Pages

Friday, December 6, 2013

Bila Busan Aku Datang: Day 2 - Part 2

Day 2: October 26

Dey~ Bila mau habis daaa~ Ni baru hari ke-2, part 2. Ada lagi lapan hari nak kena cerita ni haa. Eh! Skati aku ah~ Klo aku buh skali sumer cite, sok lusa dah takde cite. Lagipun kurang la jumlah view aku nanti. ekekeke

Next stop adalah, gi ke Nampo-dong sebab nak menghala ke Taejongdae. Waktu tiba kat sini adalah pada jam 12 tengah hari. Oleh kerana perut aku lapar, jadi terpaksa ikat perut kejap. Rancangnya, nak cari convenient store untuk borong seberapa banyak kimbap yang boleh. Namun, apa kan daya, time nak cari tu la tak jumpa, tapi bila tak diperlukan tu bersepah-sepah plak ada. Haiya.

Kami tak habis explore sangat kat sini disebabkan oleh masa dan juga bukanlah objektif utama kami untuk jalan-jalan kat sini. So just pergi kat persisiran jalan utama je, tak masuk ceruk lorong kat dalam-dalam tu.

PS: Gamba kali ni takde unsur kesenian langsung, ini kerana lebih kepada nak tunjuk pada penonton tentang apa yang ada di sekitar kawasan ni.

Penafian: Adalah melanggari hak privasi seseorang individu apabila gambar mereka dimuat naik tanpa kebenaran. Akan tetapi, ianya adalah bertujuan sebagai kenang-kenangan milik penulis sahaja. Tiada unsur membuat keuntungan di sini.


Dah sampai Nampo-dong. Itu gula tarik tak menarik perhatian aku langsung. Nenanti la aku tgk diorg buat show masa kat Seoul.

Dah start ramai umat. Baru ingat arini ari Sabtu daa~

Saje nak merasa jadi orang k-pop. Makan dah le berdiri, pehtu kat tepi-tepi jalan lak tuh. Kat sini memang kena pancung abis. Langsung jadi makanan tengah hari aku. Nak tau kenapa, signboard dia tulis 3 singgit. eh silap. Lima 3,000 won. Skali dia cas aku 5,000 won. Tergamam la kejap. Nak lawan tak reti cakap. hahah

Ni dia makanan tengah hari aku. Mandu namanya. Bukan madu ditangan kanan mu. Dia bagi kitorg 10 ketul. Sampai tak lalu nak makan dibuatnya. Tengok kat tv, bukan main sodap laie kan diorg makan? Skali bila rasa, errr...Oh ya! Mandu ni ada byk jenis. So yang aku makan ni, nescaya tiada pengunaan minyak yg telah dicampur dgn menggoreng mandu versi baby.

Ada feel-feel Myeongdong skit. Tapi sini lagi sempit.

Amik gamba map dulu, kut nak refer senang. Besau juga sini.

Seterusnya singgah sebentar di Jagalchi market yang terletak bersebelahan aja dengan Nampo-dong.

Bersih gila pasar basah diorang. Tak perlu berjengket kaki mahupun menyenteng seluar bertingkek-tingkek.

Ni kat luar, waktu pagi or sunset mungkin cun. Takpa, next time ada rezki shoot sini pula.

Tapi bila tu? Tunggu AA buat promo lagi ah. hahahah

Sempat buat duit skit. Satu benda yang best time ni dimana aku memakai kasut jemari runcingku, ianya telah menarik minat para ahjumma dan ahjussi yang jual seafood kat situ. Memang rezki aku lakan, sebab senang nak amik gamba. Diorang pasti bagi dan tak marah-marah punya.

Eley bang! Ini kek pasar borong Selayang pun ado. Rege seafood kat Korea ni lagi mahal dari korang makan ayam.

Ko tengok joran tu. Dah sama tinggi dgn bangunan sbelah tu yo. Itu klo bawak naik moto mau tersadung kat wayar letrik.

Hou yeah~~ Air febret sudah jumpa.

Area sini banyak jual yg versi kering-kering punya.

Nampak dah kelibat Busan Tower

Kat sini tempat nak naik bas ke Taejongdae. Klo sesat, cari lah Lotte Dept. Store.

Jauh gak perjalanan nak ke sana. Ni baru je dapat dok. Sblum tu, aku berdiri sambil pegang botol air aku. Ntah bagaimana, bas tu tetiba boleh layan lap dan menyebabkan botol air aku terpelanting. Mujur tak kena orang. Aku punya tahap kemaluan tu, memang tak usah ukur la.

Dah sampai~ Cuci mata dulu tgk gadis-gadis k-pap!
Tengok ah restoren ni. Habis tingkap dihiasi dgn menu. "Acik, bagi menu." tanya sang kastemer. "Tu ha tengok kat tingkap tuh jang oi~" jawab pemilik restoren dgn nada keberangan.

Balik, sila naik bas dari sini.

Tiada sorang pun aku lihat orang main tikam belon tu.

Dah sampai pintu gate.

View dari arah datang menghala pintu gate.

Konon-konon baca dulu ah, baru macam pelancong. Pui~ takdo maso bang.

Sebenarnya aku dgn Wan bley plak dok pikir nak naik ke tidak keitapi ni. Nak jalan, tak tau berapa jauh. Akhirnya naik juga tanpa melenggahkan masa.

Dekat dua trip gak baru dapat naik

Trip aku kali ni aku jadi clumsy betul. Slalu klo barang mesti aku organize dgn baik. Time nak check tiket, aku dok raba2. Eh mana tiket aku? Sudah....cemas seketika. Dok cari2, rupanya ada je kat dlm bag kamera. Haiya~

Aku musykil macam mana diorg boleh pergi seberang batu tu.

Ada cerita sejarah dia, tapi malas nak amik port.

Aktiviti tambahan , shoot model. Hahah. Aku tipu! Choi Ji Woo jadi duta Busan. So ada galleri gamba2 dia kat sini. Gamba mmg super best.

Best plak tgk view akuarium ni. Nanti ah pergi. Aku memang tak bley tgk tempat2 akuarium ni. Mesti nak kena pergi.

Tiada rezki daun merah lagi. hmmm~~

Jumpa port baik utk buat duit. Tapi......

Haa ngko. Sib baik kesuntukan masa, klo tak mmg aku dah turun kebawah.

Keitapi mini tu ada banyak stop, aku tak tau dia stop kat mana dan mana utk spot yang aku nak gi. Rupanya kat belakang tu ada tulis stop dia da~

No comments:

Post a Comment