Pages

Thursday, March 13, 2014

Phuket - Day 1

March 7, 2014

Sebenarnyakan, aku hampir lupa yg aku akan ke Phuket. Ini adalah aktiviti travel berkumpulan yg ke-2 aku sertai. So tiket beli tahun lepas, itu pun aku tumpang Maa and Mie. Segala urusan aku serahkan pada diorg. Aku ikut je apa rancangan diorg.

Itu satu, seterusnya........klo ikutkan, aku buat blog ni khas utk berkongsi cerita dgn sanak saudara serta rakan tauladan. Memandangkan aku tgk traffic ada juga rakyat tempatan yg mengunjung ke blog ni (barangkali sebab entry Korea), makanya aku sarankan kalian skip jela. Phuket je kut.... aku pasti byk lagi cite Phuket yg lebih menarik dari entry kali ni. huhuhu

Akhir sekali, sepanjang trip kali ni aku tak amik banyak gamba. Kenapakah begitu? Ini terjadi kerana pengangkutan utama adalah menaiki motosikal, jadi takan aku nak snap gamba sambil memandu? Post perihal Phuket ni lebih kepada entry crite-crite. Bersiap sedia jika kalian bersetuju utk membacanya.

Lama gak tak travel dimana flight pepagi. Last dulu tahun 2009 ke Mabul. Takde apa cite yg menarik, cuma aku ni kan, asik dapat org yg dok sbelah aku tu pompuan. Suka lah tue? Yaaa...suka sgt kan? Kali ni minah Canada. Rimas aku dibuatnya, kejap dia kekanan, kiri, depan, bawah, atas. Ada tu siap satu insiden berlaku...haishh cemas dan berdebar-debar aku dibuatnya..toksah cite la. Abg suh bersanda kat bahu abg tak nak kan? Astagfirullah al azimmmmm~~

Maa and Mie order makan, utk aku tak sempat order. Tak bley tahan dan terliur tgk diorg makan, nasi lemak Pak Naser punya pasal, trus order. Belum nyempat aku nak suap satu sudu..tiba-tiba "Tuang Puang yang dihormati, sebentar lagi kita akan mendarat" Hai~~ pantas btul. Kelam kelibut ler nak menghabiskan nasi lomak yg lengkap dengan timun, telur dan sebagainya.

Sejurus tiba di Airport, kami dikerumuni oleh pakcik teksi. Memandangkan aku tak tau apa pasal rege kat sini, jadi aku ikut je apa decision diorg. Ada sorg pakcik tu berjaya mengapproach kami, dan sesi tawar menawar bermula. Memula tu dia letak 1,200 baht. Elok plak ada dua org rakyat mesia lalu, dan pandang kearah aku. Tanpa melengahkan masa, aku trus tanya nak join ke tak? Lokasi mamat tu lain, jauh bak kata pakcik teksi dan beliau letak 1,300 baht. Malas nak pening kepala hire aja. Siap hire utk balik nanti. Rupanyakan, terkono kami. Jauh apanya dari hotel mamat berdua tu, dgn hotel kami. Kono dah~~~

Lama gak la nak tunggu bilik siap, dah siap apa sumer, selesaikan semua kewajipan, dan misi seterusnya adalah menyewa moto. Disebabkan aku berkira-kira sangat, aku pilih moto yg paling murah sewaannya dengan bayaran 200 baht sehari. Yg lenlain sumer amik moto Honda Click dgn beza 50 baht je. Padan muka aku sebab minyak cepat benar habis. Tangki kecik, ari kedua aku nak kena isi dah. Bebudak ni sumer hari ke-4 rilek aja tak isi-isi minyak sejak hari pertama.

Antara pesanan ayah aku yang aku akan ingat sampai bila-bila adalah bila pergi tempat baru, sesuaikan diri dgn keadaan environmentnya terutama dijalan raya. Tambah plak klo memandu. Aku pun apa lagi, skema la bawak moto tu. Klo org berlari sbelah aku, lagi laju diorg2 tuh. Punya la slow. Asik kena cicir je. Tapi......bila dah mahir, jalan pun dah hafal, aku plak cicirkan diorg. Miahahah. Seriusli aku rasa bawa moto kat Phuket lebih selamat dari bawa kat Malaysia. Opkos memula tu takut-takut. Bila lama-lama tu, aku perasan yg rakyat diorg ni ada toleransi bila menggunakan jalan raya. Tak kira la jalan tu busy body camne pun, tetap akan rasa selamat skit.At least better dari mesia. Yang bawak mcm cilaka termasuklah kami adalah para warga asing je. Ini andaian aku je, bukannya fakta. Lain org lain pemerhatiannya kan?

Aktiviti petang kami banyak atas moto. Seronok gak la.

Barang-barang yg dibawa. Mask tu aku saje bawak. Kut nak dive ke walaupun duit takde.

Gamba pertama sejurus tiba.

Feel jalan dia macam kat belah-belah utara Malaysia.

