Pages

Sunday, May 4, 2014

Day 3 - Part 1 : Ueno Park, Tokyo

April 13, 2014

Tidur dalam bas, tak selesa betul. Tapi nasib aku baik skit sebab sebelah aku kosong. Aku je rasa cam segan-segan nak lunjur kaki. Takut kang org Jepun sebelah aku mengata " Eh eh...tgk tu, tu mesti org Mesia!" hahha

Aku jadi rasa sangat tak best sblum nak sampai Tokyo. Sehari sebelum nak travel, baru lah aku sibuk nak baca review capsul hotel yg aku dah booked tu. Menyesal tak sudah uolss~ Banyak yang bagi macam bad review tentang check-in, check-out everyday. Adui, dah satu keje nak usung-usung barang. Paling tak bestnya, nak kena mandi bogel secara berjemaah. Omo! Camno ni jang? Ah....cemas~~ ah~~ cemas~~~

Takpa takpa, bawa bersabar. Tentang mandi tu kita boleh ikhtiarkan, barang tu pun tak boleh nak buat apa-apa sebab mostly bg komen yg sama. Meaning, tiada toleransi pihak capsul hotel ni walaupun korang tidur situ spoloh hari straight pun. Ok, kita cuba request couchsurfing di saat-saat kecemasan. Mana tau ada yg berminat. &^%&#% betul! Semua aku request rejected dgn alasan sama. Ah~ mentang-mentang aku jantan, korang buat aku begini. Astagfirullah. Bawa bersabar, tak baik berfikiran negatif. hahah

Hou yea~~ sudah sampai Tokyo. Yabedabeduuu~~ Aku tak taulakan berapa kali bas ni berhenti. 4 kali ada kut. Bagus la camtu, tak cam Korea. Ko nak koncing, tahan la jang. Bonti skali yo.

Suasana tunnel di Shinjuku pada pukul 5 pagi.

Masih sunyi lagi

Tempat loading bay yang aku lepak agak lama gak pada hari terakhir di Tokyo.

Haa~ nampak umat skit-skit dah.

Apa barang beli tiket. Oww berlagak ye. hahah. Takda la. Aku tgh nak engrave buh nama kat Suica aku. huhuhu

Ni klo aku sorang, mau sesat tak jumpa mana nak tuju. Syukurlah si Nana ada sedia untuk membantu.

Kalau jalan kosong camni, tu pun aku tak bley nak cari arah, inikan tgh ramai-ramai orang.

Dah jumpa exit ke capsule hotel.

Shinjuku station.

Botingkek-tingkek

Siapa cakap Jopun bersih? Tu ha pa dia? Bukan aku nak tunjuk buruk negara orang. Apa yang aku nak cite kat sini, walaupun ada sampah tepi jalan, tapi sampah tu selompok kat satu tempat. Nagoya juga tetap di hati. Borsih dari rasuah. Eh..kesitu pula.

Tak susah nak cari mana lokasi capsul hotel tu. Oh ya. Namanya Shinjuku Kuyakushomae yang terletak di kawasan Kabukicho iaitu sebuah kawsan Red Light District. What? eh what lagi? Perlu suka ke, atau takut. hmmm.

Sirius seram uols lalu sini memalam. Orang jepun takda approach aku. Yang approach Pak Ringa Ringa Ling ( Pak Niga la~) Pepagi lagi aku dah saksikan satu insiden. Adalah dua orang awek jepun ni. Sorang tu mmg total hanyut kelaut mabuk dah. Sorang lagi ok skit. So datang la sorang Pak Niga ni, siap tarik-tarik minah tu dengan niat nak bantu katanya. Yang kawan dia sorg sihat walafiat tu mcm clueless nak tolong kawan dia yg mabuk or blah camtu. Mujur minah mabuk tu mcm buat tak tau je. Dan dia cam boleh sedar skit dan tak ikut la cakap org tu.

Sebab dah expect the unexpected, so aku trus buh bag siap-siap kat bawah hotel.

Ada taman, tapi tak lalu pun, bukan taman pun ni. Saja je amik gamba nak kasi korang tgk.

Breakfast pagi. Semalam punya. Sodap~ Aku dok sorang kat sini sambil tgh tunggu Nana pi tgk ada tak cafe yg dah buka.

Ada~~~ Jom baca sok kabar sambil minam pagi. Macam la paham?

Air boleh refill sampai kalian tercirit.

Pilih la mana nak pilih. Disebabkan aku menahan dari minum yg bersusu agar tidak susah dikemudian hari, aku just amik yg black coffee je.

