengok reality show Malaysia, dengan reality show diorang macam K-pop Star, The Voice ke. Yang mana satu korang akan cakap Eeee~ klo aku lakan, takde la nak malukan diri sendiri. Klo tgk semua yang masuk versi Korea tu punya, boleh tau tu bukan datang kosong. Aku pasti diorang pergi kelas vocal. Sebut pasal retis ni, klo retis diorang takdenya macam kat sini. Menang show ke atau pas abis SPM ke, rasa2 nak jadi retis tu, trus glemer jadi retis. Diorang makan tahun training baru agency kasi debut kan retis diorang.

Ah dah la ngko~ Bocor rahsia minat K-pop! hahah
Ps: Entry ni lebih kepada personal thought. Sebenarnya aku bukan nak cite benda-benda ni pun. Aku cuma nak ucapkan selamat jalan dan juga enjoy trip kalian bagi mereka-mereka yang akan ke sana. Pasti ramai yang pergi time autumn ni. Sebelum tu, meh abang belanja sekeping gamba kasi mood membuak-buak~

Scenery autumn di Naejangsan. Gamba aku peram baik punya setahun kasi kaler dia jadi camni. hahah

 

10 comments:

  1. Adeiiii... Duit Korea sekarang ni pon dah mencanak mahal... Zaman pegi dulu 2 hengget... Sekarang dah 3 hengget... Pengsan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler. aku pun sempat merasa zaman RM2.70 tu.
      Ini membuktikan yang ekonomi diorg pun dah semakin meningkat.
      Tak silap aku, duit diorg pun dah nak dekat sama dengan Yen

      Delete
  2. Salam Perkenalan.
    Done follow you #18
    ~ http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan jua. terima kasih jenguk2 disini.

      Delete
  3. Rei!!! Saje je tau up entri ni i oulssss akan ke sana mlm ni skrg tgh tggu train dan salah satu tempat nk pegi naejangsan lah hahaha minat kpop jugak ropenya
    Ai ni klau ke koys tiap2 thn pun no hal ntshlah apa yg menarik sgt koya tu maybe mamat koya emsen (nampak x, x sedar diri di situ) muka sendiri dh rupa org siam ahaha. Dulu pegi thn 2011 rm2.75 sen je tp tukar duit baru2 ni rm3.18 uollsss klau setahun 2 lagi x merasa lah nk ke koya klau budget ciput. Ehh panjang pulak komen :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau~~~ hahah
      Mesti gi ngan Azra.
      Semoga enjoy ye!

      Delete
  4. masak ranum sungguh dedaun ko nih rei :P ...
    taknak join aku repeat naejangsan ker? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh tertinggal flight. taun depan jela. hahah

      Delete
  5. nak recommend cerita misaeng. cerita ini xde love line. Malangnya Malaysia hanya ada cerita hantu dan cerita cinta bersegi segi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Misaeng ek?
      Penah dgr, tapi tak penah tgk. Ok terima kasih info. Nanti ada masa baru layan. Skrg ni tgh menjauhkan diri dari menyaksikan cerita2 kpop sebab dah meluat dgn plot cerita yg sama aja.

      Delete