Pages

Tuesday, May 13, 2014

Day 4 - Inokashira Park, Odaiba

April 14, 2014.

Masa aku mengarang entry ni, tetiba teringat peristiwa mandi onsen berjemaah. Aduh la.....tak selera la mak nak hadapnya. Sirius wei, time peak iaitu waktu dalam kul 11 dimana ramai yg dah pulang keje, atau yg baru nak kuar or balik berhibur, pasti common area penuh. Kemudian laluan nak ke common area tu, mesti kena lalu bilik air. Klo nak naik lift boleh, tapi jenuh la nak tunggu. Ada satu je. Time tu la dapat saksikan terjojol sana, tergantung sini. Astaghfirullah....ilang selera makan aku seminggu weih. ekekekekek

Dah dah...adui. Itu plak yang diceritanya. Ok. Jika aku diberi peluang untuk tinggal di Tokyo, aku akan pilih Inokashira. Jatuh hati aku kat tempat ni bila memula sampai. Macam dalam J-drama beb. Suasana yang tenang, takde orang dok kelam kabut, huru hara nak kejar train. Ada taman plak tu. Alangkah indahnya harimu.

Rezeki Alhamdulillah cuaca baik pada hari ini, dan hari ni jugalah the only cuaca yang cantik semasa trip aku ke Jepun. Lain-lain................(sila isi tempat kosong).

Target utama aku adalah Odaiba, dah dapat apa aku nak, orang cakap boleh balik dah. Ngko gila datang sini semata-mata nak tgk Gundam tinggi bangunan 5 tingkat tu, pastu trus balik. hahah.

Tunggu nak melintas dgn gaya uols~ Bukan maik catwalk lagi akak ni.

Sarapan pagi ini.

Destinasi pertama adalah Inokashira Park. Tetiba aku sampai sini aku jadi kompius. Sebab aku teringat yg utk ke park ni ada dua stesen. Yang Kichijoji ni entrace lain which kena jalan skit, yg aku nak gi tu entrance kat park trus. Ah~~ sama je. Mana2 pun kena jalan juga.

Tenang je suasana stesen Inokashira ni.

Ini adalah suasana didepan stesen Inokashira. Aku singgah 7E kat sini utk beli nasi. Skali pakcik tu siut kedekut tak bagi panaskan lauk. Tak pasal2 makan lauk sejuk dan keras. Hanya nasi je panas. Syukurlah nak.

Bayangkan waktu autumn or full bloom. Nangesss~

Ada jugak tu berhanami. Pakai kertas sokkaba je ngko?

Tak terasa pun nak jalan kat depan tu. So amik gamba bunga jela.

Alahai...salah hari aku datang. Memang patut aku dtg ari Ahad, dah last minit tuko plan. So tak dapat la footage org main boat.

Eh....zoo ni bukak ari apa sbenarnya?

Kul 11 punya shadow

Mengikut kata hati aku, ni laluannya klo dari Kichijoji Station. rasanya la kan~~

Jalan sampai sini, pastu patah balik jalan tadi.

Sepanjang aku kat sini, aku banyak melihat gelagat ibu dan anak dimana para ibu-ibu ni membiarkan anak mereka bermain serta bergaul dengan bebas. Pergaulan bebas ngko~!

Alahai~~~ nak pindah sini, nak pindah sini.

Siapa setuju klo rakyat mesia mesti dah curi-curi lintas. Teruk ngko kan? Kutuk je keje!

Kebanyakkan yang aku perasan, vending machine tepi-tepi jalan takde bumbung. Yang ni ada plak. Terlintas difikiran dimana tak jahanam plak machine2 ni ye? Panas hujan, panas hujan.

Destinasi seterusnya, Yurikamome. Ini target yang paling penting sekali. Disebabkan ini aku tukar plan semalam ke ari ini. Ayuh kita mulakan!

