Pages

Friday, January 17, 2014

Day 9 - Gyeongju

November 1

Sebelum berangkat ke Gyeongju, kami plan nak naik KTX. Nak merasa katanya. Mujur malam sblum tu, aku saja check jadual train. Malangnya, semua train pagi sold out. Cantik sangatlah kan. Aku ada plan nak beli on9 siap-siap. Dah asik tangguh je. Melepas nak rasa naik kretapi laju. Bila hasrat dah punah, mohon bantuan mamat guesthouse utk checkkan jadual bas pula.

Plan ke Gyeongju ni quite last minit juga. Reason, aku ternampak post group photographer Busan buat photowalk. Aku pun pm mamat yg organize tu. Klo tak, plan kami akan ke Seoraksan. Gyeongju berdekatan dengan Busan. Memang sedang elok gak ler pasal flight pulang kami dari Busan.

Kami bertolak dan checkout questhouse seawal 7 pagi. Cuaca agak muram. Hujan renyai mulai membasahi kami. Walaupun dah kuar umah awal, kami tetap tak dapat bas awal. Fullhouse semuanya. Tiket bas yg kami dapat ni pun olmos kehabisan.

Dapat seat belakang skali. Azab sepanjang perjalanan yg mengambil masa 5 jam toksah cite la. Mamat Korea sbelah aku badan dia besar, pastu Wan pun bley tahan gak size badan dia, akhirnya, aku tersepit tgh-tgh. Arini juga mula rasa kepanasan. Berpeluh-peluh.

Rasa serba salah kian terasa, kami tiba lewat dari yang dijanjikan. Waktu berkumpul adalah pada jam 2 petang, dan kami tiba 3.30 petang. Tidak mengapalah. Harap rakan-rakan photoq yg lain tidak kebosanan ketika menunggu kehadiran kami.

Wan plan nak beli tiket bas ke Busan terus, tapi aku berkeras gak nak jumpa geng2 tu dulu. Ketika itu, aku dah tak berasa gusar jika ketinggalan bas. Motel banyak kat situ, hari-hari kesusahan yang telah dilalui membuatkan aku menjadi seorg yg kental.

Satu benda yang aku perasan, mungkin rakyat Korea ni sangat menyanjungi rakyat asing terutama mat saleh. Aku membuat andaian ini berdasarkan apa yang berlaku dimana ketika kami tiba, kami berhajat utk meletakkan bag kami di locker. Namun begitu, ianya tidak dapat menampung size bag kami. Lantas, Pete De Marco, seorang rakyat Amerika yang aku berhubung melalui laman sesawang fesbuk, menggunakan kemahiran beliau dalam bertutur bahasa Korea, ketinggian beliau, dan ketampanan beliau utk bertanya jika kami boleh meletakkan bag kaunter. Kami sangat berterima kasih pada Pete, mereka membenarkan kami malah, tersenyum lebar mungkin kerana Pete boleh bertutur dalam bahasa mereka.

Errrrrr....poyo betul bahasa entry aku kali ni. huahuha

End of day 9 - 17,107 steps taken equivalent 13.68km

Tiket bas kami yang bertolak ada jam 10:10 pagi. Satu jam kami menganga kat situ

Aku tak kira, aku nak makan gak. Kedai ni aku dah sahihkan tiada unsur2 daging yang mereka gunakan utk setiap hidangan mereka.

Gambar dalam bas aku takde amik. Ni adalah satu-satunya stop RnR sepanjang perjalanan. Aku terpaksa kurangkan minum air. Yela...tangki aku kan bley menampung 1 litre je. Kang minum air banyak sangat, jap jap nak kencing. hahah

Nyaris tertinggal bas. Diorang bagi masa 10 minit je. Cari toilet dah satu hal, dan selesai nak cari bas pun satu hal gak pasal aku amik gamba tepi je.

Dah sampai Gyeongju. Cantik tempat ni. Tu rakan-rakan photoq yang setia menunggu kami. Maaf ye bang, kami lewat.

Perasan tak yang belakang tu, mamat baju putih tu ler Pete. Aku tanya, student u ke tu? Dia menjawab, eh tak la, itu stranger yang nak amik gamba bersama. Macam tu pun ada ke?

Memang sudah menjadi kebiasaan aku apabila kuar outing mcm ni, aku lebih gemar bersosial dari membuat gamba. Tak sempat nak borak-borak dengan semua orang.

Satu spot je yang aku betul-betul nak shoot kat sini, jadi kat area ni, aku tak banyak snap gamba pun.

Admission tiket.

Bersiap sedia utk group photo.

Tak sukanya~ tak sukanya~ Terima lah hakikat yang aku seken last pendek.  Pete kat blakang tu berketinggian lebih 2 meter.

Folo jela apa yang diorang shoot.

Ini hasilnya.

Dalam bukit ni yg dipanggil Tomb, ada museum.

Three colors.

Lighting sunset yang makin cantik.

Klo shoot portrait sekitar area sini memang best. Tapi diorang tak bagi masuk area yg berumput.

Berehat sebentar.

Tokei kedai ni tersenyum lebar dia bila ramai sangat rakyat asing datang.

Sedikit interior yang sempat shoot.

Nampak tak Pete blakang tu. Tersenyum riang sebab dapat beli kopi yg double size dari kami punya dengan rege yang murah.

Josh Beagle, aku panggil dia spiderman sebab muka dia memang macam Tobey Maguire.

Shooting spot yang ditunggu-tunggu.

Inilah dia main attraction kat Gyeongju. Anapji Pond. Dapat shoot ni je yg ada ambient light. Pastu abis gelap dah gamba2 aku seterusnya.

Ni buktinya.

Sayang tak dapat timelapse.

Pas shooting, gi dinner pula. Agaknya lah kan, mmg adat orang Korea makan, bila dah selesai makan trus blah. Takde borak2. Bukti hujah ini apabila meja belakang kami tu, dua kali dah bertukar pelanggan. Tapi kami tak selesai2 juga.

Ternganga aku bila tanya gaji masing-masing.

Dah sampai hidangan kami.

Aku dah gaul-gaul bibimbap ni, baru terperasan yang ada daging. Adui...spoil betul.

Cantik exterior restoren ni.

Waktu untuk pulang. Sepanjang aku join photowalk ni, aku berharap masa tidak berlalu dgn pantas. Esok adalah hari terakhirku disini. Sedih~ T_T


4 comments:

  1. Macam scene dalam drama2 sageuk je gambar2 dlm post ni... @_@ cantik gilerss... sempat x rasa gyeongju bread masa kt gyeongju ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada bread ek? tak tau pula.. menarik tuh. next time bley try.

      Delete
  2. Belum pernah jejak sini nk gtime autumn lah nk pose2 maut d bawah pokok daun yg berwarna warni tu

    Adulahhhh penat den baca pos entri gaya jln ke belakang ni (undur) coz x ada label nk klik :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gyeongju tak susah nak pergi. not bad untuk 1 day visit.

      hahah. sori la ye. nak buat compilasi tak terbuat lagi. nanti la . hahha

      Delete