Pages

Sunday, June 1, 2014

Day 6 - Kanagawa River, Ginkaku-ji, Kiyomizudera

April 16, 2014

Perjalanan semalaman menaiki bas dari Tokyo ke Kyoto memang buat aku rasa letih. Setibanya aku di stesen Kyoto, kemudian menuju ke Marutamachi untuk ke rumah hos aku di Kyoto.

Tersilap jalan sikit je, mujur sedar di awal perjalanan. Sampai rumah host aku yang bernama Takuya ( kat Nagoya host nama Kimura, klo gabung dua nama ni mantap...Takuya Kimura...hahah). Jambu uolss mamat ni! awwwww~~~~

Ahem! Yang siutnya, mamat ni makan sorang-sorang sereal dia. Takpe, abg gi beli nasi jap, pastu kita makan sama-sama ek? Kesian gak la pasal kena bangun seawal 6 pagi sebab nak tunggu aku sampai. Takde la jauh mana pun dari stesen Kyoto ke umah dia. Tapi gigih beliau nak tunggu aku sampai. Ada sedikit masalah komunikasi antara kami. Tiap kali aku bercerita, dia hanya mampu gelak.

Mamat ni menonton Ted Show. Bila tanya, nak belajar omputih katanya. Amboi bang! Cakap aku pun ko susah nak paham, ini kan Ted Show tu. Aku sendiri pun tak paham. Errrr...mungkin slang omputih aku bunyi Nismilan kot? ( Negeri Sembilan ) hahahahah

Secara jujurnya, aku rasa malas sangat nak kuar umah. Rasa malas untuk teruskan agenda aku. Ini disebabkan keadaan letih yang amat. Namun, apakan daya, datang jauh-jauh takan nak duk umah aja. Ayuh kuatkan semangat!!

RnR yang aku tak habis nak explore. Aku rasa pattern dia sama je. Ke aku je yang mamai pasal prasan tempat ni sama?

Sudah tiba di Kyoto, tanpa melengahkan masa, trus bergegas ke stesen keretapi.

Pun tak abis nak explore tempat ni.

Tak plan nak beli train card or topap akunya card, sebab nanti ingat nak cari daily bas pass tu.

Stesen yang dah ada pengunjung

Tapi tak lah seramai dan sehavoc di Tokyo walaupun di awal pagi.

Lengang di Marutamachi.

Tak sempat nak amik gamba sekitar area umah hos aku. Pas makan dan mandi, trus gerak ke lokasi pertama iaitu Ginkakuji. Ntah macam mana boleh terlajak stesen. Ini semua gara-gara ada budak skolah yang naik dari hentian Ginkakuji tu, kemudian tanya nak ke Kinkakuji. Bunyi sama, tapi lokasinya berbeza. Terkono dah.

Setelah telajak dan hati pun mula risau, aku dapat kan benda paling penting dulu. Dah dapat daily pass ni dengan map, boleh senyum lebar la. huhauhau

Terlajak sampai kat Kitaoji station dimana aku pun tak tau lokasinya.

Nak jadikan cerita, rezeki aku pasal aku ternampak tempat ni. So aku decide untuk jalan kaki dari stesen train tu ke Kanagawa River which antara famous spot untuk cherry blossom view. Memang rezki aku sebab tak terancang pun.

Seee.....heheheh

Ni taman bunga ke apa ntah. Tak sempat nak terjah.

Alhamdulillah. Dapat lihat sakura yang cantik. at leastt~~~ walaupun cuaca tidak mengizinkan.

Close-up skit.

Lagi close-up, susah takde tele. Ini je mampu.

Ramai warga emas yang berkunjung di tempat ni.

Laluan berbumbungkan buluh

Ok la ni kan?

Ke tak ok?

Dah ada ni, memang senyum besar. 100% pengangkutan aku di Kyoto menaiki bas. Kecuali masa sampai pagi tadi la kan. hehehe

Ok jom naik bas ke destinasi yang aku nak tuju. Aku perasan gerai ni which the only gerai yang aku perasan ada di tepi jalan sepanjang aku di Jepun.

Ni tempat aku teragak-agak nak turun ke tak nak. Kira mcm landmark juga la utk ke Ginkakuji

Ayuh~

Wowowooooo~~ Sedih. Philosopher path dah takde sakura lagi dah. Togel abis~

Terhibur aku lihat kanak-kanak ni. Nana penah berkata, kanak-kanak di Jepun ni bebas melakukan apa saja utk explore dunia mereka dan aku saksikan sendiri kebenaran ini.

Termasuk lah ini. Cikgu dia kat belakang tu rilek aja. Takde nak jerit-jerit. Kamal, Joyah, Maimun, Usop, Samsol~~~~ Jangan panjat! Nanti jatuh~!!

Siap tolong angkat tu tanpa disuruh. Ni aku warning siap-siap. Kepada pihak yang suka buat onar tu, jangan nak tuduh budak-budak ni kena dera. Klo nampak gamba ni kat mana-mana blog, memang siap aku troll ngkorang. Oopss.. terEmo pulops~

Ramainya masyarakat kat sini. Aku tak jalan pun kat depan tu. Kena bayar ngko nak masuk temple. Masuk masjid free je. Alhamdulillah. heheh

Hampir togel.

Mari amik gamba map utk tau kat mana kita berada.