Berhenti sini nak beli tilam kah? Oh tidak, pandai pakcik ni bawak kitorg gi opis dia. Biasalah marketing, nak suh amik pakej ni pakej tu.

Sedap tidur walaupun tak berapa puas, tau-tau dah sampai kat depan hotel mamat strangers.

Ini view depan guesthouse kami.

Ruangan berlegar guesthouse.

Itu dia penghuni yg sampai awal sehari. Baru balik dari breakfast

Apa da datang jauh-jauh nak main game. hahha

Amik gamba kucing, bosan dah ni menunggu bilik siap.

Bosan, gi 7E plak. Teruja dgn harga yg murah kat sini. Pehtu terjumpa ni. hohohoh

Langsung beli green tea. Sini memang port febret aku lepak sambil melihat minah saleh lalu lintas.

Dengan-dengan aku skali terjebak main game.

Waktu shoot gamba ni sudah jam 12tgh hari. Bilik masih tak siap.

Wow. camne diorg buat gajah kentuala tuh?

Bilik kami, apahal ntah sampai 4 katil, padahal nak dok 3 org je. Tgk sini cam bestnya view dia, bila kuar kat beranda tu, Hampeh! view bumbung je. Ingat kelaut. Keciwa den.

Lagi view bilik

Proses rundingan motosikal. Aku saje tak censored no phone tu, kut ada yg berminat nak menyewa ke.

Adakah ini moto yg dicari?

Bagaimana dengan ini? Tengok jela aku mampu, klo aku gatal gak nak naik, trus tak kuar guesthouse sebab duit takde. 2,500 baht utk satu hari.

Jajang~~~ Comel tak moto iols? huahuhauh
Disebabkan aku sorang, jadi aku berupaya utk membawa salah sorang minah omputeh ini. hihihihih

Meal pertama di Phuket. Aku bukan bley tgk portion sikit camni. Tak cukup bai~

Isi minyak dulu. Terkejut aku minyak super mahal. isi 130 baht @ RM 13. Bersyukurlah nak~ Minyak mesia antara yg termurah dunia.

Misi jalan-jalan diteruskan.

Setelah sesat barat, sampai jua. Nak shoot pun tiada selera sebab cuaca kurang menarik.

Ini je view yg dapat dari port ni.

Destinasi seterusnya. Cuaca dah cantik skit, view pun not bad, cuma point of interest tiada.

Ramai pengunjung disini, Apa nama tempat ni?. Kan dah cakap tadi aku folo je dalam trip ni. hahah

Apa la yg dok tertonggek tu.

La.....shoot ni je pun?

Sayang la boat2 tu tak bergerak sgt. Klo tak akunye timelapase sure kemas.

Lighting dah start cantik. Prob skrg ni nak shoot takde subjek. Predikatnya ada.

Yang bebudak lain sumer dah turun kebawah sana. Aku dok pikir nak turun ke taknak. Bukan ada apa pun.

Dah datang jauh-jauhkan, takan nak tonton je sunset tu? Jom turun skrg.

First stop. takda apa yg menarik.

Teruskan perjalanan. Memang gigih nak turun gak. Dah ler pakai selipar, suar jean, pikul barang2 kamera lg. Curlast~~

Wan dgn Tet shoot area sini.

Apalah yang dimenungkan oleh gadis ni?

Teruskan misi mencari yg lain-lain.

Dah sampai. Macam ok, tapi masih tak berapa puas hati. Ah~~ shoot jela.Aku tak gi sampai hujung sana. Malas nak patah balik nanti. Just dok sampai sini.

Pas sumer dah blah, hari pun semakin gelap, lantas kitorg pun beredar. Aku tak nak pikir bukan-bukan. Pasal nak jalan ke sini naik moto mmg mencabar jalan rayanya. Naik bukit turun bukit, siap lalu kawasan gajah.
Mujurlah jalan raya diorg sentiasa ada lampu. Tak macam mesia, klo jalan2 pedalaman, jgn harap buh lampu jalan. Seterusnya berhenti sebentar utk pekena Pancake Thailand. hmmmmm....first time makan aku takde nak komen lebih2. Asasnya sama iaitu roti canai. Cuma diorgnya style fancy2 je lebih. Buh cheese la, buh pisang la.

Ini dia pancake cheklat.

Pas dinner, gi kawasan pilihan ramai. Apa daa main road takde lampu kat signboardnya.

Ramai benar umat yang mengunjungi lorong febret ni. Takde apa pun kat sini. Aik, betul ke takde apa? huhuh. Hanya yang penah pergi dan menonton di Utube aja tau.

Haa..kat penghujung lorong baru ada lampu. Ok dah jom balik.

1 comment:

  1. Blog hanya utk sanak saudara dan rakan taulan je meh tambah lg sorang, Jm in the house
    Teksi eport mmg mahal, ri tu jm nk ke rassada pier phuket perlu byr 600 baht
    Di bangla road tu rugi klau x jln sampai ke penghujung lampu tu

    ReplyDelete