Pages

Wednesday, June 18, 2014

Day 8 - Last day in Japan

April 18, 2014.

Akhirnya, sudah tiba episod yang terakhir pengembaraan ke dunia J-Pop. (Asik k-pop je kan? Pada masa dahulu kala, J-pop penah berada di puncak kejayaan seni tanah air...iya lah tu!)

Semalaman aku lepak dengan Jun, banyak perkara yang kami bincangkan.Yang paling aku tak tahan, gigih pujuk dan ngajak aku utk gi karaoke. Apa barang karaoke, pi cari pompuan ah baru best! Ahemmm~~ sila jaga tingkah laku anda.

Kalau la flight aku bukan waktu pagi, memang aku selamba je gi melalak dengan dia. Si Jun ni berjaya buat hati berbelah bagi. Masalahnya bersungguh-sungguh mamat ni mengajak. Bang, klo kita gi berhibur, kang esok aku terhanyut, terlepas flight, how? Akhirnya, kami melalak aja di umah. Sirius! Boleh plak mamat ni pasang lagu2 oldies macam First Love - Utada Hikaru. Thanks bradah. U made my last night with unforgettable memories.

Ai~~~ sodih plak ni, moleleh air mato nak karang entry kali ni. Almaklum la, pasni takdo sapo dah nak bukak blog ni lagi dah. Jutaan terima kasih den nak ucapkan pado;

Terima kasih kerana sudi buh link kat dlm post or blogroll kalian. Jika tidak, tiada siapa yg sudi klik dan jenguk serta scroll laju-laju kat page blog ni.sob sob sob~ terharu.

Anyway, pasni, aku takde plan utk travel, sebab nak mengejar cita-cita. Tak taulahkan kut kes terbeli tiket kapal terbang ke. So blog ni akan lama menyepi. Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa kalian.

Cuaca pagi yang suram, hujan renyai membasahi bumi Osaka.

Aku dah tersalah laluan masa nak ke stesen keretapi. Akibatnya, terpaksa ubah laluan. Dan tiba di airport pada pukul 8.30pagi. Rancang baik punya nak sampai kul 8 pagi, tapi silap skit je..........terbabas trus.

Train yg aku naiki ni ramai pekerja dan tidak kurang ramainya pelajar.

Stop ni aku tak ingat apa namanya, kat sini tukar train utk ke airport.

Tudia...dah beratur.

Dah sampai.

Eh eh~ Ni beratur kenapakah? Mau beli burger bakar abg burn botingkek-tingkek kah?

Sikit persekitaran yang ada.

Nak berlepas dah ni........sedihnya

Bai bai Jopun...smoga bertomu laie.

Tak sempat nak jalan-jalan. Masa shoot gamba ni, tetiba rasa nak tercirit plak. Adui.

Tiap kali aku nak check-in kompom nebes. Aku takut ada je benda yang sangkut. Akhirnya, tripod aku sangkut masa kat security check. Tak lepas bawak naik cabin. Amagat amatgat! Apo nak buek ni? Aku dah cemas. Mamat jaga tu suh aku bukak kepala tripod dari kaki tripod tu. Memula tu tak boleh, tapi.........syukur Alhamdulillah. berjaya juga. Siap aku tersebut Yokatta~ Mamat tu gelak aja. Bagus la diorg ni, masa nak suh buka tu pun cakap dgn aku elok, baik je. Aku je menggelabah lebih.

Ha ngko~ Shopping apa tuh?

Macam ni je korang letak display? Bagi aku lah yg org kampung ni, Fossil tu kira bangsawan dah. Ni semua gara-gara jam aku punah. Dah bila ada niat skit je, langsung terbeli. Tapi sblum tu, aku msg mmber aku dulu selaku pengguna tegar Fossil. Just nak komfirm harga dgn dia aja. Terbeli la apa lagi.

Masa yang aku ada hanya beberapa minit je, tak sempat nak shooting timelapse kat sini. Agak kelam kabut juga.

Dah dah~ Mamat ni dah buat perangai orang Mesia balik dah. Time ni orang lain elok beratur, ngko sedap potong Q. Tak baik fitnah wei. Gamba ni takde ciri-ciri dia tgh beratur pun. Kut dia tengah makan serunding sambil berdiri ke.

Best dapat area sini sebab dapat melunjur kaki. Tak best pasal meriah dengan geng Pangga Ko Sayo.

Ini lah dia tripod yang malang nasibnya. Sebelum-sebelum ni elok je, dah kenapa nasib ko tak baik kat Jepun. Dah la nyaris nak hilang.

