Monday, May 26, 2014

Guide : Tokyo Trains' System

Berehat sebentar untuk cerita-cerita Jepun.

Sebelum aku travel, aku ada la baca dan juga study sistem pengangkutan di Jepun terutama di Tokyo. Sirius, makin baca, makin muntah dibuatnya disebabkan banyak sangat informasi. Entry kali ni, lebih kepada untuk diri sendiri juga. Mana tau aku minum air banyak semut sehingga membuatkan aku hilang ingatan ke? hahah.

Dalam kepala aku, pengangkutan keretapi di Tokyo ni sama macam kat tempat-tempat lain.Dimana, sebagai contoh, let say aku nak pergi ke Shibuya dari Shinjuku. Jadi aku masuk station, kemudian aku akan pergi ke platform, seterusnya aku akan tengok next station kat board yg ada. Kalau tulisan tu gelap pudar, maknanya train tu tak menuju situ, tapi kalau ada tulisan tu bold contoh Harajuku, maka train tu akan pergi ke next station Harajuku, dan seterusnya tiba di Shibuya. So teori ni tak boleh diguna pakai di Tokyo. Disebabkan aku dah biasa dengan cara ni, so agak janggal juga sehingga aku keliru ( sila nyanyi lagu yg berkaitan....tetiba.) Osaka, Nagoya, Kyoto kira senang aja, usah kuatir

Jadi klo tengok map train Tokyo pun tidak berapa nak membantu. Mujur si Nana bagi aku tips yang aku boleh praktikkan. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu aku lakukan:

1) Check website Hyperdia untuk merancang perjalanan. Sebagai contoh Depart  Shinjuku (JR), Saikyo Line Local, Arrival Shibuya
2) Tiba di train station, sila lihat no platform anda mengikut line. Dalam kes ni, Saikyo Line.
3) Seterusnya, sila pilih train apa yang anda ingin naiki. Dalam kes ni Local train. ( Boleh lihat dipapan kenyataan untuk pilih train apa yg anda nak naik. Kena tgk gak train tu lalu ke tak ke station yang nak dituju. Contoh train Rapid, Special Rapid, Local dan sebagainya)
4) Naik train dengan senang hati.

Mudah bukan? 

ps1: Assuming Pasmo or Suica card, serta JR Pass etc dah tau.
ps2: Klo ada guide yg macam, naik train ni utk kesini serta line apa dan sebagainya, yg tu bukan tak boleh pakai, cuma bagi aku agak pening skit. Better rancang sendiri dari website hyperdia mengikut preference. Nak tambang murah ke? masa cepat ke?
ps3: Aku memula susun perjalanan ni ikut suka hati je. Lepas dah experience, cara terbaik, bagi org yg sangat precise, boleh pilih pada hari korang nak travel tu. Sirius aku memula main hentam aja sebab tak tau.
ps4: Again, entry ni lebih utk diri sendiri. Jika anda first time yg nak ke Tokyo tuh, hopefully boleh membantu sedikit sebanyak.Kita tak tau klo ditakdirkan untuk keliru dan cemas ketika dilokasi. hahah

Inilah dia the only harapan yang aku bawa, takda bawak buku scrap, lonely planet punya buku ke, sehelai ni je. Klo hilang atau musnah, mmg aku menganga la, tambah intenet plak takde, pakej lengkap. Itupun kat hujung-hujung perjalanan kertas ni dah lunyai, mujur aku bawak dua salinan. hehehe

7 comments:

  1. Aku suka hyperdia, tapi yg wat sakit jiwa tu sebab takde internet .. dah la free wifi kat tokyo tu mmg payah nak jumpe ... same la mcm aku, bawak printed itinerary dalam beberape keping kertas A4, letak gegambo landmark dalam henpon pastu bawak subway map ... pastu bile dah blur mula la menggagau mane nak tuju T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. respek siapa yg mula-mula developed web hyperdia tu. Sangat terbaik. Btw kat hujung-hujung baru tau utk dapat intenet free dgn senang lenang, naiklah JR. hahah

      Delete
    2. dalam metro station pun ade free wifi.. tapi henpon samsung aku payah bebeno nak pickup signal.. bengang macik

      Delete
  2. hahahaha jgn wat aku panikk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekau punyo perancangan detail abis. apo ado hal? hahah

      Delete
  3. Hari tu JM guna Tokyo MAP..Alhamdulillah succes cuma pernah naik rapid train rupanya stop certain station je then x stop di station yg kami nk turun..cuak jugak. Hyperdia tu byk membantu tp spt biasa ..x ada WIFI agak susah melainkan cetak tiap2 destinasi nk pegi dan station yg perlu naik dan stop dlm bentuk hard copy. Tapi yg pasti entry ni mmg TERBAEK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? susah klo takde tenet. Kena buat atleast dua alternatif utk setiap perjalanan.

      Delete