Pages

Friday, December 27, 2013

Day 5 - Baegyangsa Temple

October 29


Puas hati betul dapat tidur malam tadi. Nenyak. Pukul 4 pagi dah terjaga. Tapi yang satu bengongnya, dah ler awal, boleh plak terlepas first bas. Adeh~ Ni sumer berpunca aku banyak sangat main. Pukul 6.30 pagi baru nak mandi. Dah pukul 7, boleh plak aku cakap, rilek dulu, siap pakai hair dryer utk keringkan rambut. Wah bang, bukan main lagi ko ye? Kat kolumpo takdo plak ekau nak kering-keringkan rambut ni! Apo ko bangang na ha~ 

Sirius aku tepuk dahi. Ekcheli kami sampai kat stesen bas dalam kul 7.30 pagi tepat. Eh bang~ ngko ingat ni kohlumpo? Bas yang tunggu ekau? Aku seorang yang berjaga-jaga dengan masa tapi ntah bagaimana boleh jadi cenggini. Mujur Wan mengrasionalkan balik diri aku ni, ada hikmahnya tu. Gigih Wan pi kat convenient store utk check ada ke tak wifi. Muka Wan bukan main excited lagi nak bg tau ada wifi free. Cantik! Ayuh kita study perjalanan nak balik camne. Disebabkan kami punya itineri dah awal satu hari ke Seoul, makanya tempat tinggal takde. Sempatlah kami buat latih tubi dalam menyemak rumah tumpangan yang available.

Tengah hari, jadi balik perkara yang sama. Tinggal bas lagi. Adoi~ Terkono laie bang. Tahniah diucapkan. Ini berpunca banyak main. Time tu dah kul 12. Klo dari area Baegyangsa tu nak ke bas stesen, jauh gila nak menapak. Aku boleh anggarkan perjalanan dalam 15-20 minit kesana. Boleh pulak dalam perjalanan tu aku menggatal nak amik gamba. Itu yang terlepas bas. Siap aku bley nampak bas tu berlalu pergi.

Aku memang tak cakap hapa dah masa stesen bas tu. Marah dgn diri sendiri. Akan tetapi, sedang dok emo-emo tu kan, kami didatangani sekumpulan Ahjumma yang baru pas berkelah. Salah sorang daripadanya tetiba........

Ahjumma : Uwe ayu prom?
Wan : Malaysia.
Ahjumma : Yea? Thailen?
Wan: Malaysia!!
Ahjumma :Indonesia? Philipin? ( Sambil buat muka nak tau gak kat mana tu )
Aku : ( Ah sudah....kena dah ni. Dia mesti tak tau mana Mesia. Aku pun......)
Aku : Singapool~
Ahjumma : Yea? Singapoooool? Ahhhhh~~~ ( sambil muka eksaited dan pergi dok sbelah aku plak)
Ahjumma : Singapoool~~~ Namba One~
Aku : Ani yo~ Singapool, du beonjjae, Hangook je ilbeon ( Singapore no. dua, Korea no. satu)
Ahjumma : No no no~ Singapool namba one.
Aku : ( Ah~~ skati la makcik. )
Ahjumma : Pung pang pung pang bahasa Korea.

Masa ni, baru la aku paham perasaan ingin melarikan diri. Bila aku cakap omputih kat orang Korea untuk tanya something, mana yg tak tau cakap tu, akan rasa mcm seolah-olah.........cepat la blah~ cepat la blah~ aku tak paham apa ko cakap ni. Begitu lah yang terjadi kat aku. hahaha

Ahjumma : Meoggo~ meoggo~ ( Sambil kuarkan makanan lebihan piknik diorg tadi )
Wan : ( Berbisik kat aku, ah sudah....apa benda plak ni)
Aku : ( Ini kuih, ko jangan risau wan )

tanpa sengan silu, aku pun.....

Aku : Gwaenchanh sumida ohmuni! ( Eh takpo la makcik, buek sesusah yo)
Ahjmumma : Meoggo! ( Sambil gelak sebab aku bley plak reply camtu kan)

Kengkawan dia siap kuarkan jajan lebihan. Pastu sibuk nak suh bergamba dgn makcik tadi tu, tapi makcik tu tak nak. Mood yang nak marah tadi tu trus tak jadi marah bila kat dalam bas, makcik-makcik ni boleh plak dgn senang hati nya menyanyi sepanjang perjalanan. Memula tu, aku ingatkan radio, tapi apsal harmoni semacam je ni. Memang merdu abis~ Terhibur aku sekejap.

Dapat naik train tgh hari, sampai Suwon lebih kurang kul 6 camtu. Pas abis shooting, aku macam tergerak hati nak ubah laluan ke Incheon utk melawat kawan aku. Tapi mcm tak sedap hati plak sesuka hati je kan, so kami carry on dgn apa yg dah dirancang pagi tadi.

End of day 5 - 13,090 steps taken equivalent with 10.47 km 


Tiket ke Jangseong. Dapat seken bas kul 8.40 pagi.

Membuat latih tubi dan perancangan masa hadapan.

