Pages

Tuesday, December 31, 2013

Apo Den Dah Buek?

Sampai bersalji la kat Korea tu, tapi aku punya entry autumn tak abis-abis lagi. Autumn in my heart katanya. hahaha. Kita berehat sebentar dengan entry K-pop. 

Mulai tahun ni, aku decide nak buat satu rentetan peristiwa bagi apa yang telah aku lakukan pada tahun tersebut. Ini bertujuan aku mengenang diri dan part of memories aku juga. Bila tengok balik gamba yg terperap dalam HDD aku, hmmm.....takde benda yang menarik pun yg dah aku buat. Jadi, untuk tahun-tahun berikutnya, ayuh kita lakukan sesuatu yg lebih baik~

Penafian: Ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, seperti yang telah diperkatakan, ianya lebih kepada perkongsian memori si penulis.

January - Tahun ni aku banyak sangat membazir dengan membeli permainan yang tidak berfaedah kepada masyarakat mahupun diri aku sendiri. ekekek. Sebenarnya, aku minat gilas dgn mengumbul toys ni. Akan tetapi, orang tua-tua peringat, jangan simpan pemeinan buat perhiasan kat umah, nanti malaikat tak masuk. Disebabkan tu aku terpaksa batalkan hajat mengumpulnya. Namun begitu, pembatalan hajat tersebut tidak berpanjangan selepas aku melihat pix2 toys kat instagrm. Tanpa melengahkan masa, aku trus beli Woody ni. Sanggup beli woa pasal ianya limited, dan harga aku beli ni mmg mahal pancung jari kelingking. Elok bulan 11 rituh, diorg bukak order utk re-production. Cis~

February - The only lens camera yg aku beli untuk tahun ni. Lens fisheye ni penyebab utama aku minat dgn kamera Sony Nex. hahah

March - 3 bulan aku tunggu iMac nih pasal aku nak dapatkan rebate student dan ini barang online yang paling mahal penah aku beli. Ekcheli aku beli pun pasal MBP aku yg dah berusia 6 tahun dok banyak kali cakap nak bersara awal. Ala~~ ko ckp jela tak tahan nengok kesyeksyian design baru iMac ni. hahahha

April - Percaya atau tidak ini adalah kali pertama aku shoot KLCC secara serius semenjak 8 tahun dah berkecimpung dalam bidang photography. Tahun ni juga aku bergiat aktif dalam shooting cityscape. Ini gara-gara tgk banyak sangat video timelapse orang asing.

May - Berjaya mendapatkan lesen diving. 1st time pergi Pulau Perhentian dan opkosla kan ini adalah 1st destinasi aku dive.

June - Hasrat untuk pergi aquaria Singapore tahun lepas telah terbalas pada tahun ni. Cukup puas hati. Dijangka melawat Singapore akan menjadi acara tahunan bagi setiap tahun. Balik kampung katanya.

July - Last aku beli Hdd adalah pada tahun 2008 yang berkapasita 1tb. Mungkin sebab tu juga makan tahun nak fully utilize dan baru aku akan beli baru. Apa daa~~ beli hdd pun nak cite. hahah

October - Alhamdulillah, berjaya terlanjur beli tiket ke South Korea gara-gara AA buka laluan ke Busan. Hasrat untuk melihat autumn telah tercapai. Kiranya, ini jelah best memories yg aku ada untuk tahun ni.

November - Dengan ini saya mengistiharkan bahawa ini adalah last toy yg saya beli untuk tahun ni. Iya la tu...tahun depan beli lagi. hahah

December - Last barang yang aku terima beli dari e-bay. Start ujung tahun lepas lagi sbenarnya aku dah ketagih beli barang kat e-bay. Mana taknya, asal login je, search2 barang...pastu campak masuk troli. Itu yg pas dah campak troli, cecepat aku logout. Kang ntah apa-apa barang lagi yang aku beli. hahahah

4 comments:

  1. I just got to discover your blog a few days before and spent the whole night browsing through all your entries. Oh my, sekarang nie mcm dah terjebak nak belajar buat time lapse tue. Menarik sangat lar. Btw, you good such a super duper beautiful travel photos here.

    Salam perkenalan, and oh ya, Happy New Year tooo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerna sudi singgah. Ayuh shooting timelapse. Sangat menyeronokan okeh? heheh

      Happy New Year too~

      Delete
  2. Bila nk ajar jm cara ambik gambo cantik2 dlm belog nihh tp payment jgn mahal sgt x mampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi...gamba2 JM pun dah menarik tertarik dah...hahah

      Delete