Bila aku browse balik gamba-gamba fireworks untuk entry kali ni, mmg aku rasa sakit hati kembali. Sebabnya, ok ceritanya panjang......jadi, adik-adik sekalian, sila sediakan popcorn serta kudap-kudapan sambil kunyah-kunyah semasa baca entry ni.
Sejurus melawat Taejongdae, kami bergegas naik bas. Alangkah malangnya, boleh plak jalan jam. Ni kira first time la aku merasa dok dlm kesesakan lalu lintas di Korea. Puncanya, ada construction jalan. Kira normal lah kan? Time tu dah kat kul 4.
Bila sampai je kat station Nampo, ramai dah umat nak berhijrah dengan menaiki keretapi. Tak pasti samaada diorang nak gi tengok bunga api gak, atau baru pas meroyan. Eh awal lagi, nak meroyan amende? hahha. Benar kata ramai pihak, sesungguhnya, jangan lewat tiba ke lokasi kerana dikuatiri akan ramai orang yang akan menghadirinya. Aku tak dapat nak bayangkan berapa ramai orang yg berkerumun kat Gwangan Beach tu. Yang pasti, mmg ramai gilasss~~
Ekcheli aku dah tersalah pencaturan naik train. Kalau aku ikut laluan Yeonsan>Suyeong>Dongbaek, berkemungkinan kami tidak perlu berasak-asak sebabnya laluan kami tidak menghala ke Gwangan. Takpa lah. Nak merasa berhimpit-himpit katanya. Belum apa-apa....haa ngko! Mula-mula je seronok kan, pastu nyosal. hahah.
Ok dah skip cite tu semua, kita back tu main agenda. Akibat dari kelewatan kami itu, kami tiba jam 5 petang lebih. Spot kami dah dibanjiri dengan umat-umat. Siap berkelah ngko~ Bau ayam masak merah ada, bau kari sotong tiga rasa ada, macam-macam ada. Takde la...aku tipu. Tapi mmg ada bau makanan. Perut pulak meminta-minta supaya disuapkan ayam. Dah dua ari tak makan ayam ni. hahah.
So bila dah ramai umat, cadangnya aku nak kedepan skali. Dikuatiri kut ada malaun yang tak reti dok diam, langsung inteprem gamba aku kan? Yang tak syoknya, bila dah setting2, ada minah k-pop belakang aku kata tak boleh dok situ. Aku pun anjak kebelakang skit, kut kacau view dia ke. Pastu dia kata dok situ pun tak boleh, pastu bangun. Rupanya aku dah duk kat luar garisan yang tali kuning dalam cerita CSI slalu pakai tu bila berlakunya pembunuhan. Aiya....diorg tu volunteer rupanya, aku pun tak perasan pasal dah gelap.
Tak kisah la dah kebelakang skit, masalah tambah lagi, yang minah tu boleh nak dok depan aku kan? "Cik kak oi, ko ingat aku nak hadap ngko ke? Aku nak tengok bunga api la, shuh~ tepi skit!" Tanpa aku suruh, agaknya dia mcm tau apa aku nak cakap, jadi dia pun mcm berganjak sedikit. Setel satu masalah. Kat sebelah aku, aku mcm dengar ada orang cakap Indonesia. Aku dengan ramah mesra nak ajak berborak la kan. Sekali......siut ko bang, cakap korea plak dgn aku. Muka muda, so aku suspect mcm student la kan. Keje sini katanya. Time ni aku tak suspect apa-apa lagi.
Masalah kedua plak muncul, tetiba ada polis bley plak datang dan berdiri depan kamera aku. Aku pun cakap la " Excuse me, can u move aside a bit? U are blocking my view ". Dia bley buat muka ketat, pastu buat tak tau. Time ni aku dah mmg menyirap abis. Rasa macam nak cakap dengan dia pakai kaki je. Kang tak semena-mena tidur lokap. Yang buat aku geram tu, takan la tak boleh pikir, use common sense skit. Memang aku rasa mcm nak cakap kat dia dalam bahasa nismilan je. "Bang, esey ni datang jauh. Datang semato-mato nak nengok bungo api ni yo ha~ Ensot la sanon skit..ayooo haiii"
Ada satu insiden terjadi, segerombolan umat boleh buat tak paham dan melanggari perintah. Diorang ni ramai-ramai gi dok area yang telah berpagar. Datang la polis menyerbu utk mengarahkan diorg berpindah. So yg polis depan aku ni pun beredar, aku dah happy. Tetiba datang balik. Bukan orang ramai tu yg kena halau, rupanya polis ni yg kena halau. Ada sorang pakcik tu mengamuk beria-ria marah kat polis-polis ni. Semua buat tak paham je bila polis suh beredar.
Kesejukan mula dirasai, barulah aku tau, kenapa orang pakai baju tebal poyo tu. Yela...aku kan tak penah gi tempat sejuk, paling sejuk pun kat opis aku, itupun sebab ekon. Dan satu lagi, baru tau kenapa perlukan tripod's leg warmer. Ingat orang je ke kena pakai warmer, barang kamera pun perlu tau. hahahha
Orang dah start penuh nak gi tengok bunga api. Eley...ko nak amik gamba minah k-pop tu kan? hahah |
Dah sampai Seomyeon untuk tukar train ke Dongbaek. |
Test shot sebelum bunga api start. Aku dah mengigil-gigil kesejukan ni. |
Doom, dam, doom. Bunga api pun dimainkan selama 45 minit. Puas hati bai. Pix ni tipu je, 15 layer bai aku ngedit nak kasi jd camni. Itupun masih gagal. hahah |
Tak kira, aku nak tunjuk gak yang ni. Tu kesan dari lampu yang dihuyung-hayang oleh polis yg dok depan aku. Ko ingat aku nak shoot light painting ke bang? |
Shoot-shoot dulu, plan nak jalan-jalan sblum pulang. Mengenangkan esok nak kena jalan jauh, so kami pulang je lah. |
Happening gak sini walaupun dah kul 10. |
Hajat aku untuk membeli kasut tidak kesampaian lagi. Sini ada kasut Nike yg murah. Elok nak masuk je, diorang dah siap-siap pasang palang tutup kedai. |
Pusat dangdut banyak kut sini? hahah |
Gamba last utk hari kedua. Dah sampai umah, bukannya aku tidur. Transfer gamba dulu. Ada sorang mamat dari China ni, dtg semata2 nak tgk bunga api gak. Dok melayan dia borak sampai kul 1 pagi. |
Tak leh tahan gelak tgk nama pub tu Milk Boy...Ades...Wuahahaha... Rindunye Korea~~~
ReplyDeleteperasan ek nama pub tu. hahaha
Delete