Pages

Saturday, May 10, 2014

Day 3 - Part 2: Akihabara, Asakusa, Sky Tree

April 13, 2014

Sambungan dari cerita lepas. 

Selepas penat berjalan kaki, waktu janji temu adalah pada pukul 1pm. Aku sampai ngam-ngam pukul 1. Tapi ada satu masalah, mana satu exit sebenar pertemuan kami? Kata Nana depan elektronik city? Hmmm....mana ek? Pasal keliling jual alat letrik. Jadi tunggu la aku kat satu spot kat exit JR. No telifon plak takde. Internet connection plak takda. Pusing-pusing, dapat gak tenet percuma dari JR East. 

Tetiba time aku nak send message, aku nampak kelibat orang berlari. Pastu pakai hoodie. Jarang la aku nampak orang Jepun sarung hoodie diorg. Aku pun kejar dan sambil tu yakin tak silap orang. Tadaa~~ Itulah orang yang dicari. Hahahah. Kelakar gila. Time aku tunggu tu, macam-macam la aku pikir, nak tinggal ke? Klo tinggal tempat tu, kang dia tunggu aku plak camne? Klo stay situ, kang lama plak aku dok menunggu. Syukur urusan telah dipermudahkan oleh-Nya.

Dekat Akiba ni, aku just pergi satu tempat je, disebabkan masa tak mengizinkan terus bergegas ke Asakusa. Sampai, terus bergegas ke Masjid area sini. Letih gila aku rasa waktu tuh. Pas dah rehat skit, hati macam berbelah bahagi, nak pergi ke tak Sky Tree tu? Klo aku nak shooting, lighting memang flat. Last-last kami just jalan-jalan kat Asakusa, tapi itu pun kejap je. Sebab tetiba aku rasa nak gi pergi kejar sunset kat Sky Tree walaupun kelibat sunset pun tak jumpa.

Inilah tempat aku tunggu tanpa berganjak. hahah

Sekali sekala, akan jenguk-jenguk kat luar.

Sempat gi Yodobashi aja.

Alahai, murahnya miniature ni. Mujur aku dah bersara kumpul benda-benda ni. hahah

Benda ni cute gila. Ingat nak beli untuk diri sendiri dan hadiah. Certain characters diorg buat untuk stationery. Lama dok pikir-pikir, last-last tak beli. Kedekut!

Benda ni pun best juga. Tapi boleh gaduh woh kalu nak buat dia jika tiada kesabaran.

Ramai betul orang main NDS depan ni. Online game kah?

Tsugi wa, Asakusa desu!

Udah sampei.

Singgah SebenLeben beli nasi. Ternampak kelibat Sky Tree.

Tempat tu cam best je utk cuci mata. Tapi tak singgah pung. Ken Hirai and Namie Amuro spotted.

Eh, ni ke Madrasah yang dicari? Len macam je.

Jalan dan terus jalan. Macam pelik je kawasan sini. Tak ramai orang dan kenderaan pun tak byk melintas.

Sudah sampai. Tingkat muslimin dan muslimat berbeza.

Beginilah rupa dalamannya

Ada satu cerita nak kongsi. Dekat setengah jam aku dok cuba panaskan lauk berahim aku. Sampai siap terbakar dan bau hangit tempat ni. Aku dah cemas time benda tu tetiba cam nak terbakar. Aku pikir klo tempat ni terbakar, aku orang pertama yang secara tak sengaja membakar masjid di Jepun. Syukur tak jadi apa-apa. Last-last, aku mohon Nana yg tolong panaskan lauk. Adakah aku yg tak reti guna microwave tu sebab tulisan Kanji? Atau mmg benda tu rosak? hahah

Officially air febret aku. Rasa light-light aja lemonade dia. Eh, ada free gift la. Boleh bagi kat kengkawan. Jimat duit aku. hahah. Kedekut!

Parking beskal botingkek-tingkek.

Tengah jalan-jalan, spotted Sakura pink.

Keciwa la langit flat. Astaghfirullah. Kejadian-Nya tu.

Ada feel-feel Kyoto la. Eh pernah sampai ke?

Ramai umat berlegar disini.

Just lalu je. Tengok souvenir tak menarik. Iya ke tak menarik? Ke tak nak beli sebab bajet? Kedekut!

Ini aja yang termampu. Jenuh aku tunggu menara tu utk keluarkan lampu ungu. Dapat satu shot aja. Sila lihat di entry sebelum ni.

Suria KLCC versi Jepun katanya. Solamachi desu.

Eh eh....ada Kepchi~ Halal kah? Oh no~

Lower ground

Teringat Singapore. Botingkek-tingkek

Eh apa aku buat kat sini?

Besar juga mall ni.

Collect your dust now and get your point!

Gigih cari kedai ni. Gara-gara aku menonton satu slot pasal Sky Tree channel Youtube Danny Choo.

Banyak replica makanan yang dijual. Nak beli. Tapi rege dia.........Kedekut!

Aii...menarik ni buat wallpaper peti ais. Kalian boleh menonton diorg buat replika tu sendiri kat sini. Gamba mana? Aku tak nak curi-curi amik.

Eh mana semua orang pergi? Baru kul 9 ni.

Misi seterusnya, makan malam. wihuuu~~

All Star Soba. Hontoni oishiiiiiiiiii~~

Inilah kedainya yang terletak di area Asakusa. Lepas ni kami akan berpisah. Si Nana cakap, nak hantar aku kat stesen bas kat Kyoto. So jumpa ari Selasa deh?

Kan.....dah penuh umat. Banner atas tu cite Gokuaku Ganbo. Best! Cerita ada sedikit tentang pengajaran kehidupan.

Lagi umat berjalanan.

Tadaaa~~ Inilah rupa capsule aku. Lampu takda, aircond takde, camne ni bang? Bajet btul hotel ni. Aku pun gi ke bawah tanya apa cite. "Sorry, there's no aircond" Nani??? (what)...tergamam jap. Oh no. camne nak tidur ni. panas weih. Apa ngko. Mengigil-gigil aku waktu pagi walaupun takde aircond. Sejuk.

View capsule yang lain.

Ok gak la tempat ni. Ada sudut dan tempat utk korang solat kat belakang-belakang tu.

Wahhh~~ mcm Kembara Kembore. Bestnya camping. hehehe

Punyalah aku gigih mandi pukul tiga pagi sebab taknak mandi bogel secara beregu atau berkumpulan. Walaupun air panas, tetap mengigil2. hahah

Jangan diingat meja solek utk perempuan. Terkejut aku tgk bila tmpt ni tak pernah putus org laki dok pakai. Tempek-tempek bedak sejuk seblum tido katanya.

Tempat paling tak best. Bila check-in pun ramai orang, bila check-out lagi lah ramai orang. Tempat sempit, kat sini la ngko nak punggah barang. Kat sini la ngko nak tukau baju.

6 comments:

  1. Mandi bogel ?..part ni yg paling best...kat msia mana der..gigih kul 3 pagi bangun mandi..alahh..pakai je boxer tu hikss ..ke tak bawak..

    ReplyDelete
  2. Kitorang naik Sky Tree haritu. Then masa turun, mall dah nak tutup. Ada few pintu dah kunci. Tawaf cari exit, cari subway entrance. Sampai sesat kat parking kereta Tapi best sebab banyak benda nampak. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya naik Sky Tree. sampai kul bape la tu lepak sampai tutup mall? heheh

      Delete
  3. mandi dok mencangkung atas stool? kalo aku kompom tak mandi dah hari tu

    ReplyDelete