Pages

Monday, June 9, 2014

Day 7: Part 2 - Osaka

April 17, 2014

Sambungan dari Part 1.

Masa aku request couchsurfing kat Osaka, ada sorang host tu memang aku nak sangat dia accept. Mamat tu bernama Jun, dialah yang akan host aku , dan dialah yang aku harapkan tu. Puncanya sebab aku tengok profile dia, dia orang creative industry. Lebih kepada animation dan video.Jadi aku tak tersalah pilih orang, sure senang masuk punya.

Perjanjian asal aku akan jumpa dia lebih kurang dalam 8 malam macam tu selepas aku selesai urusan. Namun begitu, urusan tu kul 4 dah setel. Aku dah tak tau nak buat apa kat Osaka. Ini gara-gara tahap keletihan aku dah sampai max, ditambah dengan bebanan yang dipikul, dan pakej lengkap dengan tak prepare apa-apa program di Osaka. Nak shooting pun takde mood sgt, dengan keadaan cuaca yang berjerebu.

Aku call Jun nak bagi tau yang plan dah tukar. Skali mamat tu kata kul 6 baru abis keje. Dalam kul 7 tu baru dia kata available. Jeng kreng kepala otak aku kejap, sebab tak tau nak buat apa.

Lantas...........

Seperti di Kyoto, aku memilih untuk bersiar-siar disekitar Osaka, tapi kali ini naik train di JR Osaka Loop Line. Tak pernah aku buat keje gila dengan menaiki train ditempat yang sama selama dua jam. Kira satu pusingan mengambil masa kat 1 jam juga la. Sempat la aku merasa berhimpit-himpit dengan orang Jepun yang sedang pulang dari tempat kerja. Bila nampak seat kosong je, takde kasi chance, langsung terus duduk. hahah
 

Udah sampai di stesen Osaka. Pada mulanya, aku macam tak yakin yang aku ni naik train yang betul atau tidak. Ini berpunca dari signboard yang agak mengelirukan. Time tu guna gerak hati aja.

Penuh juga orang.

Cuba teka gadis ni berbangsa apa? Saja bebuat tanya camne nak gi ke Osakako. Tak bley pakai guide dia. Lagi susah dan mahal ada la. Hyperdia gak terbaik. huhuh

Angle shooting pun dah merapu.

Macam malas aku nak gi sini, tapi terpaksa pergi gak sebab tak tau nak buat apa dah.

Udah sampai. Penuh dengan pelancong juga ye area ni.

Mari kita turun tangga

Time ni aku tengah pikir, mana aku nak solat ye. Ikut hati, selamba je kat tepi2 jalan ni memandangkan takde orang nak lalu lalang sangat.

Inilah dia hasil berkat memikul bag bertan-tan akibat kedekut taknak simpan kat locker. Beli lunch nasi dan tempura segera yang berega 450 yen. Muflis~~~

Yeahhhh...air pebret. dapat keychain character lain plak.

Selamat datang ke gerai kami. Tak tengok pun apa ada kat kedai ni. Kang melingkup lagi duit.

Yeah......dah sampai, moh cari spot shooting

Jalan punya jalan, terjumpa area ni.

Cantik! Line clear. Mari tunaikan kewajipan.

Takde port menarik nak shooting ler.

Time ni agak best skit cuacanya. Tak panas sangat, tak sejuk sangat.

Boleh plak aku dok lepak sini sambil tengok kelasi-kelasi kapal ni bekerja.

Pastu layan timelapse kejap.

Eh, aku musykil ah. Benda ni beroperasi ke tidak?

Time ni tengah letih, banyak kali gak aku berhenti duduk berehat.

Masuk dalam mall ni, tengok apa ada.

Aku sbenarnya teruja nak masuk akuarium, tapi yang hanya menarik perhatian aku hanyalah akuarium Churuami yang terletak di Okinawa. InyaAllah satu hari nanti.

Sini last tempat aku melepak. Siap aku minta sedekah dengan ada pasangan tu duit syiling 100 yen sebab nak pakai public phone. Memula aku nak pinjam hp dia, dah tak bagi, tu yang sedekahnya 100 yen kat aku.

Dua jam ngko naik train pusing satu kota.

Yeay...dah sampai stesen berhampiran umah host aku.

Mula-mula tu aku tunggu sini. Eh...apsal macam pelik je lokasi menunggu ni? Ke aku salah exit?

Lantas aku pun jalan kedepan skit takut tersalah area menunggu ke.

Kedai apa tu?

Skali terjumpa area sini. Aku rasa tunggu sini lagi bagus. Yang si Jun ni pun satu. Aku tanya nak kuar exit mana bukan nak bagi tau. Klo cakap tunggu depan Mekdi tu kan senang. Ada satu cite yang Jun bagi tau kat aku. Dia penah tunggu surfer pertama dia kat sini kat dua jam lebih. Kira dia puji aku bagus sebab aku on time. Mesti la bang. Dah nak menumpang umah orang kena ah buat cara menumpang.

Ni bangunan paling tinggi yang boleh dapat di lihat dari beranda umah dia. Katanya la.

Borak punya borak. Kul 9 baru nak kuar cari makan.

Mamat Jun ni pening. Tak tau nak bawak aku gi makan kat mana. Tetiba aku rasa mcm serba salah plak. Takde bang, sbenarnya jangan pikir complex sangat. Kita permudahkan nya aja. So ang bawak la aku gi makan kat mana2 pun. hahah

Last-last kitorang makan sini. Hajatnya dia nak bawak aku gi makan kat best ramen in town. Dah tak bley nak makan, kensel.

Agak was-was nak makan apa, makan salad jela ya.

Eh eh~ si Jun ni main cak-cak ke dengan aku? hahah

Nyesal amik tempura tu. Dah le liat, tak sedap. Dah tu ada sosej plak. Terkono.

Balik tu singgah boli Okonomiyaki. Terkono laie.

Kalau umah student, bersih dan kemas jekan, ni umah orang yang dah bekerjaya. plak. Kat belah kiri dinding sbelah monitor dia tu, penuh perkataan2 omputih. Memang bagus la effort mamat ni nak belajar bahasa.
End of day 7

10 comments:

  1. Untung lew dpt to free! Ehh free ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana2 ada JM ni... mmg blogger tagar... eh... aku yang dulu bukan yang sekarang :p bukan2... blogger tegar :D

      Delete
    2. Hafiz azmi pun ada kt c ni :-) ehem2 jaga2 ada yg memerhati! Ahaksss

      Delete
  2. Wah lu memang sempoi la bro. Suka baca ayat2 yang di karang dan gambar2 mmg terbaek bro... kasi muka pororo sikek :p gua baru jumpa blog ni, dah follow da pun. Jumpa lagi bro.

    Fellow blogger,
    sifusempoi.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berkelana juga bro. eh....berkenalan. hahah

      lu punya story pun inspiring juga bro.

      Delete
    2. HA! Belum terlambat tuk follow coz blog ni mmg sempoi dan tusn punya blog juga x sombong, im fall in love dh dgn tuan punya blog ni opssss salah, dh jatuh hati dgn blog ni mmg sempoi :-)

      Delete
    3. ahemm...jangan macam-macam. wahakahak

      Delete
    4. hahah... sekali JM confess la :p thanks bro :D

      Delete