Pages

Sunday, April 20, 2014

Preview : Bila Jepun Aku Datang

Syukur Alhamdulillah kerna aku telah selamat sampai dari travel ke Jepun. Kalau nak ikutkan, sejurus pulang dari travel Korea tempoh hari, aku dah nekad yang aku setkan utk travel ke Jepun pada tahun 2015. Namun begitu, elok je dua minggu lepas tu, AA bergurau kasar dengan menawarkan promo ke Nagoya dengan harga serendah RM199 sehala. Tanpa melengahkan masa, aku pun terbeli tiket pergi. Tiket baliknya tak beli lagi. Seminggu pas tu mula la gelisah disebabkan rege tiket pulang dari Nagoya sudah melambung tinggi. Nak dijadikan cite lagi, AA buat lagi satu gurauan dengan promonya. Tengok tiket balik dari Osaka murah, terus masukkan kata laluan dan membuat tempahan.
Ok, itu dah lega.

Yang tambah hampehnya diri aku ni, bila dah beli baru nak pikir. Date yang aku pilih tu adalah lewat dari Sakura View. Nak berhanami bawah pokok katanya. Mula la maki AA pasal tarikh yang best2 semua mahal. Bersyukurlah nak, ada orang nak beli tiket bas balik Kokdiang pun pikir banyak kali sebab duit takde. Astaghfirullah. hehehe

Aku masih bersyukur dalam kelewatan untuk menonton Sakura, masih diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu dan melihat Sakura sewaktu di Gifu. Masa tiba di Tokyo, memang tiada rezki. Aku dah expect semua ni, so tak de la terasa keciwa sangat.

Dua minggu sebelum travel baru la nak kelam kabut susun itinerary dan mencari tempat tinggal. Hotel memang gagal untuk dibuat tempahan kerana peak season kan. Jadi, aku mencuba nasib dengan couchsurfing. Alhamdulillah, ada yang sudi untuk host aku. Hanya di Tokyo je gagal. Diorg semua jual mahal. Akibatnya, tidur di capsule hotel lah aku. Itu usah kuatir, akan diceritakan kemudian. 

Seminggu sebelum bertolak, baru la nak rancang perjalanan semua dan buat kira-kira untuk transportation. Yang bestnya, hanya Tokyo aja well plan, yang lain semua pakat redah. Takde mood la. Tengah krisis kehidupan ni. In fact, time nak buat post ni pun takde mood.

Overall, tak tau camne nak cakap tentang perasaan aku untuk travel kali ni. Adakah aku gembira, adakah aku rasa tak puas hati, adakah aku rasa keciwa? Macam-macam persoalan yang timbul, yang pasti satu lagi pengalaman baru, dan rakan-rakan baru. Syukur Alhamdulillah.

ps: Aku skip dulu ah post pasal trip Phuket. Malas. hahah

Sebahagian hadiah yang diberi oleh rakan baru. Ini kira souvenir yang akan dikongsi dengan rakan-rakan lain la ye. Jimat duit aku. miahahahha

KitKat perisa green tea pulak dah. Terbaikkkkk~~
Hampeh btul airport ni. Aku dah sampai umah baru perasan ada kupon diskaun. Masa bayar tu bukan mamat tu nak habaq kat aku. Kut klo kat area Yohan tu, boleh gak la aku lari jap ke sana untuk pakai kupon ni. 500 yen banyak tuuuuhhh~~


1 comment:

  1. Kat tokyo x jumpa kit kat green tea ni ke jm yg x cari
    Byk tu rm15 hengit jgk klau 500yen. Hari tu kami dpt meal coupun from mas 1000yen dek kerana flight delay ape lg belasah udon mee plus tempura nikmat betul

    Jgn malas nk update jm nk baca semua entri best

    ReplyDelete