Jadi orang sakit mental dgn mengambil gamba makan (Saja menyindir). Btw, aku dpt bayangkan rasa makanan ni masa aku pilih utk diupload. Itu la rasionalnya kenapa amik gamba makan. Hanya diri sendiri yg menikmati je dapat tau rasanya. Korang just tgk dan scroll gamba bawah. hehehe

Disebabkan dah 3 hari tak membuang, jadi aku mengambil keputusan utk minum kesemua ni. Haa ngko~ Lagi susah nak buang ada la. hahah. Sblum tu, aku terlelap kat 15 minit juga la. Tetiba aku jadi orang jepun, pasal ada juga dua tiga orang yg tido sambil tunggu makanan. Si Nana gigih untuk searchkan laluan yg murah dan senang utk kesemua lokasi yg nak aku pergi. Maaf la kak, masa plan tu, takde tgk mana murah mana mahal. Just pilih mana yg cepat aja. Hehehe
Bermulalah perjalanan di Tokyo. Last minit tukar plan. Sebab aku baru teringat yang bahan utama utk shooting pada hari ni tertinggal kat dalm bag. Aku malas la bukak loker tu. Kang hanyut lagi 200 yen. Terpaksa la tukar plan, dan pergi ke Ueno, Akihabara, Asakusa, dan Sky Tree. Si Nana bila dgr Akiba, nak join. Cantik tu ada teman.

Wah idol....eh jap. mana satu idol ko tu? hahah

Tadaa~~ dah start ramai orang.

Suasana pagi Ahad dalam train Tokyo.

Sudah sampai Ueno station. Kami akan berpisah buat sementara disini, dan akan jumpa balik di Akiba.

Ramai gila umat kat sini, klo time full bloom, tak tau la berapa ramai lagi orang.

Let see...mana nak start dulu ni?

Nampak Sky Tree cenonet je tu.

Hmmm...tu nak gi kemana ek? Aku tak tau.

Ada sikit cebisan Sakura. Boleh plak ada orang jepun tanya aku kat mana nak pegi tempat sekian-sekian. Maaf acik, den baru sampai.

Just amik je gamba. Tak masuk pun pasal bukan aku nak sembahyang kat sini. hahah

Ntah mana-mana laluan ntah. aku main jalan aja.

Eh, ada satu sejemput daun pink.

Jadi mat bunga

Close-up bunga sakura.

Pelbagai juadah hidangan yg kami sediakan. Lalu tak lau je nak makan. ekekek

Untuk gamba ni, aku baru try filter yg aku beli dari ebay. Hasilnya amat menduka citakan. Tengok la colornya. Apahal ntah jadi ungu ke magenta an.

Eh ada show apa tu? mai tgk skit.

Pakcik ni lejen la. Buat hasil nukilan seni pakai span dan air je. Dia buat corak2 bentuk character ada, pokok ada, mcm2.

Aku cam takut-takut je nak amik gamba train ni. Ntah boleh ke tidak. Mamat jaga gate dok pandang je.

Wow. ikan paus ditengah-tengah taman. Ni port terakhir aku lepak di Ueno. Sambil memperhatikan gelagat orang-orang jepun dan para pelancong.

Kalau lens aku boleh zoom jauh skit, pasti best.

Misi seterusnya nak pergi ke Akiba. Waktu jumpa adalah pada kul 1pm. Tak tau la kenapa aku rasa nak jalan ke sana. Masa ni aku rasa dgn ikut laluan ni trus jumpa Akiba. Haa ngko~ Menyesal.

Gerak hati mengatakan ikut laluan train tu. Ayuh~

Time dok buat2 research, tak pernah plak aku dgr nama tempat ni. Ah belasah ahhh~

Nyesal tak jalan dan tgk apa barang-barang yg ada kat sini.

Tambah nyesal pasal tak masuk kedai ni.

Wow...ramainya orang.

Sedapnya Kebab. Tengok jela mampu. Gigih ikat perut. Sbenarnya dalam hati cakap "eley....stakat nak makan kebab, kat Kohlumpo pun ada"

Main redah je ni, tak tau mana laluan ni akan bawa aku.

Sblum datang aku dah beli jersey Jepun ori. Haaa ngko ORI~ Slalu made in padang besar je.

Mujur kasut pun aku dah beli, klo tak mmg singgah. Satu yang aku rasa cam tak best, kebanyakan kedai2 ni jual barang ori. Tapi mind set cakap, jgn beli jgn beli. Sebab kita mcm dah di trained supaya beli di butik. Walhal kat jepun mana nak cari counterfeit products.

Teruskan perjalanan ikut laluan train.

Ada lorong ni, perlukah aku ikut? Ok takpa, kito toghuihh yo laie.

Ego aku cakap, "jgn tanya diorng, jgn tanya diorg." Aku just nak confirm kan aja, betul ke laluan aku ni?

Dah jumpa ni. Syukur Alhamdulillah. Letih oii~~ Nampak mcm dekat, tapi jauh juga dari Ueno nak ke Akiba.
Bersambung...........

2 comments:

  1. Jauh berjln luas pandangan x giteww jang :-)
    Boleh tgk jari pun jadilah heee

    ReplyDelete