Pages

Thursday, May 1, 2014

Day 2 - Part 2: Last day in Nagoya

April 12, 2014.

Sambungan dari entry sebelum ni.

Lepas melawat Gifu, kami bergegas ke lokasi yang nak singgah sementara masa otw pulang ke Nagoya. Tak silap nama stesen tu adalah Kiyosu. Aku main agak2 pasal masa lalu tu tak tau apa nama stesennya. Aku just hafal satu nama stesen lepas dari stesen Kiyosu tu. Kemudian check kat map. Bila sampai tu macam teragak-agak juga, adakah ini tempat yg nak dituju?

Kami setkan paling lama satu jam. Kul 5 nak kena bergegas pulang ke rumah host. Dah setel trus beransur pulang. Peruntukan masa kami, lebih kurang kul 8.30 dah nak kena gerak pergi ke stesen Sasashima Live untuk naik bas ke Tokyo. Sempat la aku transfer gamba, mandi, makan, dan solat.

Memang aku bajet sampai awal dua jam kat area situ pun takpa, sebabnya in case jadi apa-apa, kami ada masa lagi. Akibatnya, kami telah berjaya menyesatkan diri. Punca, tak jumpa mana stesen bas tu. Rupanya takde stesen pun oi......tempat mcm tunggu bas pun takde. Just ada satu signboard, aku yakin mesti yang kalau tak tau, akan terlepas pandang.

End of day 2.

Aku amik gamba map ni, tapi apsal aku tak tgk dengan teliti? Hati aku rasa jalan dia trus ke kanan pas kuar dari stesen Kiyosu.

Tapi apa jadi? Tak dapat nak fikir, trus aku jalan kaki ikut arah ni.

Secara spontan je lalu tempat-tempat ni yang tak tau mana hujung pangkalnya.

Tapi aku tetap teruskan perjalanan, sebab aku tak rasa yang akan sesat. Best juga sebab dapat tengak patern umah kesukaan aku.

Ada juga yang tak perfectnya. Yang ni ada feel-feel Malaysia tak?

Haa. yang ni pun ada sikit-sikit feel Malaysia.

Bestnya klo dapat dok umah camni.

Kawasan ni macam kawasan pertanian. Time lalu tuh, ada dua tiga orang pakcik tgh robohkan green house mereka.

Sedap je budak tu suh anjing dia tarik dia. ahahah

Yeza...ada feel macam disebalik kawasan ni ada sungai. Kena cari sungai sebab kawasan yang nak dituju tu tepi sungai.

Si Nana tanya aku, kat mana nak cari lalang-lalang ek? Tanya aku, mana aku tau kat mana nak cari lalang kat Jepun ni. Secara tak sengaja, terjumpa kawasan ni. hahah

Ok...itu dia cebisan-cebisan lokasi yang nak dituju. Firasat aku tepat.

Dapat tengok suasana kawasan pedalaman, memang best. Tgk diorg training baseball. Lagi best pasal semuanya gadis2. hahah

Bertambah tepat lagi firasat aku bila nampak castle tu.

Tadaa~~ Dah sampai. Rasa sedih sebab terlambat jumpa sakura.

Dalam pada tu, ada juga yang berhanami. Group diorg ni je ada. Barangkali ramai yg dah balik sebelum ni.

Aku baru nak beli Takoyaki, skali kedai tu dah nak tutup.

Dapat beli kuih baulu pun jadi lah. 300 yen uolsss. Keciwa skit pasal kuih ni dah sejuk dan dah lemau.

Masa lalu tgh hari, ada orang tengah photoshoot wedding siap berpakaian tradisional lagi. Itu antara penyebab kenapa nak singgah sini. Bila sampai, dah takdo ler. hmmm~

Acu bayangkan bila full bloom.

Suka betul aku scene macam ni.

Disebabkan aku takde pun buh istana dalam itineri aku, dapat tgk ni pun jadi la. Buat apa gi bebanyak istana kan? Klo sumer patern sama je. Misi aku kan nak amik gamba. Sejarah2 tu sumer tak minat. huhuhu

Apa dia tulis tu? Let see.... No 1. Istana Menanti no 2. Tugu pahlawan. No 3. Tembikar bla bla bla. cakap sengsorang.

