Trip selama 10 hari ke South Korea pada 25/10/2013 hingga 3/11/2013 telah mengambil langkah sebanyak 162,996 dan perjalanan kaki sejauh 135 km. Ini anggaran kasar yang aku rekodkan melalui steps counter ye. Gilo apo nak kira manual. Banyak lagi perkara lain nak kena ambil kira. hahah
Banyak laluan baru dan juga pengalaman baru yang aku hadapi sepanjang trip kali ni. Nak dekat dua tiga minggu sebelum travel, baru nak terhegeh-hegeh utk finalize kan itinerary aku. Itupun tak sempat.Tak tau la kenapa aku kali ni cam takde arah. Tiap kali aku buat research, aku cari maklumat pastu teringat benda lain langsung tinggal benda current yg tgh buat. Itulah punca drag. Now dah boleh close semua tabs internet browser aku kat opis ni yg dah berbulan-bulan tak tutup. Oppss~ kantoi buat keje ni time opis hour.
Trip kali ni juga banyak kali aku diuji dalam penyelesaian masalah secara kritis dan kreatif ditambahkan sedikit kemahiran kawalan emosi. Ada gak part aku hilang sabar tu. Tak tau kenapa aku tak boleh nak rasionalkan pemikiran aku.Inilah puncanya bila kita tidak beringat pada-Nya.
Oh ya..aku pergi dengan sorang member photog, Wan namanya. Ok bye. Nanti ada mood sambung. Sekarang ni nak fokus untuk mengedit gamba dan video untuk dijual. Tak kisah la boleh jual dlm masa terdekat atau tidak. Soal rezeki hanya Dia yang tahu. Banyak duit dah peghabih ni. Kena bersemangat skit untuk cover balik. Nah layan teaser dulu.
Ni kat pintu masuk one of National Park yang aku pergi, Naejangsan |
Pelik camne air boleh kering. Nak kena buat kajian tempatan skit ni. |
wahhh ni hasil menghilangkan diri rupanya
ReplyDelete