Nyesal tak beli souvenir kat sini, sini lagi murah berbanding kat Kiyomizudera.

Duit siling yang sangat bernilai. Ada sesuatu yang memanggil-manggil aku. Nanti aku cerita.

Gagal mendapatkannya, jadi aku dapatkan yang ini.

Gigih aku berjalan disepanjang jalan path ni.

Dah separuh jalan

Kenapa perlu bayar lebih untuk lihat sakura sedangkan belakang rumah pun ada? wah...kelas ayat MLM ngko

Hujung-hujung baru ada sikit sakura

Warna pink pulops.

Siap ada perantin buat photoshoot. Aku shoot ni aja, malas nak sibuk-sibuk

Aku bercakap kat Takuya yang aku nak berjalan kaki dari Ginkakuji ke Kiyomizudera.  Dia macam terkejut. Aku jalan sampai kat Kyoto Municipal Museum je. Pastu naik bas. Tak larat dah.

Teruskan perjalanan

Mungkin ni ke Nanzenji

Keage Incline ada dlm list, tapi tiada rezki disini.

Jalan punya jalan ntah camne sesat ke Zoo.

Dah jumpa Tori gate yang pertama. Kat sini aku naik bas.

Firasat aku, klo jalan kearah ni akan ke Higashiyama. Dan betul sebab bas pun lalu sini. hahah

Berhenti dan cari makanan jap. Habis semua sushi kat sini pasal penuh orang dok kuar masuk 7E.

Rasa lega sebab aku berada dilaluan yang betul. Tengok ramai orang kat sini.

Aha~~~ gambar wajib semua orang. huahauha

Tengok reflection tu ramai orang kan? tu kat dlm bas tu lagi ramai. mana mana? tak nampak pun?

Ramai gila nak gi temple ni? Apa yang best pun aku tak tau. hahah. Akibatnya kena menapak skit.

Aku stalk awek ni kejap. Aku tanya dia "orang korea ke?" Dia terkejut! dia terkejut bukan sebab aku tanya dia dalam bahasa melayu, mesti la bahasa korea. hauahuahu. Dia mmg terkejut pasal dia tanya aku macam mana aku boleh tau? Iyala kan, dalam ramai-ramai orang tu aku boleh tau. Dah aku tgk muka ngko tu akak cam dah abis modified je. Astagfirullah.tak baik tuduh.

Tudiaa~~ nak lalu pun susah.

Ni angle dari arah datang.

Terpaksa buat efek miniature ye. Tak nak blog ni yang susah nanti. Insiden kat Tokyo, walaupun amik gamba kaki pun makcik tu beria-ria nak suh dilit gamba kaki dia. Inikan gamba muka. Benda ni sensitif sebenarnya. Sebab ianya melibatkan consent dia utk bagi kita amik gamba mereka. Sebab tu klo perasan, semua gamba orang, aku banyak amik gamba dari belakang je.

Ini hari Rabu, klo ari weekend, aku tak tau berapa ramai lagi orang.

Aku pikir kejap, nak masuk ke taknak ke temple tu. Klo shooting, adakah gamba aku tu ada orang nak beli? Tambah lagi cuaca camni, buat gamba aku tu kena rijek je.

Last-last lepak sini sambil layan timelapse.

Aku suka laluan kat sini, sebab tak ramai orang. huahuahua

Ada shooting. Jangan diingat yang Geisha tu pompuan, lelaki tau! Diorang ni semua pelakon yang agak familiar gak. Cuma nama je aku tak tau. Shooting sitcom komedi barangkali. Ntah berapa kali reshoot scene yang sama ntah? Siap art director tu dok marah suh org diam dan jgn amik gamba.

Aku dapat rasakan yang kedai kat sini semua harga pancung wallet.

Lagi view

Bestnya dapat photoshoot kat sini.

Shooting belakang awek kimono yolah

Mana muka? nak lihat!

Ninen zaaaa~~ what?

Atap lama lama.

Takde orang membeli belah pun aku lihat. Semua pakat lalu je.

Penuh gang Pangako Sayo. Rasa semak plak pasal macam diorg je yg datang sini sambil cakap kuat-kuat tanpa menghiraukan org lain.

Perjalanan hampir ke penghujung jalan

Geng mat saleh tgk rilek-rilek.

Jom balik, ari nak gelap.

Jalan kaki aja sampai sudah di Gion.

Oh sini ke spot org dok tengok Geisha yg jalan sambil buat muka annoying tuh.

Lorong-lorong yang ada

Ada juga aku tgk ramai photographer yang dok satu spot. Aku pun berfikir sejenak" Diorang ni paparazi kah? atau nak amik gamba Geisha tu kah?" Sebab penah gak terbaca mmg ada geng yg kaki tegar sanggup tunggu semata-mata nak shoot Geisha ni.
End of Day 6

6 comments:

  1. Jatuh hati dengan jari jemari yang runcing itewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahakahakaha.....
      ntah pape~

      hari-hari sblum tidur kul 10 malam sapu losyen okeh. ekekek

      Delete
  2. aduhhh lomah tgk ramainya org dlm bas....
    kalo sewa teksi utk sehari agak2 brp yer utk pegi 4 tpt kat kyoto?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamon~~~ jgn copek na comeh.
      naik bas jela kat Kyoto tu. membazir la naik teksi. 500 yen boleh jalan naik bas ikut suka hati.

      Delete