Pages

Tuesday, August 27, 2013

Guide to Banpo Bridge and Silkworm Bridge

Aku pun tak tau apa sebab aku peram lama sangat entry ni. Itupun siap buat pekasam kat dalam draft.
Berbalik pada cite yg dulu nak cite tu. Kita mulakan dengan Silkworm Bridge (누에다리). Ianya terletak berhampiran dengan Seocho Station, Line 2. 

Keduanya, Banpo Bridge yang terkenal dengan Moonlight Rainbow Fountain( 반포대교 달빛무지개분수). Sebagai cadangan, best pergi sini dulu. Boleh shoot time ambient light masih ada iaitu pada waktu maghrib (mak cakap tak baik kuar umah waktu-waktu maghrib) Pada weekdays, dia punya show start pukul 12:00, 20:00, 21:00. Manakala weekends 12:00, 17:00, 19:30 (July & August only), 20:00, 20:30, 21:00, 21:30.

Boleh rancang anda punya timetable tu. Macam aku tempoh hari, aku habiskan masa dekat Banpo Bridge dalam 5 jam. Shoot sampai puas hati, pastu baru blah. Disebabkan Silkworm Bridge ni dekat aja, selang dua station aja mcm tu, jadi pukul 9 pergi pun takpa. Aku ada kat situ pukul 10, lampu jambatan tu masih menyala.

PS: Kalau kalian nak ke Silkworm Bridge which is optional, boleh naik bas dari Banpo Bridge no 704. Kalau tak konfiden takut bas sampai ke idok, cari  kat signboard jadual bas, lokasi yg nak kena tuju adalah Seocho Station. Berhenti kat stop Prosecutor Office, kalau terlajak, stop kat Seocho Station. Boleh nampak dah jambatan tu dari stop pendakwa raya tu. Dari Banpo ke sini, tak jauh, dalam 10-15 minit bergantung pada traffic.




Dari station Seocho, Exit pintu 6, dan jalan depan sikit dah boleh nampak jambatan ni.

Stesen Express Bus Terminal, Exit 8-1. Bersiap sedia la untuk sesat kat dalam tu kalau korang sampai time peak hour. Den dah terkono.


1 comment: