Pages

Saturday, May 24, 2014

Day 5 - Last day in Tokyo

April 15, 2014.

こんにちはみんあさん

Saja testing taip bahasa Jepun. Baru enable kan tulisannya. Eley......ko google translate kan? Kut ye pun bagi la salam dulu. Assalamu'alaikum semuanya.

Hari terakhir yang agak sedih di Tokyo, dan agak membosankan. Sedih bukan apa, sedih pasal rasa kejap sangat kat Tokyo. Macam takde aktiviti nak buat selain dari shooting. Nak redah pun takde idea nak pergi mana.

Target harini gi dekat-dekat aja. Dari Shinjuku, pergi ke Harajuku, kemudian terus ke Shibuya, dan berakhir di Shinjuku balik sebab nak kena naik bas ke Kyoto pula.

Tiada apa yang menarik. Cuma nak share satu kisah dimana aku kena sound 3 kali dalam satu hari.Insiden pertama masa kat Tokyo Metropolitan Government Building. Ceritanya apabila aku dah selesai shooting, dan nak kemas-kemas, sekali ada sorang obasan yang bekerja disitu, ternampak gorilapod (amende tu? pi google bagi yg tak tau. hahah) Tapi sib baik ah dah abis shooting, dan dia pun cakap elok-elok dengan nada yang sangat pelahan. Macam cakap dalam kelambu makcik tu dibuatnya. Aku dah expect dah benda ni pasal ada terbaca yg most tempat tak bagi pakai tripod. So takde la terkanang jiwo sangat.

Seterusnya, lokasi di walkaway tunnel kat Shinjuku nak menghala ke subway. Masa ni dah kat hujung-hujung gak shooting. Ntah macam mana ada sorang obasan ni, dia boleh perasan yang aku kononnya tgh shooting dia. Oit makcik, aku shooting kaki orang, kau tau kaki tu apa? Aku dah nak cakap melayu dah dgn makcik tu. Dia punya la beria-ria dan marah aku kenapa shoot gamba dia. Aku tunjuk kat dia sekeping-sekeping gamba. Memang takde pun muka ngko. Kaki ngko pun ko sendiri tak dapat nak cam mana satu. Mana taknya, bukan ngko sorang je lalu situ. Ops...maaf teremotikon kejap.

Dah langsung malas nak shoot, kemas-kemas barang lepak situ kejap. Pastu sedang aku tengah menulis sesuatu, aku didatangi oleh seorang ossan pak guard plak. Adui~~ Macam-macam hal plak ni. Yang ni aku rasa pasal dia dah perasan aku ada kat situ masa petang, dan malam pun ada lagi situ, siap berbag bagai. So dia macam takut aku dok situ utk join homeless. Errr...mungkin itu apa yg dia rasa. Aku pun tak cakap apa. Hormat dia sebab dia just jalankan tugas. 

Rasanya dah berzaman aku tak pakai public phone. Terpaksa pakai kat sini, dan nak kena komfemkan dgn Nana lokasi perjumpaan. Buh 10 yen, baru bagi salam dah......tut....tut...tut~

Nak marah bila tgk gamba ni. Apa macam diorg boleh nak buat maintenance utk semua locker kat Tokyo. Walhal, kat notis tu tulis 18 haribulan baru operasi dijalankan. Kat satu jam aku cuba pakai benda ni, ingatkan aku yg tak reti pakai. Memang sahih tak boleh bila aku tgk rakyat Jepun sendiri pun gagal.

Harajuku ni cam takde benda pun. Aku just lalu kat Takeshita Dori , kemudian chow.

Cuaca dah start panas. Buka jaket.

Spuloh kali pandang, tapi tempting nak beli tu takde sangat.

Eh ada Lotteria. Nak singgah tapi nanti ah. Mamat-mamat tu pasti menginap di capsule hotel. Camne tau? Aku teka je pasal diorang bawak bag ekedemik fantasiaaaaaa..jeng jeng jeng je jenggg~

Famous landmark Harajuku

Terik, tapi tak seterik bolehland.

Nak jalan ke tak, nak jalan ke tak. Hajatnya nak gi cari port mana yg fesyen pelik-pelik tu. Tengok sunyi je. Blah trus.

Seterusnya, muh jalan kaki ke Shibuya.

Sedikit gambaran persekitaran Harajuku

Jalan sini

Sini plak. eh mana satu ni? Ikut aja kata hati.

Aha~~ dah jumpa.

Teringat zaman cakera padat dulu-dulu, mesti nak singgah Tower Records

Sunting sini mungkin menarik.

Oho dah sampai famous intersection.

Aku agak tertarik dengan keadaan shadow kat muka perempuan tu. Slalu kalau matahari betul-betul atas kepala, dia punya shadow cam harsh skit. Ah sudah la kau. Kau tertarik kat pompuan tu sbenarnya kan?

Ada sunting apa kat Hachiko tu? malas layan. Aku dok sini sambil berehat keletihan memikul bag.

Setelah gagal untuk terjah port yang aku nak, kesudahannya shooting disini. Nampak tak something distracting kat gamba ni?

Pas dah berjam-jam aku melepak kat Shibuya tanpa buat apa-apa, aku pergi ke sini pula. Sini lah lokasi pertama aku encounter dgn pakcik guard yg aku cite tu. Eh mana si Nana ni? lama sangat dah tunggu.

Yosh~~ makan dulu.

Makan tanpa was-was. Minyak sayur digunakan utk menggoreng.

Kali ni makan Udon. oh nyam nyong

Dalam perjalanan nak ke Tokyo Metropolitan Gov Building

Inilah bangunannya.

Nampak sikitkan? Sbenarnya ramai gak yang nak naik. Btw kat sini ada security check, aku saja nak tgk apa diorg akan buat dgn bagpack gedabak. Dia pun just check-check cenggitu, pehtu dah tak cakap apa2. Mungkin dah jadi kes baru akan strict.

Ok mari scout tempat mana nak shooting.

Err...takde point of interest yg best. Lighting pun agak flat dengan jerebu yang melanda.

Sepatutnya shooting kat sini. Tapikan, punyalah ramai gila umat dok sibuk nak shoot sini. Oficially, ini lah gamba terakhir aku di Tokyo.

12 comments:

  1. Replies
    1. memang silap tak pilih spot ni utk timelapse. kena repeat balik ni. hahah

      Delete
  2. Assalamualaikum..incik, ada iG x?
    emel ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. kenapa tu ek? IG takde gamba yg menarik, emel nak hantar kad kah? hahah

      Delete
    2. sbb nya nnti sy akan ke nagoya jgk..so nk tnya la apa yg patut..cmno?

      Delete
    3. ok nak tanya apa tu kak wan?

      Delete
    4. kak wan! hahaha kak wan..trus xjd tnya soklan..xpelah..nnti la ye..

      Delete
  3. aku pulak tersenyum bila tgk pic locker tu... memori Shinjuku rush..

    harajuku crepe memang sedap mata memandang.. tapi bila tengok queuing dia esp time peak hour terus cancel nk beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasa; crepe tu, mungkin antara sebab takde rasa nak makan disebabkan oleh dah boleh agak yg benda tu mcm cream-cream...and then manis-manis. eh betul ke? main teka je.

      Delete
  4. Camne lah punggung jepon tak kecik... Ari2 dok panjang tangga tinggi2... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete