Pages

Wednesday, April 23, 2014

Day 1: Nagoya Aku Datang Nak Cari Kain

April 11, 2014

Apa macam daa tajuk entry aku ni? hahha

Cite-cite yg bangun tidur, gi aiport, naik kapal terbang, sampai, itu sumer nak cite ke? Tak yah la ek?
Skip trus! Sblum travel, aku ada kenal seorg rakyat Malaysia ni yang menetap di Tokyo dan mempelajari bahasa Jepun di sana. Jadi sebelum sampai sana, macam-macam soalan la aku tanya kan sebab aku tak dapat imagine camne keadaan kat sana.

Memang Allah dah aturkan sedikit itineri utk kami dimana beliau pulang ke Malaysia sementara, dan pulang ke Jepun pada tarikh sama aku ke sana. Yang bestnya, flight pun sama. Arrival di Nagoya. Kira rezeki aku juga la sebab ada travel buddy sementara, dan boleh jadi pemandu arah aku. ekekek

Masa sampai Jepun tu.........waaaaahhh~~~~~ Betul ke ni? Betul ke aku dah sampai Jepun ni? Dekat doploh tahun lebih dah aku menonton cite-cite Jepun, Doraemon, Shincan, Digimon, Pokemon, Gaban, Cybercop ( apa semua cite kanak2 je ni?) akhirnya, aku berjaya sampai sini. Terima kasih kerana memansuhkan Visa ke Jepun. Yeaaaa~~

Travel Jepun ni memang wishlist sejak aku darjah 6. Jadi bersemangat dan minat dengan Jepun bila dulu arwah mak aku (sedekah skit Al-fatihah ye...terima kasih) pernah pergi ke Jepun atas lawatan kerja (arwah mak aku gi Jepun lama dah, masa aku kecik lagi). Tambah plak masa tu penuh dengan cerita-cerita drama Jepun dikaca telivisyen Malaysia.

Di Nagoya, Alhamdulillah, rezki aku. Dapat seorang host yang baik. Last minit request, dan dia accept it. Niat utama aku, nak menambah kawan, disamping itu kita kembangkan la pasal Islam skit, supaya diorg punya pemikiran dan pemahaman tentang Islam tu tak terhad. Eh....takde la aku nak gi tarbiah dia. Bila aku solat, dia nampak, for sure la dia akan tanya macam-macam soalan. Selalunya camtu.

Oh lupa, travel buddy aku sementara tu Nana ( bukan nama sebenar). Masa aku sampai Nagoya, dan terus ke area umah host aku, aku ada inform host aku yg bernama Hyo. Dan bila dia sampai stesen keretapi, dia mcm tensi or tak best pun ada. Sebabnya aku tak inform pun yg ada sorg lagi. Aku just bagi tau ada sorg rakan baru yg aku kenal kat airport. Kira rezeki si Nana dapat menginap skali sebabkan satu, dia boleh cakap Jepun, kedua, dia plan nak balik Tokyo terus tapi tak decide lagi.

Aku just bagi cadangan dgn apa aktiviti aku utk esok. Plan nak jumpa geng photographer di Gifu, sambil tu bley tgk kut ada rezki Sakura kat sana. Dan Nana trus decide utk stay, dan balik ke Tokyo sama dgn aku malam keesokan harinya tu.

Gamba wajib 1: Bahan-bahan yang dibawa. Kali ni ada bahan tambahan iaitu stok makan selama seminggu yang ditaja oleh diri sendiri. Pastu bawak postcard dan juga FM utk dihadiahkan pada host dan rakan-rakan baru.

Aku first time la nak pakai machine ni, melihat ramai gila rakyat Malaysia yang nak keluar negara. Q lebih kurang sama lambat je.

Nak campak luggage dlm kargo pun kena beratur daaa. Ekcheli time ni aku risau takut tak sempat solat Subuh. Jadi aku gi solat dulu, kemudian baru sambung beratur balik.

Kalau arwah mak aku lihat ni, sure dia sedih. Tetiba aku teringat time aku nak beli ni, bebudak yg jaga kedai tu banyak main btul. Kat Jepun, takde pun pekerja2 yg nak bergurau senda time keje. Oppss. tak sampai Jepun lagi time ni, dah buat perbandingan. hahah

Gambar wajib 2: Alahai Tomoko, jauh na pandangan ekau dari mata abang.

Gambar wajib 3: Menyesal aku gi letak suction cup dalam bag. Kan dah tak dapat amik gamba ni dgn cemerlang.

Gambar wajib 4: Aku terlintas yang adakah perlu untuk aku declare lauk-lauk Brahim yg aku bawa tu? Kang kena rampas dek abg sumimasen how? Sayang oh~

Gambar wajib 5: Nasi lemak kami lengkap dengan timun, telur sparuh sebiji, sambal, kacang 13 bijik, ikan bilis sparuh 8 ketul, air mineral 500ml dan pelapik kertas ada cop AirasiaX supaya tak kotor meja makan tu.

Gambar wajib 6: Ketibaan di Nagoya

Timo kasih sobab pasang banner ketibaan untuk menyambut den. Terharu.

Gambar wajib 6: Spuluh kali round bag tu, tapi takde sapa yang tuntut.

Gambar wajib edisi bonus: Haaaa~~ Ini mmg klo para2 blogger sure akan ambil gamba punya. Sebab apa? sebab best. time sejuk, nak labuhkan punggung pun selesa.

Pastu jakun main benda ala ni.

Eh jap, ini tanda rukuk ke, sujud ke, duduk antara dua sujud ka? Aku confius takut bilik ni digunakan untuk penganut agama lain.

Alhamdulillah. Ada musola. Semoga hamba yg mengusulkan untuk bilik solat ini dibangunkan mendapat rahmat, hidayah dan keberkatan oleh-Nya.

Klo berjemaah, lepas juga la, tapi barang korng letak luar la.

Pasni nak gi mana ek? blur.

Ok...gi sini dulu tgk apa ada.

Aduhai, jatuh hati jap aku dgn tempat ni. Bersih bai~

Misi untuk beli tiket. Nana masih dalam proses belajar tulisan Kanji, so kena mohon bantuan hankel sumimasen.

Eh mana daa nama tempat. Baru aku teringat yang nama tempat tak bubuh, dia buh rege tiket dan bley la menuju ke lokasi harga tu.

Adakah ini keretapi yang perlu dinaiki? Kemas!

Hi akak, buat pe tue?

Sepanjang perjalanan ke rumah host aku, aku menjadi sangat kagum dgn susunan dan kebersihan di kawasan Nagoya ni. Rumah-rumah dia mcm cerita Doraemon bai.

Dah sampai Daidocho, tunggu mana ntah akunya host ni?

Setelah pening tak tau nak bawak kitorg dinner kat mana, jadi Hyo-san bawa kami makan Soba.

Tengok hiasan dulu,sblum decide nak makan apa. Terliur tgk tempura. Perut lapar dah ni.

Design kedai ni mmg taste aku. Oh......so oldscool nya ngko jang?

Hyo-san bagi aku try Udon. Not bad, rasa masin-masin skit.

Alhamdulillah. Dapat gak makan makanan asli Jepun. First time makan soba panas. Harga set ni lebih kurang 1900 yen. Mahal gila bai. Tapi ini set makanan aku paling sedap yg aku rasa sepanjang di Jepun. Aku nak byr makanan kami, akan tetapi Hyo-san dengan baik hatinya gi bayar. Serba salah plak, dah le kami menumpang.

Aku tanya kat Hyo kenapa diorg buat parking camni? Tengok dia nak parking kereta pun sikit punya mencabar. Si Hyo tak tau nak jawab. Rupanya ini parking bertingkat daa. Jakun jap.

Introducing Shake and Okaka. Mereka sangat comel...rasa nak kidnap masuk bekpek aku je.

Biskut ini lah yang direkemenkan oleh Hyo. Dan Nana cakap sedap, esok moh kita pi cari kat Seben Leben.



14 comments:

  1. Bestnyer g Nagoya... so far pernah g Nagoya yg jual kain tu jer :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukurlah nak~ ekekeke

      Jom hi Jakel plak cari kain.

      Delete
  2. Ke Japan pula.. Nice.. Travel cost dekat Central Japan, OK ke.. BTW Nasi Tomato Berahim tu bagi aku memang x sedap.. Terpaksa buang walaupun baru suap satu sudu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk apa aktiviti dan kemana. so far klo rancang btul, cost insyaAllah takkan membunuh dompet punya. hahah

      oh tak sedap ke bro? mungkin acuan yg bro dapat tu tak betul. kami punya Alhamdulillah ok. sedap

      Delete
    2. mahu rabak dompet kalau planning tak betul.. lagi2 GST dia dah naik start April..

      Ntah la.. mungkin kot.. tp bila diingat rasa dia memang sangat fake. Ha3

      Delete
  3. Lepas baca enti ni nk p nagoya jgk lah
    Tapi sebelum tu nk sedekah alfatihah buat arwah mak. ..al fatihah

    ReplyDelete
  4. Dapat g Nagoya rawang pon jadi la....

    ReplyDelete
  5. Salam, tumpang tanya brahim tu declare tak? (and kna seize ke?) saya ni nk gi jepun turun kat nagoya gak tapi tak tau patut ambik risiko tak bawak brahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Saya tak declare. Masa kat aiport, ada yg kena buka bag. Kes saya nasib dia nampak bag tripod je, trus dia lupa nak tanya apa ada dlm bag beso. hahah

      Anyway, have a safe and enjoy your trip.

      Delete
  6. Salam... Nice blog... Susah tak kastam sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kena ok je, Alhamdulillah.
      Basically ok je kut.

      Delete