April 12, 2014
Hari kedua sudah bermula. Hari pertama sampai, takde buat apa-apa. Just relax dan susur atur program untuk hari kedua.
Perancangan awal nak bangun kul 7 pagi. Eh awal sangat tu bai. Akhirnya kelaut, kul 8 camtu baru nak kuar umah. Tindakan bangun lewat ni bagus juga sebab lokasi yang kami nak tuju, tiada apa-apa aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan. Lokasi tersebut adalah Yamazakigawa Riverside, yang terletak di Mizuho Undojo Higashi.
Turun train, aku pelik kenapa ramai bebudak skolah berpakaian sukan. Rasa mcm dalam anime pun ada. Rupanya kawasan ni adalah kawasan sukan. Ada banyak stadium area ni. Sungai yang dicari tu pun mudah untuk dijumpai. Hanya perlu berjalan kaki sedikit. Satu yang aku rasa hampehnya website Japan-guide.com, diorg just bagi tau mana station nak gi ke lokasi, pastu pepandai la ngkorang cari. Takde bagi tau exit mana, dan map ke lokasi. Eh btul ke takde? ke aku je yg tak jumpa dalam site tu?
Beli sushi dan air, kemudian kami berhanami secara haram di tepi sungai. Nyaman je rasanya duduk kat tengah panas time cuaca sejuk. Siap ada sorang student tu tido bawah jambatan. Kami pun buat persoalan, "Ngko dah kenapa bang? Kalah sukan kah? Mak tak bagi balik selagi tak bawa balik pingat" . Sebelah sungai tu ada stadium, ramai betul bebudak skolah yang berpakaian sukan. Tanya sorang student, ada sukan antara sekolah daa. Mula tetiba aku rasa cam anime Slam Dunk. Tengok stadium tu orang macam boleh kuar masuk sesuka hati. Kami pun memberanikan diri untuk terjah dan melepak dalam stadium tu.
Pukul 10 kami dah kena bergegas untuk menuju ke Gifu. Sepanjang perjalanan ada few spot yang menarik. Kami decide nak berhenti singgah masa balik. Tiba di Gifu awal sejam dari penjadualan masa bertemu iaitu pukul 1. Solat siap-siap supaya senang dikemudian hari. Tepat pukul satu rakan yang aku nak jumpa tu iaitu Kazuyoshi-san ( umur kat 50 lebih aku rasa) dah terpacak depan Wicket. Sebenarnya aku deal dgn sorang lagi iaitu Hiro-san. Tapi dia cakap omputih kelaut, itu yang dia intro sensei dia kat aku.
What? ada shooting model! Oh no...perlu kah aku excited? Kalau dulu lah kan, masa aku memuda, pantang nampak orang puang dahi licin pasti nak di photoshootnya. Tapi dah tua2 ni, dah bersara, aku just layan kan aja. Ok la. Dapat kenalan baru. Dapat kenal gadis jepun. Korams hado? hikhikhik
Betul-betul 3 sharp, Kazuyoshi-san dah siap-siap nak hantar ke station keretapi. Sebelum ni aku dengar-dengar cite je kan, kali ni aku saksikan sendiri depan mata. Memang benar bahawa yang diorg ni dgn machine bayar tiket yang auto intercom pun diorang akan tunduk. Tabik spring. Nak gelak pun ada. hahah
|
View dari beranda umah Hyo-san |
|
View secara keseluruhan |
|
Pachinko ni memalam meriah oh~ |
|
Yang ni view dari beranda depan |
|
On the way nak ke stesen train |
|
Ini yang orang katakan, " Belakang umah pun bley berhanami sambil layan sakura" |
|
Aku rasa ni je the only sakura pink version, pastu tak jumpa dah. |
|
Area sini macam lengang skit |
|
Amacam, ada cam area-area umah Nobita tak? |
|
Seronok bebudak skolah, bley layan sakura kat padang skolah je. |
|
Dengan travel buddy sementara yang banyak membantu utk trip kali ni. |
|
Dah sampai stesen Daidocho. |
|
Agaknya sebelum machine2 yang ada sekarang, diorg pakai yg jenis oldschool camni. |
|
Oh yeah, satu lagi koleksi train card untuk dijadikan cenderamata diri sendiri. |
|
Tadi lengang kan? tapi dalam train ramai pulops orang. Nak kemana ntah diorg ni pepagi sabtu? |
|
Dah sah tempat Kami Otai tu dibangunkan oleh orang Melayu. Yakuza versi melayu kut. hahah |
|
First time aku dengar word wicket ni. Baru tau apa kebendanya tu. |
|
Adik-adik tu otw nak ke stadium. |
|
Haaa~~ cari majalah apa tue? |
|
Alhamdulillah, dapat melihat ciptaan-Nya walaupun dah togel skit2. |
|
Subhanallah. |
|
Sini lah kawasan kami berhanami secara haram. |
|
Teruja aku tgk kawasan ni sebab diorg sediakan ruangan utk warm-up. Anda juga boleh berhanami sambil menonton orang lalu lalang kat sini. |
|
Curi-curi masuk stadium. Ada aku perasan banyak bag-bag ditinggalkan tanpa pengawasan. Klo kat Mesia, dah selamat semua bag-bag tu. ekekeke |
|
Alahai...kecik-keciknya bebudak sini. Average student kat Nagoya or org-org Nagoya ni tak berapa tinggi. Lebih kurang cam rakyat Mesia aja. |
|
Otw nak ke Gifu. tapi dah sampai dah ni sbenarnya kat stesen JR Gifu. |
|
Kawasan letak beskal. |
|
Introducing Kazuyoshi-san yang tengah punggah barang, dan juga pembantunya Yasuha-san |
|
Model tiba lewat time ni, jadi shooting la persekitran sini dulu. |
|
Subhanallah. Dua tiga hari mungkin akan full bloom. |
|
Gamba behind the scene jela ye? Gamba Hitomi biarlah aku simpan untuk tatapan sebelum tidur. ekekek |
|
Seterusnya tukar spot kesini. Tak tau apa nama tempat ni. |
|
The only pokok yang full bloom area ni. Yang lain-lain dah togel. Yang eloknya tu, pokok ni berada di tengah-tengah. |
|
Tetiba je aku rasa sedih dan rindu kat diorg pas tgk gamba ni. Orang Jepun, masa berpisah, klo selagi kita tak hilang dari mata pandangan diorg, diorg akan stay situ dan melambai-lambai kat kita. |
Salam sinngah! Terus terjah dan folow blog ni lepas dpt tahu dari blogger supermeng. Menarik juga story dan pengalaman nya
ReplyDeleteJm pun jatuh hati dgn sikap org jepun ni haiii klau la ada jumpa yg beragama islam nk tangkap sorang
ni yg terharu ni. Otai blogger traveler dah komen. hahah
Deletetimo kasih ya singgah.
Bnyk tmpt menarik di kyoto kan...sy n kwn2 pun dlm planning nak g jepun..cuma still study utk decide gerak sndiri or agen..sbb tgk jepun mcm complicated dri korea plak..huhuhu
ReplyDeleteYa benar, banyak tempat menarik disana.
DeleteKlo tanya pendapat, terpulang pada diri sendiri sebenarnya. Klo rasa mampu, taknak pening kepala, dan konfiden dgn sebis yg akan agen tu berikan supaya puas hati, so jawapannya agen la kan. If klo dapat bebudak Malaysia ke or yg seangkatan dengannya yg boleh menawarkan sebis guide, itu lebih baik.
Saya lebih suka bersendirian sebab nak shooting gamba mengambil masa berjam-jam di sesebuah lokasi.