Rasa cam nak hempuk kepala bila aku tgk sekuen timelapse aku yg ni adalah trus jadi dot mov. Nak repeat main dlm keretapi ni kat 45 minit juga utk semua stesen. Gamba ni aku print screen dari file mov tu. Tak tau camne aku boleh salah setting, tak jadi JPEG. Oh ye, masa lalu kat terowong ni, aku jadi excited. Best.

Dah puas main dan naik keretapi, gi Aomi station plak. Lepak kat satu jam kat sini.

Mana angle aku nak shoot ni. ish~

Sini kah?

Atau sini? Takda orang pun kat sini. Musykil

Seterusnya aku menapak utk lihat Gundam life-size.

Tu diaa~~~ woaaaahhhh~~ ( Senyum sambil ngaga mulut spuloh inci)

Tengok betapa keciknya budak kecik tu.

Takde benda yg menarik pun kat kedai sobenir dia.

Eh apsal gelap sebelah gamba ni? Aku salah brush la tu. Malas la betulkan.

Takda angle menarik yg boleh aku shoot. aiya~

Aik, ini perbarisan apa? Ada retis k-pop kah?

Mari gi sini pula.

Acu teka bangunan apa ni?

Ramai orang selfie kat sini.

Seorang photographer sedang curi-curi amik gamba orang berselfie.

Malas aku nak photoshop muka ngko. Dah memang hitam.

Sejuk uiiiii time ni. So lepak kat tempat yang kena cahaya matahari.

Introducing my new travel companion~

Banyak masa lagi, so aku pun riki port utk shooting rainbow bridge ni. Mengigil-gigil aku dok kat luar time nak tunggu sekuen timelapse aku abis. Satu jam lebih kat sini.

Bila dah setel, aku pergi ke spot satu lagi base on apa yg aku dah survey kat google map. Adui. Tempat tu ada palang plak, tak bley ekses. Last2 patah balik gi spot tadi. Langsung aku dah terlepas lampu tu dari tak menyala ke menyala.

Nak tunggu next show lambat lagi, last2 aku trus blah. Ekcheli, plan asal, utk shooting transition dari day to night, aku plan nak shoot Gundam ni. Tapi aku terpaksa sacrifice kan antara sebabnya cuaca tgh cantik, dan spot utk shooting ni pun tak menarik.

Jalan-jalan sekali terjumpa ni. Langsung shoot.

Ni lah dia apa yg aku nak. Rezeki aku bila aku percaya kata-kata hati dimana masa dah setel shooting semua, aku naik train, dah shoot. Tapi aku dapat rasakan yang shot tak menjadi. Jadi bila dah sampai kat stesen Shimbashi tuh, aku dah kuar siap patah balik masuk utk re-shoot.

Tapi bila shoot ni tok sah cakap la perasaan cuak tu botingkek-tingkek. Cuak bukan apa, cuak pasal waktu dah kul 9, waktu utk aku shoot mengambil masa 45 minit, dan utk patah balik ke shimbashi 45 minit lagi, jadi sempat ke aku catch last train. Aku tak tau last train pukul berapa. Shooting half way, kemudian patah balik. Alhamdulillah walaupun tak berapa puas hati, tapi jadilah~

Balik ke capsule hotel semula. Ni aku shoot pas mandi. Cam biasa ah, kul 3 pagi.

Yang laki tu , tak yah cari majalah yg ngkorang nak cari. Takdo, ni semua Shonen Jump punya komik. hahah

Ada juga dua tiga orang

Tutup pulak kedai ni, baru nak minam-minam.

Nak pakai mesin basuh boleh, nak pakai komputer boleh, tapi kena bayar la. Waktu pagi, sedang aku nak panaskan lauk, aku ada bawak tupperwe. Tak tau plak dah pecah, akibatnya air panas yg aku buh dalam tu tumpah. Yang pekerja sini serta tokei gerai atas tu sikit pun tak marah apatah lagi buat muka keji bila kita buat silap. Aku plak yg rasa serba salah.

End of day 4

2 comments:

  1. Gundam dh ada, mana supermeng
    Im fall in love lah ngan timelape tu

    ReplyDelete