Ni jam lama yang kononnya bagi alasan nak beli baru. Padahal tali tu putus boleh je beli pin dia. Dah gatal sangat kan. Ada nostagia juga jam ni. Aku penah ada satu jam Casio yang boleh dianggap canggih pada waktu tu dimana klo nak call orang, just dekatkan speaker yang ada kat jam tu, dan dia akan tolong dial kan( eh camne tu? tak tercapai akal nak bayangkan). Ok pastu apa jadi? Jam tu agak sensitif, klo kena air skit rosak. Nak jadi cite, jam tu rosak akibat keganasan aku main hujan tak henti. So rosak la beliau. Start dari tu, ayah aku takde nak beli-belikan jam. Sampai la dalam form 1 camtu, aku asik tanya "pukul berapa sekarang ek?" kat kawan aku, lantas dia pun berang dan cakap sesuatu yg buat aku sentap time tu "ko takde jam ke? tak reti nak beli?". Elok beberapa minggu, ayah aku hadiahkan aku jam tangan ni. Sejak tu aku treasure sangat jam ni. Eh eh~~ tercerita hal peribadi plak ni dah kenapa? hahah

Tadaaaa~~ Kira ni jam pertama yang aku beli pakai duit sendiri. Gitue~ Aku memang seorang yang sangat pentingkan masa. Elok juga la kan beli something utk diri sendiri kat Jepun yang beri makna yang mendalam, dimana, jepun ni kan semuanya cepat aja.Erti kata lain, masa itu emas. Nak tau, jam ni awek kedai duty free kat Osaka Aiport tu yang pilih. Sebis baik punya, siap tolong sarungkan pastu ikat dengan rapi. Tak basuh tangan aku malam tu. wahakahakah
End of story.

21 comments:

  1. Terharu plak tetiba nampak ade name aku kat dlm post nih ... hahaha ...
    keep travelling and keep writing yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjumpa dientry akan datang pula.....hehehe

      Delete
  2. Omaiii..baru nak berkenalan...so how?

    Tak travel pun... up je la apa2 entry utk mengejar cita-cita tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti akan terjah blog syieda. hahah. keep in touch di situ

      Delete
  3. Huwwwaaaaaa!!!! Ni statement yang boleh buat JM sedih berganda2 nih...minta sikit tisu kleenex yg di beli kat Mydin MAll pada 30 Mei 2014 tu...ada lagi kan

    Walaupun blog sunyi sepi...Apo Laie Jang sentiasa melekat di hati..kalau ada entri baru wlpun selepas bertahun akan JM terjah..giteww ayattt nko...

    Kejarlah cita2 mu itu..JM doakan agar success dlm apa pun bidang yg akan di ceburi..skema tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sob sob sob...tumpang sedih gak ( sambil menghulurkan kotak tisu kleenex yg di beli di Mydin tempoh hari)

      Timo kasih ye kerana sudi terjah. Nanti akan terjah blog JM jua

      Delete
  4. Ek eh terkedu nampak nama di situ...hehe sorry tak pnah tinggal jejak pun kat sini....baru nak kenal dah stop travel eh...takpe, sambil nyelam minum air kan...sambil kejar cita2, sambil boleh travel juga...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. sama lah. tak pernah jejak kat blog dj juga. Ish...bukan stop...berehat sebentar. hahah

      Delete
  5. Barang aku sangkut gak masa check in dekat KIX.. umbrella bentuk pedang samurai tak lepas.. =D boleh tahu berapa rege jam fossil leather band tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. la abis tu camne? sedekah camtu je payung tu kat kastam?
      rege jam tu pas convert duit mesia dalam RM380. Klo kat butik sini tak tau berapa diorg jual

      Delete
    2. hati kering.. buat pusingan U ke baggage counter.. ✌

      jam fossil tu murah.. aku beli same model but different band, rege dlm 430 kat Mesia nie..
      p/s: tp syukurlah Mesia masih aman.

      Delete
    3. hahah.. memang power.
      betul juga tu, yg penting Mesia masih aman. ekekeke

      ada lubuk jam ori jual murah kat sini, kena google. Aku jumpa pun pasal nak re-check balik rege yg dah terbeli tu.

      Delete
  6. Fossil main jual mcm tu jer... haha... kalau kat Malaysia dah tinggal rak jer :p thanks singgah blog gua bro. Tabik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah selamat dah bro klo display camtu je kat mesia. hahah

      Delete
  7. Jam tu sgt semat ohoi!! nnt pegi lagi roger2 nak order 1 fossil..muehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus la semat. awek jepun yg tolong pilihkan

      Delete
    2. Ape? Awek jepun pilih? I is jelezz u oulsss *eh tiba2 pulak

      Delete
  8. You know what, when I see tourists posting up photos of Japan, it really gives me a new perspective on how people see the country. Maybe dah lama sgt kat sini, so don't feel the urge to take photos of trivial stuff. Anyway, looks like you enjoyed your Japan trip :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ara ara....look who's here visiting my blog.
      It's Geinoujin. hahah

      Yah...i think that's normal. Same goes when travellers who come to Malaysia. errrr....nothing much to do actually, but then when we look into their perspective, it's different.

      I had great time, making new friends with Japanese. And thanks a lot Calvin for the visit.

      Delete
    2. This is actually my third attempt of posting here. Entah why I couldn't do it from my phone. Anyway, I'm not qualified to be a geinojin la lol! ^.-

      Yeah, Mom used to tell me, "You ni gila or what? Ppl jual ikan kat pasar pagi also wanna take photo??" hahaha!

      Japan is indeed a beautiful country. You're welcome :D

      Delete
    3. Ahhh....sorry Calvin. maybe it's because of i put the comment moderation , if I don't do this, i won't know if there's new comment. hahah

      Ok la.....call u Mr. Duta then. =)

      Eh~~~ actually I do understand that because we are blogger after all. All need to be recorded. hahah

      Delete