Day 2 - October 26
Hari pertama sudah pun berlalu, tapi aku masih rasa menyesal tak beli kasut yg berege 10,000 won masa kat Beomeosa. Harini dijangka akan sejuk gila. Tuan umah berkali-kali pesan " Kalian jangan lupo bawak baju tobal, malam ni sojuk". Itu yang Wan gi cari gak sweater, mujur dapat 10,000 won. Aku je ni ha...tak beli-beli lagi kasut. Takpooooo~~ kat depan-depan tu nanti mesti ada murah. Mano ado bang. Rege sama je, cuma pattern takut ko tak berkenan plak nanti. Oleh yang demikian, satu pengajaran yang boleh dijadikan tauladan, klo ada barang berkenan trus beli, jangan pikir sebab boleh jadi kat depan-depan tu nanti tiada, atau lagi mahal. Tiada istilah mahal sbenarnya atau rege jauh beza. Harga semua sama aja. Tu kalian usah kuatir.
Dah dah~ Bila nak start cite ari keduanya ni? Haishh~ Pas brekpest, trus bergegas ke subway station. Kami decide nak pakai One Day Pass. Semalam aku rasa duit dalam T-money aku macam bukak paip air kat masjid time nak amik wudhu. ( mesti korang pun penah buat gak kan? tak jimat cermat dgn penggunaan air).Elok sampai kat mesin beli tiket tersebut, kami didampingi oleh seorang Ahjussi yang berusia lingkungan lewat 60-an. Dia melihat kelibat kami sejurus kami masuk ke subway.
Ahjussi : Nak poie mano?
Aku: Poie Taejongdae acik.
Ahjussi: I'm volunteer here (wah...langsung cakap omputih ngko)
Aku: Can I use the One Day Pass
Ahjussi: Sure~~ can~~~~~ (Sambil menunjukkan cara penggunaan mesin tersebut)
Aku : (Kagum kejap, padahal mesin tiket je kut)
Ahjussi: But u only can use 1000 won note.
Aku: (Tercengang kejap pasal aku takde duit kecik, wan pun sama)
Ahjussi : Tadaaa~~ ( Sambil mengeluarkan duit dari poket dia )
Ai....main magic-magic plak pakcik ni, aku dah mula risau dah ni, takut kena pancung ke apa. Yelah....zaman sekarang ni mmg kena skeptical skit walaupun semua orang tu tak semestinya jahat. Tapi mood aku terus jadi happy pagi ni sebab dapat jumpa orang yang baik hati. Dia yang rela hati datang kat kami, dan tunjuk camne nak pakai. Walaupun bahasa omputih dia boleh la skit-skit, janji paham apa yang dia nak sampai kan. Macam aku cakap sebelum ni, aku memang gembira bila dapat jumpa orang-orang camni.
Dah naik train semua, first kesilapan yang kami dah terbuat. Terlajak stesen daaaa~ Hajatnya nak pergi ke Taejongdae dulu. Aku suspek cuaca akan terik nanti, jadi tak best la nak shooting-shooting. Stesen yang nak kena pergi adalah Nampo-dong. Camne tah bley terlajak. Sebab masa kat train tu aku rasa mcm dia tak jauh dgn Jagalchi stesen. Trus tukar plan. Kami decide pergi ke Gamcheon Village dulu. Time sedar silap tu kami dah ada kat dengan last stesen. hahah. Patah balik bang~~
|
Suasana pagi kat area Seomyeon. Ni kami sengaja ikut laluan lain. Kat area ni penuh pub, bar, disko, tesco...eh tu takde. |
|
Nampak tak laki baju merah tu dgn pompuan tu. Pepagi dah bergaduh. Ini mesti gara-gara berjoget dengan pompuan lain kat kelabin semalam. hahah |
|
Wah......macam kat intersection Shibuya. Macam penah pergi je kan aku ni? hahah |
|
Bukan main meriah lagi kedai telifon tuh. |
|
Start dari hari ni, kami ikut laluan dari exit 7. Meriah skit laluannya. Tak macam laluan semalam. |
|
Bergamba bersama Ahjussi tadi. Elok plak kepala diorg lentok ke kanan. hahah |
|
Ini adalah rupa One Day Pass seperti yang dikabarkan. |
|
Seodaesin, stop yan kami terlajak tadi tu, dan kami akan patah balik ke Toesong Station. |
|
Dah sampai area Toesong. Kat depan hospital ni lah nanti korang akan naik bas ke Gamcheon Village. |
|
Boleh naik bas no 2 dan 2-2. |
|
Kau tgk budak dua orang tu mengselfie. Hahah. Bas ni kecil je. Kena berdiri lah klo penuh. Lokasi nak tuju ni akan melalui jalan dan lorong yg sempit serta akan mendaki bukit. Bersiap sedialah untuk tergolek-golek dalam tu. |
|
Dah sampai. Kasi cam ini tempat ya...nanti senang klo sesat. |
|
Dia akan berhenti kat depan ni. Apa nama tempat tu aku dah lupa. |
|
Boleh tengok dan rancang perjalanan anda disini. |
|
Ekcheli ada je jual map kat sini. Dan dgn map tu, ada la sedikit aktiviti yang korang kena buat, mcm treasure hunt gitu dengan mengumpul stamp. Bila dah penuh stamp, bley tukar dgn poskad. Aku nak buat benda ni, namun begitu, masa tidak mengizinkan. |
|
Ada banyak mural painting area sini. |
|
Aiya...aku lupa buh watermark utk gamba ni. Kang orang curik kang! hahah. Ini adalah ibarat landmark utk kawasan ni selain dari observation deck. |
|
Lagi hasil seni yang tidak ketahuan pemiliknya. |
|
Inilah dia observation deck, take ur time utk hamik gamba sesuka hati. Eh...ekcheli ada limit dia. Tapi orang yang jaga tu buat tak paham je tgk aku dgn Wan dok lama-lama kat sini. |
|
Salah satu view dari port tadi.Timelapse syok ni. |
|
Penulis bergamba dgn Kim noona. Dia antara volunteer yang ada. Sekali lagi aku gembira bila berjumpa dgn beliau. Kami banyak berborak perihal history di Korea. Beliau menggunakan psychological approach dan membuatkan anda akan rasa cepat mesra dengan beliau. |
|
Area kediaman disini berpenghuni. Makanya, sila jaga tingkah laku anda ditidak berlaku sumbang. |
|
Sukaaaa exterior camni. Tetiba~ |
|
Larat tak larat je ko nak jalan area sini. |
|
Kuih koci. Terbaik. Rasa yang sungguh enak seakan-akan kuih apam. |
|
Kitorang jalan sampai sini je, pastu patah balik. Rancangnya, nak cari spot shooting Running Man. Dah map pun takde, main terjah je, ntah sampai ke pelusuk mana plak nanti. |
Curlast sgt.. Muke writer die tu kan... Omey angat....
ReplyDelete