Pages

Tuesday, October 7, 2014

Menjadi duta Jepun tidak rasmi : Part 2

Bertemu kembali dalam episod ke-2.

Masih hari yang sama, selepas makan-makan bersama bebudak Okinawa, kami masuk kelas lewat 5 minit. Mujur la sensei kami tu baik hati, tak cakap apa pun. Penah kami semua lewat sekali sebelum ni, dan akibatnya kena putu bambu. Tapi nasihat mcm bagi kat anak2 aja. Takde marah beria-ria.

Sebelum main event pada petang hari iaitu Visit From Tohoku, kami pergi join satu event yang pihak ICLS anjurkan iaitu sesi minum-minum dengan pelajar bahasa yang lain. Peluang ni bagus sebab boleh cari jodoh. Eh silap. Boleh cari language exchange partner. Masa yang kami ada hanya satu jam je sebab nak kena gi next event plak.

Culture exchange yang dibawa oleh pihak tourism Sendai, mereka memperkenalkan apa yang ada kat area-area Tohoku. Pihak ICLS ni kira rajin juga la buat program yang berkaitan culture ni. Aku memang decide nak join sebabnya dah dekat-dekat nak graduate (ceh..poyo je bunyinya.) Next weeknya tu dah abis belajar, kira last aktiviti katanya.

Basically, selama dua jam dok cakap 100% dalam bahasa Jepun, boleh kata aku paham 10% aja. Apo ko buek dalam kelas hah sampai tak paham orang ekspleng? hahah. Bahasa yang dipakai agak advance, yela kan, akunya level masih Tadika Kemas. Overall, Tohoku boleh jadi next destinasi nak kena pergi lepas dengar penerangan yang tak berapa nak paham ( Mungkin sebab tak paham tu yg nak kena pegi supaya paham...ntah pape punya reason la. hahah). Sirius gamba-gamba yang diorg tunjuk buat rasa nak pergi sana. Ayuh kumpul duit~

Bersambung...

Bersama dengan classmate yang dipaksa pergi oleh sensei. Yang tunjuk peace tu, sensei paling disukai ramai. Comel pun comel.

Tengah belajar buat origami. Saja buat-buat tak reti supaya dapat diajar oleh gadis kimono. Gatal~

Ini adalah Ali yang berasal dari Algeria dan join kelas bahasa bersama kami utk satu minggu je sebab dia datang bercuti sebenarnya kat Mesia. Cuba nak buat2 tak reti gak, tapi gagal sebab mamat ni dah expert. hahah

Dah siap. First time okeh~ Yang merah tu suh tulis wish katanya. Biasalah kan, kita kan orang Islam, aku buat suka-suka aja. Takda la nak percaya benda ni. Syirik ngko~

Eh eh~~~ terlepas pulak gamba bersama wanite-wanite dari Sendai.

5 comments:

  1. sensei yg buat peace..yg buat 2 peace ke 1 peace...geram sama yg buat 1 peace ti omeii (berkaca mata)

    ehem22..di kepit gasi2 kimono katanya...x leh tahan ni

    x de ke jejaka jepun..ishh..kalau ada leh ehem2 gak kalau masuk class ni (penyakit gatal dah mari)

    Pororo lagik..frust sambil hentak keyboard tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang baju belang colorful tu.

      Ahem ahem...sila la masuk kelas bahasa juga. Ada ramai exchange student yg belajar bahasa omputih. K-pop ada J-pop ada~

      Delete
  2. Wowwww! Masuk kelas jepun! Kakkoi naaa!

    ReplyDelete