Dah jom balik.

Yeay...ada juga sakura area sini.

Aku nak amik gamba dengan bebudak ni. Skali ada salah sorng budak tu cam tak bagi, diorg cam nak cepat. Padahal budak tu tadi la yang bila aku amik gamba curi-curi dia tunjuk sign Peace.

Terlepas train, kena tunggu skit lagi.

Mujurlah aku tak merasa pengalaman jadi sadin manusia dalam keretapi.

Kelakar sungguh bila aku mengenang balik. Time nak topap, aku masukkan kad terbalik, pastu masukkan duit tanpa sedari yg kad aku terbalik. Dah mula cemas bila duit ada display kat screen, tapi value kad sama. Panggil la bantuan. Ingatkan orang bantuan tu akan datang kat mesin ni, skali dia buka ada satu tempat kat celah-celah mesin tu mcm ada tingkap rahsia.

Misi beli nasi dan makan bersama host.

Agak-agak la kan, klo kat mesia buh kad2 ni secara terang-terangan, berapa lama kad tu boleh bertahan supaya banyak camni?

Si Shinchan ni bila nak besar daa? Kat Jepun masih ditayangnya kartun ni tapi versi ceria skit. Yang mesia punya versi lama kut?

Dalam perjalanan nak ke Sasahima Raibu. Bila tiada map train, susah nak mencari hala tuju.

Dah sampai Sasashima Raibu. Lengang je stesen ni.

Sebelum pergi, aku ada google map dulu. Dari stesen train nak ke bas stop tu macam jauh. Tak dapat tgk apa ada kat kawasan sekitar dlm map. Bila sampai, patut ler, kawasan tgh construction.

Ini tempatnya, aku yakin sebab dah tengok kat google. So kami pun seberang menuju ke bangunan tersebut. Tercari-cari tak jumpa sehingga menyebabkan kami jalan ke depan. So kalau korang naik Willer Bus, INGAT, tempat dia adalah bertentangan dengan bangunan tersebut. Kalau dari gamba ni, iaitu belah kiri , just follow je laluan pejalan kaki. Akan nampak satu signboard kecil tepi jalan.

Sampai kesini kami berjalan. Ingatkan dah betul pasal nampak kelibat bas keluar masuk.

Ah takpa la.....pi kedai labu labi dulu ah.

Pelik sungguh, selamba je diorg2 ni bawak sound system dan joget-joget di tempat awam tanpa rasa serba salah. Masalahnya depan tu shopping complex. Si Nana cakap, diorang ni kena ada lesen. Tak bley joget sebarangan. Owwwww~

Best minah ni nyanyi. Kalau ada masa memang aku nak dok bercangkung kat sini sambil menonton beliau membuat persembahan.

Kononnya jalan la sampai sini, pastu ternampak kelibat org melayu bertanya arah. Niat nak ajak join cari skali. Kami pun sesat bang. hahah

Sesat sampai sini. Tanya pakcik jaga bas, bukan sini daa. Takpa lah. At least tau kat mana nak beli tiket bas kat Nagoya selain dari beli kat Willer.

Dah kena patah balik..

Tu simpang yang aku cakap tadi, pas dari stesen keretapi, melepasi shopping mall tu, kemudian lalu bawah laluan keretapi, trus belok kiri.

Haishhh... Nak marah betul aku dgn Willer ni. Kat Shinjuku punya guide bukan main proper korang tunjuk camne nak gi ke stesen bas. Tapi kat Nagoya, korang bagi map je. Hampeh. Tu signboard yg aku cakapkan. Senang cite kalau korang nampak pakcik sumimasen pegang chota berlampu warna merah, situ la tempatnya.

Bai bai Nagoya. sob sob~

Sempat perabiskan duit dalam card train. Beli ni, dan pelbagai lagi barangan menarik. huhuhu

3 comments:

  1. Apo laie jang, alhamdulillah nasib baik SESAT
    Tak pelelaki macho wlau sesat still cool je

    ReplyDelete
  2. Oh naik Willer juga rupanya.. Terkena jugak macam nie masa dekat Kyoto.. Sesat barat nk cri bus point.. Brape fare one way dr Nagoya ke Tokyo..

    ReplyDelete