Dah sampai stesen Jangseong. Perjalanan dari Jeongeup ke Jangseong mengambil masa selama 20 minit.

Ha ngko~ Apa dia tulis tu? Dia tulis Jangseong menuju ke Baegyangsa Temple

Gigih pakcik-pakcik ni nak ke temple. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit.

Bas berhenti kat sini. Sila check jadual bas untuk rancang masa-masa mendatang.

Best gila~~ Kami antara yang terawal. Tengah hari, penuh bas kat sini.

Sini bagus skit, ada direction ke Information Centre. Again, tempat ni besar, tak cukup satu hari nak cover semua area.

Admission ticket yang berege stended 3,000 won.

Aku tak tau apa ada kat atas tu. Si wan sempat la jenguk.

Adakah ini reflection yang dicari?

Kalau tempat ni dah fully tukar merah...............nanges aku taknak balik.

Yeay~~ Inilah dia lokasi utama yang menjadi tarikan di Baegyangsa Temple.

Inilah laluan orang nak seberang, inilah port orang ambil gamba. Tersilap langkah, termandi kolam le ngkorang.

Ngko tengok makcik dua orang ni. Sorang pakai D3s, sorang D800. Pakai duit EPF ko? Yang siutnya, boleh plak dia halau kami yg tgh dok shooting kat depan diorg ni sebab ganggu view dia. Dah le ngko yang dok blkng kitorg, siap halau lagi. Sib baik negara orang.

Apa mcm da wan baru sampai sini. Aku dah nak dekat satu jam dah tunggu ko. Oh ye, kami bawak backpack sumer, dan letak kat tepi jalan. Nasib la apa nak jadi, janji dapat gamba.

Tiada rezki, kami awal seminggu. Walaubagaimanapun bersyukurlah nak~ Ada orang dapat tengok daun pokok semalu je, ko dapat tengok ni kira bernasib baik dah. hahah

Apa benda yang diorg tengah shoot tu? Meh tengok.

La~ Ni je?

Inilah dia makcik-makcik tadi. Time ni, diorang tengah perang mulut dgn dreba bas. Barangkali diorang gaduh pasal kenapa bas ni tak pergi Jangseong Station, kenapa pergi ke Baegyangsa Station? Dah sampai bas yg sepatutnya baru lah diorg turun.

Hiburan percuma dengan nyanyian mereka yang harmoni.

La...rupanya diorg pun nak gi ke Jangseong Station. Tapi diorg nak balik ke Gwangju. Gigih ye makcik-makcik ni datang dari jauh sebab nak berkelah.

Selamat tinggal kesusahan. Ewah ewah~~ bukan main eksyen kan? Iya la, pasni nak ke bandar, sure aku dah expert punya kat Seoul tu. hahahha

17,600 won ngko rege tiket. Takpa, kang klo aku naik bas, mabuk lagi plak nanti.

Elok sampai kat platform je, train pun sampai. Rezki dapat naik train on time.

Excited ni, pasal train ni lagi laju dari train Senandung Malam.

Sepanjang perjalanan, view dia camni aja.

Tempat lelepak sambil pekena kopi panas.

Siap ada machine arcade tuh~

Eh! Bilik apa tu?

Haa ngko~ Siap boleh karaoke. Mujur takde lagu "Kau Kunci Hatiku" atau "Hatiku Kau Guris Luka", klo tak, mmg dah buat ujian vokal kat dlm nih. hahhah

Pekena air pisang. Badan rasa letih dan ngantuk ni, tapi tidur tak lena. Ekcheli aku takut terlajak stesen aja walaupun ada subtitle omputih tiap kali sampai train station. Klo dah tidur tak ingat dunia, memang ko akan hanyut la nanti bang.

Dah sampai Suwon. Ramai juga umat kat sini.

Lagi gamba tambahan.

First time sampai Suwon. Keluar-keluar je, hujan, pastu traffic jam.

Ni sebagai guideline aku, takut tak jumpa mana nak cari subway station.

Jalan depan skit untuk naik bas. Sila refer laluan bas ye agar tak tersalah laluan. ( Hanya dalam bahasa korea, adala certain stop dia tulis omputih...hahah)

Tak sempat nak jenjalan kat sini sebab.....

Inilah misi utama kenapa nak kesini. Nak shoot Paldalmun Gate. Reason nak cepat2 sampai sini pasal nak dapatkan ambient light. Kami lambat skit aja.

Bila sejuk, makan benda ni pas dia masak......memang enak. Oh ya! Tetiba aku terpikir. Kenapa bila keadaan lalu lintas diorg sesak, kenderaan masih bergerak laju? Dan kenapa laluan tu bas lalu banyak kali camne pun, jalan tu tak berlubang dan berlopak? Acu pikir skit!

2 comments:

  1. kesimpulannya, korang bermalam di suwon atau pun tidak??kot2lah saya terlepas pandang bab ne hehehe...apa pun, nice pics...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami menginap di Sinchon.....malam tu gak cari guesthouse kat situ. mujur jumpa. heheh

      Delete