Wednesday, June 4, 2014

Day 7: Part 1 - Arashiyama

April 17, 2014

Hari ke-2 di Kyoto, tapi tengah arini nak gerak dah gi Osaka.

Sedikit sambungan cite semalam. Masa kat Gion tu, aku memang byk abiskan masa dengan tengok orang dok tunggu tanpa sebab. Aku tengok blog-blog orang lain, macam banyak je tempat menarik utk dipergi pada waktu malam. Aku takde buat study pasal Kyoto dan aku terus decide nak balik umah dengan niat nak rilek-rilek sambil bermesra dengan host aku. Mesra gitueee~~~

Setibanya aku dirumah host, tengok dia sedang siap-siap untuk makan malam. Masak spagetti katanya. Dia pun takde nak jemput aku, tak kisah sgt la pasal tu, klo dia jemput pun tak berani aku nak makan. Last-last aku makan aja nasi beserta lauk berahim yg dibawa.Stok pun dah nak abis.

Si Takuya ni cakap, kenapa stay satu malam je. Alahai.....lomah jantung abang dik. Abg nak kono toghuihkan perjalanan. So tak boleh dok sini lamo sangat. Next time yo dik~

Actually, aku dapat host last minit kat Osaka. Memang rezki la, klo tak menetap kat aiport aku malam ni. huhuhu

Adalah tidak beretika utk amik gamba umah org tanpa kebenaran. Tapi aku tak kira, nak share juga. huahuahua

Macam cite Jepun tak? Letak kasut terbalik. Dah memang kat Jepun, cite apanya. ahahah.. Even kat Malaysia pun, aku memang dah terbiasa terbalikkan kasut siap-siap. Sampai sini trus aplikasikan aja. hahah

Kecik je umah dia. Depan toilet ada stove. Klo jenis yg tak reti tutup pintu pas guna toilet tu, mmg ghasak kuar bau segala bau.

Host aku belanja dorayaki perisa kacang merah. Apsal cite Doraemon tu nampak cam sedap? Tapi bila makan tak la sedap sangat? hahah. Takuya ada beli satu lagi makanan yg nampak kelihatan lebih enak. Tapi tak boleh makan la yang oi. Mana gamba dia? Tunjuk ah ~ tunjuk ah! Tak boleh! Nanti korang jatuh hati dengan kejambuan beliau. hauhauhau

Semalam tak sempat nak shoot persekitaran Marutamachi.

So arini aku hidangkan skit juadah persekitaran yang ada.

Takde budak main pun kat taman. Lupa, arini ari skolah. Bukan ari minggu

Aku decide last minit utk naik bas ke Arashiyama. So gi cari convenient store utk beli tiket bas daily.

Time ni dah terlepas satu bas. Takpo, ado banyak masa lagi.

Penuh budak skolah. Ada sorang budak skolah foreigner, dah kat hujung-hujung tu tak turun lagi.

Bebudak tu turun kat sini skali. Aku ingat diorang nak gi skolah kat area sini. So aku tak amik port la.

Lantas aku pun meninggalkan tempat tu, dan sedikit kesilapan terjadi.

Dimana aku telah tersilap jalan.

Plan asal aku, memang aku nak shoot bamboo path tu aja. Itu yang gigih kul 7 dah kuar umah.

Aku pun jalan la sampai sini. Hati kata macam terus lagi, tp dlm masa sama rasa mcm ni bukan tempatnya.

Rasa macam nak sewa beskal kat sini.
Dah kono dah~ Mana bahasa omputihnya oit?

Nak tanya orang, takde plak orang kat sini.

Okes, jumpa map dah. Jom patah balik.

Laa...rupanya kat tempat aku berhenti turun bas tadi. Depan aku je. Hampeh.

Aku jadikan Tenryuji sebagai landmark. Tak masuk pun, sebab mmg niat nak pi shooting kat buluh-buluhan aja.

So patah balik, dan kena jalan sikit aja.

Jumpa dah lorong ni.

Yeah~~ Bersorak skit ! Ini mungkin laluannya

Tambah lagi bersorak. Sebab happy takde orang. So aku yakin boleh dapat clean shot kat bamboo path ni

Bersorak sambil menari-nari

Bila jalan depan skit....oh deng~~ Adui, ramai plak ni. Aku pun tunggu la kat sini kat 15 minit, utk dapat clean shot. Gagal

So jalan kedepan skit

Bila kat depan lagi, adui...ini lah dia famous spot tu. Memang aku dah buang masa tadi.

So aku pun tunggu kat sini plak, utk dapat clean shot.

Skali, adui~~~ datang plak segerombolan lawatan sekolah sambil belajar. Masa ni, aku dah nak kedepan dgn gang2 photographer yg dok tunggu skali dgn aku. Tapi sensei dia boleh ajak berborak plak. Dia tanya " Ada masa tak?" Lantas dia suruh aku berborak dengan student dia dalam Omputih. Ibarat macam nak suruh student dia practice English. So berborak la aku dengan salah sorang student tu. Sirius time ni aku rasa macam tgh bagi ceramah pun ada. hahahah

Elok lepas diorang ni, mmg path tu clear kejap dan aku telah miss peluang tersebut. Tidak mengapalah. Pengalaman aku spend dgn bebudak ni lagi priceless. Amboi~~ Pakai jersi Jepun nampak? Mungkin itu antara faktor kenapa sensei tu pilih aku dari ramai-ramai foreigner yang ada. Walaupun kulit golap, janji reti cakap omputih. hahaha

Dah jom teruskan perjalanan. Nak tgk apa ada.

Sini la kut port orang nak naik love train ke apa ntah. Takde plan pun, sebab aku rasa membazir klo gi skrg. Tapi klo datang time autumn, memang berbaloi.

Inilah dia dalang yang memanggil-manggil aku dari semalam. Ni semua gara-gara green tea.Memang aku dah nekad, aku cakap klo aku jumpa pasni, mmg aku kena beli gak. Tak kira! Yang ni murah punya dalam 250yen aja. Tapi klo korang tgk yang 450yen punya, lagi la meleleh weiiiiii~~

Suasanan pagi tadi yang lengang, kini telah dipenuhi rakyat

Tudia....baru kul 11 ni.

Sure autumn menarik kat sini. Dah tengok gamba geng-geng blogger yang dah sampai sini.

Memikul bag ni kehulu -hilir seharian.

Makcik tu saja jekan taknak offer aku air teh. Padahal aku dok berdiri sebelah dia dengan memikul bag tu, tapi dia buat tak tau je. Alaaaa~~ dia tau yg ko takan beli punya klo dia offer ngko. hahaha

Naik bas, aku terlelap akibat keletihan. Tau-tau sedar dan dekat nak sampai dah. Mujur tak terlepas stesen Kyoto ni.

Dah nampak Kyoto Tower ni baru terpikir kenapalah aku tak singgah sini malam tadi. Tak tau plak Kyoto ada tower. hahaha

Bai bai Kyoto~~ sob sob sob~~
Bersambung~

4 comments:

  1. kenapa x naik romantic tren tu..bukan seinsei tu pilih sebb muka ala2 korean ke..tu ha pororo

    ReplyDelete
    Replies
    1. sensei tu peminat pororo. ekeke

      Delete
  2. Lawonye ranting kering susun macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungai buluh kena buat satu camtu la. hahaha

      Delete